Home / News / Headlines / 12 Maut Dalam Kemalangan Bas Ekspres Di Lebuh Raya Utara Selatan Berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah

12 Maut Dalam Kemalangan Bas Ekspres Di Lebuh Raya Utara Selatan Berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan. Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan. Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. – BERNAMA

REMBAU: “Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk.

“Kami hanya membantu mereka yang cedera dan mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang selamat dan berjaya dikeluarkan dibawa ke tepi lebuh raya sebelum kami meminta bantuan kereta yang lalu untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka.

“Kami tidak berani mengangkat mayat kerana keadaan kecederaan pada mayat yang mengerikan. Setakat yang saya tahu, kebanyakan mangsa lelaki. Mungkin mereka ini penumpang bas ekspres berkenaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini, sembilan mangsa dikenal pasti lelaki manakala selebihnya wanita.

Katanya, polis belum dapat mengenal pasti identiti semua mangsa dan jenis kenderaan yang mereka naiki ketika kemalangan. Ini kerana mayat berkenaan bergelimpangan di atas jalan dipercayai tercampak sejurus selepas kejadian.

“Semua mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. Siasatan awal mendapati bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Melaka Sentral ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pegawai Operasi Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusof Samad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.07 malam sebelum menghantar satu jentera ke tempat kejadian.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk tiba di tempat kejadian walaupun terletak kira-kira 20 kilometer berikutan kesesakan teruk lalu lintas sepanjang tiga kilometer,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menerima bantuan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin – myMetro

Atas merupakan petikan akhbar yang saya ambil dari website Berita Harian, myMetro dan gambar nahas dari Utusan Malaysia dan myMetro bagi kejadian nahas bas ekspres yang berlaku lewat petang tadi dan kebetulan saya adalah salah seorang dari pengguna Lebuhraya Utara Selatan PLUS yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tersebut. Setakat pukul 11.00 malam tadi, kemalangan ni telah menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir 20km bagi kenderaan yang datang dari arah Kuala Lumpur.

Kemalangan ngeri tersebut melibatkan sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal. Kemalangan dipercayai berpunca daripada Bas Ekspres Delima yang dipandu laju dari arah Melaka gagal dikawal kemudian melanggar pembahagi lebuhraya dan melambung ke laluan dari arah bertentangan dan menghempap kenderaan lain.

Serpihan bas yang rosak telah dipindahkan ke tepi lebuhraya dan bekas guardrail yang telah dilanggar bas ekspres tersebut masih kelihatan di lebuhraya. Bayangkan perjalanan saya dari JB ke KL mengambil masa 7 jam disebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di kedua-dua hala. Sepanjang saya terperangkap dalam kesesakan tersebut, ambulan dan kenderaan jabatan pertahanan awam tak berhenti-henti ulang-alik di kawasan kejadian. Helikopter pon boleh dilihat berlegar-legar di kawasan kejadian dan apa yang terbayang pada fikiran saya waktu tu mesti depan sana ada kemalangan yang sangat teruk. Kalau tak takkanlah sampai ada helikopter.

Sampai je kat kawasan kejadian berhampiran dengan exit Simpang Ampat dah ada 2-3 buah kren yang digunakan untuk mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Sekali lagi Malaysia digegarkan dengan 1 lagi kemalangan ngeri melibatkan bas ekspres dan tak tahulah bila kita nak belajar dari kesilapan yang lalu. Nampak gaya kita masih tak serik dengan kejadian kemalangan bas terdahulu yang melibatkan banyak nyawa yang tidak bersalah menjadi korban.

Dan bila jadinya nahas macam ni mula lah ada pihak menuding jari untuk menyalahkan pihak yang lain. Apa yang diperlukan sekarang adalah satu kaedah supaya kemalangan ngeri ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Apa pendapat anda? Adakah mentaliti pemandu di Malaysia memang tak dapat diubah atau masih ada cara untuk mengelakkan nahas ngeri ini daripada berulang lagi.

Takziah pada keluarga mangsa yang terlibat dan bagi mangsa beragama Islam yang terkorban dalam kemalangan ni agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin

 
Lagi gambar nahas kemalangan bas ekspres di KM 223 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, Simpang Ampat (Sumber dari pengguna lebuhraya yang berada di tempat kejadian)

Sebenarnya ada banyak lagi gambar menyayat hati yang telah dikongsikan oleh pengguna lebuhraya dengan saya tapi tak dapat saya tunjukkan disini kerana terlalu ngeri dan tak sesuai untuk tatapan umum.

Melalui berita khabarnya Kerajaan Negeri Melaka akan memberikan sedikit bantuan wang tunai bagi mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan lebuhraya ini. Walaupon bantuan ini tidak dapat mengembalikan semula orang yang telah pergi mungkin ia dapat meringankan beban mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.

Harapannya agar penguatkuasaan lebih ketat dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan tragedi ini dari berulang di masa hadapan.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

21 comments

  1. wah suzie pon br taw sbb g bw sna sni ckp hal ni. takutnya..
    suzierahman recently posted..Entry Pesanan wat kwn2 blog tersayam!

  2. saya pun stuck dalam jem kl-seremban.. teruk en?? ilang separyh bus tu.. before that, kan ada xcidet motor.. huhu.. 1 jalan, 2 excident dalam 1 malam.. dekat 4 jam gak la duk dalam jem tu.. huhu

  3. ya allah..kesian kan mangsa2 yg x bersalah nie..lagi2 yg keta myvi tue..sedih ifa tgk bang..sedekah kan al-fatihah buat mangsa yg terkorban ye..
    tiefazatie recently posted..tagged by mumun!

  4. takziah buat keluarga mangsa
    nizam recently posted..Nak iPhone Free

  5. entahlah…! tak dapat nak di terjemahkan, erm..inilah yg di katakan Qodo & Qadar Allah, semua di antara kita, tidak mahu kejadian seperti ini berlaku, namun, Dia Maha Mengetahui. Apa yang boleh kita lakukan, sedekahkan Al-fatihah & berdoa pada Allah, agar mangsa2 (muslim) yang telah kembali ke Rahmatullah dalam kejadian ini, agar ditempatkan dikalangan mereka yang beriman…Amin…

    • Takziah pada keluarga mangsa yang telibat. Minta pihak berkuasa dapat melakukan penguatkuasaan yang lebih tegas ke atas bas ekspres agar perkara ni tak berulang lagi. Semalam je berapa banyak bas ekspres yang memotong kenderaan saya yang dipandu pada kelajuan 110 km/jam. Padahal hadlaju bas ekspres cuma 90km/jam je. Atau pemandu bas ekspres ni tak tahu nak mengira nombor. Fikir-fikirkan lah.

  6. kesiannya..takziah kpd sume mangsa…

  7. sye brase sgt simpaty kpd kuarga mngsa..
    takziah buat sume kuarga mngsa..

  8. ngeri sgt2..:(
    takziah utk keluarga mangsa yg terkorban ..
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!

  9. takziah utk keluarga mangsa yg terkorban ..

    bagi aku la.. malaysia ni kurang lagi bas..
    kenape dia orang laju sbb nak kejar mase yang ditatpkan oleh jadual perjalnan….
    cube bas bayak ..x de la terkejar2….

  10. takziah kepada ahli keluarga yng terkorban…..malang tidak berbau…bersabarlah…hidup mati ketentuan tuhan…

  11. takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat. semoga Allah memberikan tempat yang istimewa buat mereka yang terkorban…amin

  12. mesti bas lebih had laju. patut haramkan terus naik bas ekspress Delima. melampau!!
    takziah buat mangsa
    cgi0 recently posted..Ramalan Banjir Besar Di Kawasan Pantai Timur

  13. takziah buat mangsa tersebut,klu blh hantar la gmbar mangsa2 yg ngeri pn untuk iktibar bersama

  14. Takziah buat ahli keluarga yg terlibat,mesti bas di pandu dgn laju ssb tu pemandu hilang kawalan.klu blh tidak di benarkan mengambil pemandu bas ekspress 50 tahun ke atas.

  15. kata nya bus terlalu laju. ptut nya kenderaan cm tu xleh r bw lelaju,brek xmkn t.ish..takut lak nk naik bus, tp nasib baik naik bus shamisha steady je,,, myb sbb br.pemandu pon bgus..tak der terkejar2. bia lmbt asl selamat.
    suzierahman recently posted..Entry Pesanan wat kwn2 blog tersayam!

  16. takziah…tak tahu nak cakap apa….

  17. Semoga rah mereka dicucuri rahmat…Amin

  18. dugaan sume nie..semoga tabah menghadapinyer…aminn
    MatGanu recently posted..TIPs from ARJUNA

  19. sbor je la………………….dugaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge