Home / Foods / Asam Pedas / Asam Pedas Melaka Yang Sedap dan Famous di Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Melaka Yang Sedap dan Famous di Asam Pedas Claypot

Kami ingin berkongsi dengan anda restoran asam pedas yang sedap dan famous di Melaka iaitu Asam Pedas Claypot. Percutian anda di Melaka memang tidak lengkap tanpa mencuba asam pedas. Walaupon di Melaka terdapat banyak restoran yang menyajikan asam pedas, restoran ini tetap menjadi pilihan utama kami untuk masakan asam pedas.

Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

Antara faktor yang membuatkan kami sentiasa datang ke sini adalah lokasinya yang tidak jauh dari Bandar Hilir. Lebih tepat sekali ianya terletak di Kota Laksamana, lebih kurang 10 minit dari Bandar Hilir. Disebabkan lokasinya bukan berada di pusat Bandar Hilir, anda dapat mengelak kesesakan lalulintas terutamanya di Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan dan Jonker Walk. Terperangkap di tengah-tengah kesesakan lalulintas bukanlah cara terbaik untuk menikmati percutian anda.

Kebiasaannya kami akan cuba mengelak waktu puncak untuk makan malam dan memilih untuk makan malam awal sejurus selepas solat Maghrib. Seperti yang kami jangkakan orang masih tidak ramai dan lebih santai untuk memilih meja makan kerana masih terdapat banyak meja yang kosong.

Seperti biasa kami memilih asam pedas ikan jenak dan asam pedas ikan tenggiri.

Asam Pedas Claypot Melaka Makan Sedap

Apa yang membuatkan kami suka dengan asam pedas disini adalah kuahnya yang pekat dan pedas. Bagi yang sukakan masakan yang pedas maka asam pedas disini memang sesuai dengan citarasa anda. Asam pedas kami juga sampai dalam keadaan yang panas membuatkan makanan tersebut nampak lagi menyelerakan. Bagi melengkapkan asam pedas anda, nasi putih di sini datang lengkap dengan sambal belacan, sayur dan telur masin. Seperti kebiasaannya, kami telah order telur dadar untuk dimakan bersama dengan lauk asam pedas kami.

Nasi Putih Sambal Belacan Melaka

Bagi yang tidak makan pedas, disini juga terdapat pelbagai pilihan makanan yang lain seperti makanan goreng, nasi ayam, nasi lemak, roti canai, burger dan sate. Anak kami yang memang tidak makan pedas telah memilih nasi ayam.

Nasi Ayam Melaka

Kami juga mencuba sate di sini dan tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk rasanya semasa kami order. Tetapi tanpa disangka rasa satenya agak sedap juga dan ‘juicy’ walaupon ada beberapa bahagian sate yang telah terlebih garing bila dibakar.

Sate Melaka Sedap

Keseluruhannya kami berpuas hati dengan asam pedas di sini. Berdasarkan apa yang telah kami order, purata harga untuk satu kepala ialah RM19 tetapi sekiranya ditolak sate, purata harga satu kepala akan turun kepada RM15. Walaupon harganya mungkin sedikit mahal dari tempat-tempat lain yang pernah kami makan asam pedas, tetapi Asam Pedas Claypot tidak kedekut dari segi saiz kuah asam pedasnya dan rasa kuahnya menyelerakan. Servisnya juga cepat tetapi harus diingat kami datang semasa orang masih tidak ramai. Kami tidak dapat mengesahkan yang servisnya akan kekal cepat jika anda datang semasa waktu puncak.

Sekiranya anda bercadang untuk kesini, kami nasihatkan anda untuk datang awal. Sebaik kami selesai makan disini, kami dapat lihat semakin ramai orang disini dan ada yang terpaksa menunggu meja kosong. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 6 petang hingga 4 pagi.

Sekiranya anda ingin terus membaca perkongsian tempat-tempat makan sedap yang lain, anda boleh like laman facebook KL Urbanite.

 

Asam Pedas Claypot
86, Jalan Laksamana 5,
75200, Melaka

Koordinat GPS: U 2.195977 T 102.243376

Kami ingin berkongsi dengan anda restoran asam pedas yang sedap dan famous di Melaka iaitu Asam Pedas Claypot. Percutian anda di Melaka memang tidak lengkap tanpa mencuba asam pedas. Walaupon di Melaka terdapat banyak restoran yang menyajikan asam pedas, restoran ini tetap menjadi pilihan utama kami untuk masakan asam pedas. Antara faktor yang membuatkan kami …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Rasa asam pedas yang sedap dan tidak menghampakan

User Rating: Be the first one !
74

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge