Home / Holiday / Bandung / Bandung Hotel – Harris Hotel Bandung Review

Bandung Hotel – Harris Hotel Bandung Review

 
Harris Hotel merupakan sebuah hotel terkemuka di Indonesia yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Indonesia termasuk di Bandung yang merupakan sebuah destinasi shopping yang terkenal di Indonesia. Sejak Air Asia mengadakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung, ramai orang Malaysia mengambil kesempatan untuk bercuti dan shopping di Bandung yang memang terkenal dengan Factory Outlet. Di Bandung memang terdapat banyak hotel dari 5 bintang hinggalah ke hotel bajet. Untuk trip ke Bandung kami memilih untuk menginap di Harris Hotel yang terletak bersebelahan dengan Festival Citylink Mall.

Setibanya kami di Harris Hotel, check-in ke bilik adalah cepat tanpa sebarang masalah.

Harris Hotel Bandung Entrance

Harris Hotel Bandung Lif

Lobi Hotel Harris adalah besar dan moden. Setibanya anda di kaunter reception hotel anda akan disambut oleh staf yang berpakaian oren. Staf disini peramah dan mudah memberikan senyuman.

Harris Hotel Bandung Lobby

Saiz biliknya adalah kecil tetapi memadai untuk memuatkan kami sekeluarga – 2 dewasa dan 2 kanak-kanak 4 tahun. Katilnya juga adalah selesa. Bantalnya empuk membuatkan kami tidur dengan nyenyak sepanjang berada di Bandung.

Harris Hotel Bandung Single Bed

Bilik hotel yang moden ini telah dihias dengan menggunakan warna korporat Hotel Harris iaitu oren. Hampir dimana sahaja anda boleh melihat warna oren digunakan dalam hiasannya.

Harris Hotel Bandung

Bilik turut dilengkapkan dengan TV LCD yang mempunyai hampir 40 channel. Jauh beza dengan hotel di Malaysia yang mempunyai channel yang sikit. Kalau anda tak suka shopping, anda pasti tidak akan bosan sebab ada 40 lebih channel yang boleh menemani anda seharian.

Harris Hotel Bandung Room TV LCD

Bilik kami tidak disertakan dengan sarapan. Walaubagaimanapon takde masalah sebab boleh charge bil breakfast ke bilik. Pilihan makanan untuk breakfast disini tidak banyak tetapi mencukupi untuk membuatkan kami kenyang. Kalau anda bernasib baik akan ada jamu disediakan untuk pelanggan restoran.

Harris Hotel Bandung Breakfast

Hotel Harris turut mempunyai kemudahan swimming pool yang terletak di aras lobi hotel tetapi kami tak pergi swimming pon sebab kebanyakan masa kami dihabiskan untuk shopping dan melawat tempat menarik di Bandung seperti Tangkuban Perahu.

Sekiranya anda datang ke Bandung untuk shopping di Factory Outlet, anda memerlukan pengangkutan kerana hotel ini terletak lebih kurang 8km dari Factory Outlet di Jalan Riau, Cihampelas Walk, Dago dan Rumah Mode. Kalau anda tidak bernasib baik, anda akan terperangkap dalam kesesakan jalanraya di sini. Tetapi sepanjang kami berada disini keadaan trafik di jalan adalah memuaskan, mungkin kerana kami datang pada weekdays. Untuk mencari makanan pula tidak akan ada masalah sebab shopping mall Festival CityLink yang terletak di sebelah hotel mempunyai banyak kedai makan seperti KFC dan J.CO Donuts & Coffee.

Harga bilik disini untuk semalam adalah dari IDR 568,000 atau bersamaan RM181. Untuk harga terkini boleh disemak melalui laman web rasmi Harris Hotel.

Bagi yang bercadang untuk menginap di HARRIS Hotel & Conventions Festival CityLink Bandung bolehlah merujuk map di bawah.

Maps HARRIS Hotel & Conventions Festival CityLink Bandung

 
HARRIS Hotel & Conventions Festival CityLink
Jl. Peta 241, Pasir Koja, Bandung
Indonesia 40323

Telephone +62 22 6128600 | Fax: +62 22 612860

Koordinat GPS: U -6.929811 T 107.587296

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge