Home / Holiday / Avillion Admiral Cove Review | Hotel Best Port Dickson

Avillion Admiral Cove Review | Hotel Best Port Dickson

Segmen cuti kali ini akan membawa anda ke satu lagi hotel yang best di Port Dickson iaitu Avillion Admiral Cove. Kami akan review hotel Avillion Admiral Cove berdasarkan pengalaman kami menginap disini untuk panduan anda yang sedang mencari hotel-hotel menarik dan best di Port Dickson.

Hotel ini yang terletak di Port Dickson, iaitu lebih kurang 110km dari Kuala Lumpur dan 330km dari Singapura merupakan sebahagian dari pembangunan resort bersepadu yang merangkumi hotel serta marina. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit menggunakan lebuhraya PLUS. Dengan menggunakan waze memang tidak sukar untuk mencari Avillion Admiral Cove PD. Kedudukan hotelnya yang sedikit kedalam dari jalan besar memberikan anda sedikit suasana privasi. Setibanya kami disini, kami dapat lihat dua blok hotel tersergam indah dengan senibina moden.

Avillion Admiral Cove PD Holiday Cantik

Avillion Admiral Cove PD

Tempat letak kereta juga senang untuk dicari dimana anda mempunyai pilihan untuk meletakkan kenderaan sama ada di kawasan tanpa bumbung atau di kawasan berbumbung. Yang lebih best parking adalah percuma. Proses check-in juga berjalan dengan cepat tanpa sebarang masalah. Setelah mendapat kunci, kami terus melangkah ke bilik kami di Vista Wing. Bilik premium disini sangat luas dan selesa dengan pilihan dua katil single atau satu katil king serta pangkin daybed. Biliknya juga bersih dan sepanjang kami berada di sini tidur kami agak nyenyak. Harga bilik premium ini harganya RM270++ dengan sarapan tetapi kadang-kadang anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah di Agoda jika ada promosi sedang ditawarkan. Kena rajin-rajin pergi ke Agoda untuk lihat promosi yang ada di sana kalau nak dapatkan tawaran yang berbaloi.

Avillion PD Deluxe Premium

Pangkin Day Bed Avillion Admiral Cove

Bilik disini juga lengkap dengan LCD tv beserta siaran Astro tertentu, kelengkapan membuat teh atau kopi serta kelengkapan sabun mandi dan tuala. Walaubagaimanapon, terdapat satu kekurangan di sini dimana tiada wifi disediakan di dalam bilik. Di zaman serba teknologi agak pelik juga hotel Avillion Admiral Cove tidak menyediakan kemudahan wifi percuma di dalam bilik. Namun begitu, wifi percuma ada disediakan di lobi hotel cumanya kami rasa malas untuk turun ke lobi semata-mata untuk mendapat wifi percuma. Mungkin ini adalah saat yang sesuai untuk anda kurangkan bermain internet di telefon anda dan meluangkan masa bersama keluarga anda. Dah nama pon bercuti takkan nak bergayut kat social media je kan.

Avillion PD LCD

Port Dickson Avillion Coffee Tea Facilities

Avi Spa

Buffet spread untuk sarapan pagi disini bagi kami bolehlah dengan adanya pilihan makanan tempatan serta american breakfast untuk anda makan. Jika anda bosan untuk makan di hotel, terdapat beberapa pilihan makanan di luar yang anda boleh cuba antaranya Sate Kajang Haji Samuri yang terletak lebih kurang 5 minit memandu dari hotel atau bagi yang ingin mencuba masak lemak cili padi salai bolehlah cuba di Restoran Jamsari yang terletak di Jalan Baharu lebih kurang 15 minit memandu dari hotel. Harus diingatkan sekiranya anda ingin mencuba makanan masak lemak cili padi daging salai di sini kenalah datang awal kerana jika lewat berkemungkinan pilihan lauk akan menjadi terhad. Di samping itu, terdapat deretan kedai makan tomyam seafood di sepanjang jalan utama yang anda boleh cuba. Bagi yang membawa anak-anak dan tidak boleh lari dari fast food atau restoran franchise antarabangsa anda bolehlah menuju ke Port Dickson Waterfront yang mempunyai beberapa pilihan seperti McDonald’s, Kenny Rogers, Domino’s atau Pizza Hut. Senang cerita anda tidak perlu risau tentang makanan sekiranya anda mempunyai kenderaan.

Restaurant Admiral Cove PD

Yang menariknya tentang hotel ini adalah lokasinya yang terletak bersebelahan dengan marina yang membolehkan anda menikmati pemandangan cantik kapal mewah yang berlabuh disini.

Yacht Admiral Cove Port Dickson

Disamping itu anda juga boleh berjalan-berjalan di tepi marina sambil bergambar berlatar belakangkan pemandangan yang cantik disini. Penggemar fotografi pasti tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar-gambar cantik disini.

Walkway Avillion Admiral Cove PD

Selain itu, disini juga ada kolam renang yang agak cantik untuk anda menghabiskan masa semasa percutian anda. Cuma kolam renang disini akan sedikit penuh dengan orang ramai terutamanya pada hujung minggu. Bagi yang mencari pantai, di sini tiada pantai, tetapi anda boleh berjalan kaki lebih kurang 250 meter ke pantai berhadapan The Grand Beach Resort untuk menikmati sensasi berjalan di atas pasir pantai. Kami tidak menggalakkan anda untuk mandi di pantai disini kerana nampak seperti air pantainya kurang bersih. Tetapi sepanjang kami berehat di tepi pantai, kelihatan ramai je orang dengan selamba mandi laut.

Swimming Pool Avillion Admiral Cove PD

Bagi yang ingin mencuba aktiviti outdoor, terdapat beberapa aktiviti berbayar yang anda boleh lakukan seperti berbasikal, memanah, kayak, jet ski, avillion cruise dan banyak lagi.

Keseluruhannya kami agak berpuas hati dengan percutian kami di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Walaupon ada beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan seperti menyediakan wifi di bilik dan mempelbagaikan variasi dan rasa makanan untuk buffet spread, tetapi dengan beberapa kelebihan hotel ini seperti bilik yang luas dan moden, pemandangan yang cantik, kemudahan parking yang banyak, harga yang berpatutan dan servis yang cepat membuatkan anda tidak berapa kisah dengan kekurangan yang disebutkan di atas. Lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur membuatkan destinasi ini antara pilihan orang ramai untuk menghabiskan percutian hujung minggu bersama keluarga. Maka tidak hairanlah Avillion Admiral Cove antara hotel yang berada di Top 5 Hotel Port Dickson berdasarkan rating Tripadvisor.

 

Avillion Admiral Cove,
5½ Mile, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan

Telefon: 066470888

Koordinat GPS: U 2.477241 T 101.846643

Segmen cuti kali ini akan membawa anda ke satu lagi hotel yang best di Port Dickson iaitu Avillion Admiral Cove. Kami akan review hotel Avillion Admiral Cove berdasarkan pengalaman kami menginap disini untuk panduan anda yang sedang mencari hotel-hotel menarik dan best di Port Dickson. Hotel ini yang terletak di Port Dickson, iaitu lebih kurang …

Review Overview

Layanan
Fasiliti
Bilik
Lokasi
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Harga bilik yang berpatutan dan bilik yang luas serta selesa. Sesuai untuk percutian hujung minggu bersama keluarga

User Rating: Be the first one !
76

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge