Ban-J Laman Seri
Ban-J merupakan sebuah restoran yang terletak di Laman Seri Business Park Seksyen 13 Shah Alam. Ban-J mengetengahkan makanan tempatan dalam menunya seperti Char Kway Teow, Kway Teow Goreng Kering. Kway Teow Goreng Basah dan Nasi Goreng.
Antara makanan yang telah dicuba oleh kami adalah Char Kway Teow (RM5.50) dan Nasi Goreng Kampung (RM5.50).
Makanan tersebut boleh saya katakan telah memenuhi citarasa saya dari segi rasa. Tetapi kuantitinya agak sedikit dan bagi orang yang kuat makan, mungkin akan berasa masih lapar selepas menghabiskan makanan tersebut.
Antara minuman yang telah dipilih oleh kami iaitu ais lemon. Harga segelas ialah RM2.50
Air soda ni pon agak unik rasanya. Harga segelas ialah RM4.90
Suasana di dalam restoran Ban-J agak kondusif dan membolehkan pelanggan menjamu selera dalam keadaan yang selesa.
Secara keseluruhannya makanan disini adalah lebih mahal berbanding di warung tetapi jika diambil kira faktor keselesaan yang ditawarkan oleh Ban-J harganya boleh dianggap sebagai berpatutan.
Bagi yang ingin ke Ban-J, lokasinya mudah sahaja iaitu terletak di Laman Seri Business Park Seksyen 13 Shah Alam yang bersebelahan dengan Kolej PTPL Shah Alam. Ban-J terletak berhampiran dengan Monrods dan deretan kedai dan bank seperti Signature Kitchen, Standard Chartered Saadiq dan AmBank.
Ban-J Laman Seri
G12, Laman Seri Business Park
Persiaran Sukan Seksyen 13, Shah Alam
Selangor
Malaysia
Tel: 603 551 91890
Koordinat GPS: U 3.091560 T 101.544283
Tags: Ban-J Laman Seri, Char Kway Teow, Foods







Facebook
wow! sangat suke char ketiow:)
tips-kurus recently posted..GOBLOK!!!
@tips-kurus : kalau kena cara masaknya memang best
pergh char kue teow tu mmg meleleh air liur tgk..
kalah yg perlis pnya
@haru : nampak gaya kena singgah kedai ni lah untuk hilangkan rasa teringin. hehe
me sgt rindu nak mkn char kuew teoy

Mama Zharfan recently posted..now only me know – Pumpkin Patch tu brand New Zealand rupanyajom tgk hasil rembatan me
@mama zharfan: kalau rindu nampak gaya kena cepatlah balik malaysia
char keuyteow sedap..
puteri ain recently posted..1 1 2011
@puteri ain: boleh tahan sedap gak
bila nak bawak pi makan ni?hehehehe
@timoat: insyaallah akan cari masa nak bawa
alahai bang..nie ifa suka nie..makanan!hihi
tiefazatie recently posted..SheNaBizShop Nak Bagi Hadiah
@iefa: kenalah pegi kedai kalau nak makan. hehe
lapar…..haha
Faizal Fredley recently posted..BIODATA IBLIS
@ff: kalau lapar kena makanlah jwbnya. hehe
wohoo.. ini macam jalan2 cari makan jer..
adeh.. dah le waktu baca ni tengah lapo T_T
mira_nas recently posted..PASAR TANI BARU- Ikan segar tanpa formalin
Nyam nyam… enak tuh