Home / Holiday / Armenian Street Heritage Hotel Penang Review

Armenian Street Heritage Hotel Penang Review

Review hotel kali ini akan membawa anda ke Armenian Street Heritage Hotel Penang. Hotel yang terletak di dalam kawasan UNESCO World Heritage Sites ini pasti akan membawa anda lebih dekat dengan tarikan pelancong di Tapak Warisan Dunia Georgetown, Pulau Pinang.

Lokasi hotel yang terletak di Georgetown memudahkan anda untuk singgah ke tempat-tempat menarik sepanjang percutian anda di Pulau Pinang. Antara beberapa tarikan menarik di sekitar hotel ini adalah seperti Lebuh Armenian yang menempatkan beberapa tarikan seperti Muzium Sun Yat Sen dan Street Art Mural. Antara street art mural yang paling popular di Lebuh Armenian adalah mural bertajuk ‘Little Children on a Bicycle’ yang dilukis oleh artis terkenal dari Lithuania, Ernest Zacharevic. Kalau anda berjalan lebih jauh sedikit anda boleh singgah ke Masjid Kapitan Keling dan Chew Jetty. Yang paling penting, hotel ini terletak dekat dengan beberapa tempat makan best yang mesti anda singgah di Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar Beratur dan Restoran Kapitan.

Setibanya kami di hotel, cabaran pertama adalah untuk mendapatkan tempat letak kereta kerana kuantitinya yang terhad. Sekiranya anda kesini dengan kereta mungkin anda akan mengalami sedikit kesukaran mendapatkan parking terutamanya pada musim cuti sekolah. Untuk mengelakkan masalah ini anda mungkin terpaksa pulang awal dari berjalan-jalan untuk mendapatkan petak parking yang terhad.

Armenian Heritage Hotel Budget Pulau Pinang

Proses check-in disini mudah dan pantas. Bilik anda akan disediakan mengikut add-on yang telah anda pilih semasa tempahan online sama seperti kaedah tempahan Hotel Tune. Antara tambahan yang boleh anda pilih semasa tempahan seperti set sarapan, insurans hotel, check-in awal dan check-out lambat. Disini terdapat 3 jenis bilik yang anda boleh pilih iaitu bilik jenis double room, twin room dan family room. Bagi yang membawa anak-anak kami cadangkan untuk memilih family room kerana ia mempunyai 2 katil saiz queen dengan sedikit tambahan harga berbanding bilik double room atau twin room.

Armenian Heritage Hotel Budget Penang Lobby

Selepas mendapatkan kunci bilik, terus kami masuk ke bilik untuk meletakkan beg. Bagi yang mendapat bilik di tingkat atas jangan risau kerana disini ada lif. Bilik double ini dilengkapkan dengan TV LCD, penghawa dingin, tuala, set mandian dan WiFi.

Double Room Armenian Street Heritage Hotel Penang

Sekiranya anda pernah menginap di hotel bajet Tune, anda pasti tahu yang saiz biliknya agak kecil tetapi di Armenian Street Heritage Hotel biliknya jauh lebih luas jika dibandingkan dengan Hotel Tune yang lain. Disamping itu bilik hotel disini juga bersih dan katilnya selesa untuk tidur. Biliknya turut dilengkapkan dengan almari untuk menggantung baju. Jadi kuranglah sikit masalah nak memikirkan dimana nak gantung baju.

Double Room Armenian Street Hotel Penang LCD

Armenian Heritage Hotel Budget Pulau Pinang Toiletries

Disini turut disediakan peralatan lengkap mandian serta tuala bersih. Jadi anda tidak perlu membawa tuala dan sabun mandi dari rumah. Bilik air disini juga berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah air tersumbat.

Double Room Armenian Street Heritage Hotel Bathroom

Biliknya serta persekitaran hotel juga direkabentuk dengan menarik yang membuatkan anda seperti kembali ke masa silam semasa era pemerintahan British. Di Pulau Pinang terutamanya di Georgetown sebenarnya ada banyak hotel baru yang menggunakan rekabentuk lama bagi menaikkan elemen warisan yang terdapat di Georgetown. Sekiranya anda ke Pulau Pinang pastikan anda mencuba hotel-hotel dengan rekabentuk warisan ini kerana suasananya pasti berbeza dengan hotel yang menggunakan rekabentuk moden. Jika anda ingin kembali ke masa silam, Armenian Street Heritage Hotel pasti menepati ciri-ciri tersebut.

Armenian Heritage Street Hotel Penang Corridor

Armenian Street Heritage Hotel tidak menyediakan sarapan tetapi anda boleh membeli add-on sarapan semasa tempahan bilik. Sarapan ini akan disediakan oleh restoran kopitiam yang terletak bersebelahan dengan hotel di tingkat bawah.

Nasi Lemak Kopitiam Breakfast Budget Hotel Penang

Terdapat beberapa pilihan set sarapan yang anda boleh pilih seperti nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng Singapura, English breakfast, ayam bolognese dan roti bakar. Nasi lemak dan kopi menjadi pilihan kami untuk sarapan dan rasanya boleh tahan juga.

Kopitiam Breakfast Penang

Tetapi sekiranya anda inginkan sarapan yang enak anda boleh cuba makan nasi kandar di Kampung Melayu. Confirm sedap dan mengasyikkan. Sebut tentang makanan, lokasi hotel yang terletak strategik di tengah bandar membuatkan anda mudah untuk menjelajah kawasan sekitar untuk mencuba street food di Georgetown. Antara tempat-tempat makan menarik yang anda boleh cuba sekitar 15 minit berjalan kaki dari hotel adalah Restoran Kapitan, Nasi Kandar Beratur dan Medan Selera Sri Weld yang menempatkan antara nasi lemak terbaik di Pulau Pinang iaitu Ali Nasi Lemak. Sekiranya anda mempunyai kereta anda boleh lajak ke depan lagi dengan singgah di Medan Selera Padang Kota Lama untuk mencuba Mee Goreng Hameed Pata atau ke Jalan Penang untuk mencuba sup terbaik di Pulau Pinang di Sup Hameed.

Armenian Street Heritage Unesco Penang

Sekiranya anda mencari hotel yang selesa, bersih dan terletak di lokasi yang strategik pada harga yang berpatutan maka hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Dengan harga bilik double atau twin bermula dari RM159 termasuk GST, harganya agak berpatutan untuk sebuah hotel selesa di lokasi yang strategik dan yang pastinya tidak akan mengoyakkan poket anda. Harus diingatkan harga bilik tersebut tidak termasuk fi Kerajaan Tempatan sebanyak RM2 semalam bagi setiap bilik yang harus dibayar oleh anda.

Pros:
Harga yang berpatutan
Bilik yang luas dan bersih
Katil yang selesa
Lokasi yang strategik

Cons:
Parking yang terhad
Tiada kolam renang

 

Armenian Street Heritage Hotel Penang,
No. 139, Lebuh Carnarvone,
10200, Pulau Pinang

Telefon: 042623888

Koordinat GPS: U 5.415555 T 100.335403

Review hotel kali ini akan membawa anda ke Armenian Street Heritage Hotel Penang. Hotel yang terletak di dalam kawasan UNESCO World Heritage Sites ini pasti akan membawa anda lebih dekat dengan tarikan pelancong di Tapak Warisan Dunia Georgetown, Pulau Pinang. Lokasi hotel yang terletak di Georgetown memudahkan anda untuk singgah ke tempat-tempat menarik sepanjang percutian …

Review Overview

Layanan
Fasiliti
Bilik
Lokasi
Harga

Pilihan budget kami

Summary : Hotel yang sesuai bagi yang mencari harga bilik yang tidak mahal. Biliknya luas dan selesa serta terletak tidak jauh dari tarikan menarik di sekitar Georgetown. Sekiranya anda mencari hotel dengan fasiliti penuh seperti kolam renang, maka hotel ini tidak sesuai untuk anda.

User Rating: 3.35 ( 1 votes)
71

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge