Home / Foods / Ayam Percik / Ayam Percik Sedap : Restoran Yati Ayam Percik

Ayam Percik Sedap : Restoran Yati Ayam Percik

Agaknya dimana nak cari ayam percik sedap di Kuala Lumpur dan Selangor? Bagi orang Kelantan, mereka pasti dah biasa dengan Yati Ayam Percik di Kota Bharu. Kini di Bandar Baru Bangi sudah ada cawangan restoran Yati Ayam Percik yang famous dengan sajian ayam percik.

Yati Ayam Percik telah bertapak lebih dari 40 tahun dan terkenal dengan pelbagai makanan asli Kelantan seperti nasi kerabu, ayam percik, sattar, dan daging bakar. Bagi penggemar makanan dari Pantai Timur memang disinilah destinasinya.

Setiap kali saya ke Kota Bharu, saya terasa ingin mencuba ayam percik di sana namun sentiasa gagal disebabkan jadual yang terlalu padat. Namun apabila saya tahu restoran ini telah dibuka di Bandar Baru Bangi saya terus mencubanya apabila kebetulan saya singgah di Bandar Baru Bangi.

Dari luar restoran, nampak seperti sebuah restoran yang menarik dengan susunan lampu serta hiasan dalaman yang cantik. Namun yang paling penting adakah rasanya sedap seperti tagline di luar restorannya ‘Pilihan Terkenal Dari Kota Bharu’ ?

Yati Ayam Percik Kelantan

Kami mencuba beberapa menu disini. Nasi kerabu ayam percik ini berharga RM8.50. Bagi saya hidangan ini adalah pilihan utama yang harus dicuba apabila anda ke sini. Nak kata ayam perciknya sedap, pada pendapat saya bolehlah. Cuma portion inti nasi kerabunya terlalu simple.

Nasi Kerabu Ayam Percik Yati

Seterusnya adalah hidangan Nasi Yati Ayam Percik yang berharga RM7.90. Secara jujurnya saya kurang berminat dengan hidangan ini. Yang menyelamatkan hidangan ini adalah ayam perciknya.

Nasi Yati Ayam Percik

Selain daripada hidangan tradisi dari Kelantan, restoran ini turut cuba mengetengahkan sajian berkonsepkan barat. Sepinggan chicken steak ini berharga RM8.50. Hidangan ini disajikan dengan ayam percik dengan kentang goreng serta salad.

Chicken Steak Yati Ayam Percik

Dari segi harga, keseluruhan hidangan kami serta minuman untuk 3 orang berjumlah RM36 termasuk servis caj 5%. Sebenarnya saya pon tidak faham kenapa mereka mengenakan servis caj kerana layanan yang diberikan tidaklah setanding dengan caj yang dikenakan. Harga yang dikenakan juga adalah sedikit mahal berbanding restoran lain yang menyajikan ayam percik dan nasi kerabu. Walaubagaimanapon sekiranya anda teringin untuk makan ayam percik Kelantan, anda boleh singgah ke sini kerana rasanya boleh tahan.

Bagi yang ingin mencuba ayam percik ini, anda boleh pergi ke cawangan restoran Yati Ayam Percik yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Dan bagi pembaca setia kami, kongsikan tempat makanan yang best dan sedap di laman facebook KL Urbanite untuk kami cuba.


Yati Ayam Percik Cawangan Bandar Baru Bangi
21, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi
43650, Bandar Baru Bangi
Selangor

Tel : 0389275636

Koordinat GPS: U 2.963415 T 101.752851

Agaknya dimana nak cari ayam percik sedap di Kuala Lumpur dan Selangor? Bagi orang Kelantan, mereka pasti dah biasa dengan Yati Ayam Percik di Kota Bharu. Kini di Bandar Baru Bangi sudah ada cawangan restoran Yati Ayam Percik yang famous dengan sajian ayam percik. Yati Ayam Percik telah bertapak lebih dari 40 tahun dan terkenal …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Rasa ayam percik disini boleh tahan. Cuma harganya sedikit mahal dan servis yang sedikit lambat.

User Rating: 2.6 ( 1 votes)
54

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

4 comments

  1. sedapnyaaaa. terliur dibwtnya. huhu
    nadya recently posted..Yehoooo. Rindu time nih. Seriouslyyyyy!

  2. penggemar nasi kerabu

    Saya n suami mencari2 kedai ini..Malangnya dah ditutup dan diganti dgn restoran mknn johor: Ruz Aladdin. Cawangan di Kajang pun sudah ditutup..:(

    • they also have one branch at setapak sometime ago but the branch also closed shop. diorang jual mahal sgt kot. thats why not many people yang pegi makan sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge