Home / Foods / Asam Pedas / Asam Pedas Sedap di Kuala Lumpur: Asam Pedas D Santap

Asam Pedas Sedap di Kuala Lumpur: Asam Pedas D Santap

Sekarang tidak susah lagi untuk mencari asam pedas yang sedap di Kuala Lumpur. Antara restoran yang menyajikan asam pedas di KL adalah Asam Pedas D Santap Restoran. Bagi peminat asam pedas anda boleh singgah di D Santap untuk menikmati sajian enak ini. D Santap menyajikan asam pedas dalam pelbagai pilihan set yang boleh didapati dari …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Harga di sini berpatutan tetapi pelayan disini perlu lebih mesra pelanggan.

User Rating: 2.48 ( 3 votes)
68

Sekarang tidak susah lagi untuk mencari asam pedas yang sedap di Kuala Lumpur. Antara restoran yang menyajikan asam pedas di KL adalah Asam Pedas D Santap Restoran. Bagi peminat asam pedas anda boleh singgah di D Santap untuk menikmati sajian enak ini.

D Santap menyajikan asam pedas dalam pelbagai pilihan set yang boleh didapati dari serendah RM5. Setiap set asam pedas ini akan disajikan dengan nasi putih, ulam, sambal belacan dan ikan pilihan anda. Antara pilihan ikan yang terdapat di D Santap ialah ikan pari, ikan kembung, ikan sembilang, ikan parang, ikan patin dan ikan merah. Selain asam pedas, anda juga boleh memilih makanan Thai yang turut disajikan di sini.

Asam Pedas D Santap Ikan Pari Sedap di KL

Set asam pedas ikan pari ini hanya RM5. Set ini datang lengkap dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan.

Set nasi putih, ulam, sambal belacan

Set asam pedas ikan merah di Asam Pedas D Santap Restoran.

Asam Pedas Ikan Merah D Santap Setapak KL

Bagi yang inginkan sajian sampingan, di sini anda boleh memilih makanan ala-carte seperti telur dadar dan nasi goreng. Telur dadar ini berharga RM1.20.

Telur dadar

Kami turut memilih sayur kangkung masak ikan masin untuk dilengkapkan bersama sajian asam pedas. Sayur kangkung ini berharga RM4.

Sayur Kangkung Ikan Masin

Bagi yang tidak menggemari asam pedas anda boleh mencuba makanan goreng yang terdapat di sini. Nasi goreng ikan masin ini berharga RM4.

Nasi goreng ikan masin

Untuk melengkapkan menu kami memilih air sirap limau ais dan teh limau ais.

Sirap limau dan teh ais limau

Kami merasakan sajian asam pedas di D Santap adalah sedikit pedas tetapi sekiranya anda sukakan asam pedas yang pedas, maka anda bolehlah singgah di D Santap untuk mencuba asam pedas disini. Rasanya juga memuaskan dan kami memberikan 7/10 untuk kualiti dan rasa sajian asam pedas di D Santap. Harganya yang murah turut akan menarik perhatian anda untuk datang ke sini.

Walaubagaimanapon terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki terutamanya dari segi kualiti layanan kepada pelanggan. Kami dapati pelayan di sini agak lambat dalam memberikan menu dan membuatkan kami terpaksa menunggu untuk beberapa minit. Tetapi kelemahan ini diperbaiki apabila mereka cepat dalam menyediakan makanan dan membuatkan anda tidak perlu menunggu lama untuk makanan sampai ke meja anda.

D Santap Asam Pedas KL

Restoran ini juga boleh dikatakan dikunjungi oleh ramai pelanggan terutamanya pada waktu makan tengahari. Kami perhatikan bahawa restoran ini juga tidak putus dengan pelanggan yang keluar masuk ke restoran asam pedas ini.

Asam Pedas sedap D Santap KL

Bagi yang ingin mencuba asam pedas enak di Restoran Asam Pedas D Santap anda boleh singgah di D Santap yang terletak bersebelahan Setapak Golf Range di Setapak, Kuala Lumpur. Sekiranya anda datang dari arah bulatan Pahang menggunakan Jalan Genting Kelang, D Santap terletak di sebelah kiri anda selepas anda melalui deretan kedai pejabat Platinum Mondrian dan Hospital Columbia Asia.

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.

 
Asam Pedas D Santap Restaurant and Catering
Jalan Genting Kelang
Setapak, Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.201392 T 101.718943

 

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

6 comments

  1. saya dah pernah makan.. pelik bin ajaib dah 3 kali pergi memg xsedap.. xrasa masa asam pedas langsung… kawan2 yang xpndai masak pun cakap xsedap…. ikan hanyir.. service xbagus. nasi keras… 3/10 ranting aku kasi…. hahahaa… bkn jeles tapi takut perabis duit je makan situ baik buat sendiri.. peace yooo

    • saya setuju dengan your feedback yang servis kat sini x bagus. servis agak slow dan tidak mesra pelanggan. customer servis disini perlu improve dan kena selalu senyum kat customer.

      tetapi tentang rasa mungkin agak subjektif. ada yang mungkin suka dan ada yang mungkin tak suka. bagi saya asam pedas disini ok dan harganya berpatutan

  2. Restoran ni tak sedaplangsung. Harga mahal. Servis lmbat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge