Home / Foods / Berbuka Puasa Buffet Ramadhan 2012 @ Sultani Restaurant Ampang

Berbuka Puasa Buffet Ramadhan 2012 @ Sultani Restaurant Ampang

Pasti ramai yang sedang mencari promosi berbuka puasa buffet Ramadhan bawah RM50 kan? Kali ini kami berkesempatan mencuba promosi berbuka puasa di Restoran Sultani. Bagi yang tidak pernah sampai kesana, restoran ini terletak di tingkat 5 Hotel Flamingo, Ampang. Untuk menuju ke Sultani anda hanya perlu masuk melalui lobi Hotel Flamingo Ampang dan menggunakan lif untuk sampai ke tingkat 5.

Menurut pengurus operasi Restoran Sultani, Ms Sanna Shah, pemilik restoran Sultani adalah merupakan seorang Muslim dan restoran ini telah beroperasi hampir 4 tahun. Keistimewaan Sultani adalah dalam menyediakan sajian asli Mughali dan Parsi dan kebanyakan makanan disini berasal dari Utara India, Pakistan dan Afghanistan.

Bahagian hadapan restoran Sultani telah dihias dengan hiasan yang mengambil inspirasi dari seni Mughal dan ditambah dengan hiasan seramik yang didatangkan khas dari Turki dan hiasan gelas yang didatangkan khas dari Iran di bahagian dalam restoran. Hiasan seramik dan gelas ini turut dijual pada yang berminat untuk mendapatkannya.

Hiasan dalaman restoran Sultani kelihatan agak ekslusif dengan mengambil inspirasi dari Parsi dan membuatkan anda dapat menikmati sajian dalam keadaan selesa. Sewaktu kami tiba ke Sultani, restoran 85% telah dipenuhi dengan pengunjung. Boleh tahan juga respond orang ramai ke atas buffet di Sultani pada hari bekerja.

Selain itu, Sultani mempunyai dua bahagian tempat makan iaitu indoor dan outdoor. Bagi yang ingin menikmati pemandangan tasik dan kota Kuala Lumpur bolehlah memilih untuk menjamu selera di bahagian luar restoran Sultani.

Buffet Ramadhan kali ini menyajikan hampir 30 jenis hidangan.

Nasi beriani yang disajikan disini turut menggunakan kombinasi rempah saffron, halia dan bawang dalam resipinya.

Zeera Onion Pulou merupakan sejenis sajian nasi yang dimasak bersama dengan rempah, masala dan minyak sapi. Kalau nak rasa keunikan makanan India bolehlah mencuba hidangan nasi ni.

Jangan lupa untuk mencuba vegetable pokora bila anda kesini. Rasanya seakan-akan seperti muruku tetapi dalam bentuk yang berlainan.

Kurma ayam

Kambing masala antara sajian favourite saya dalam buffet ramadhan di Sultani.

Ikan masak sweet sour turut disajikan dalam buffet kali ini.

Sajian cendawan yang dimasak menggunakan pelbagai herba dan rempah.

Sajian sayur campuran dan dhal turut melengkapkan senarai sajian dalam buffet berbuka puasa di Sultani.

Di sebelah kanan adalah merupakan Seekh Kebab yang menggunakan daging kambing. Rasanya memang berlainan dengan kebab dari negara Arab. Dan di sebelah kanan adalah ayam tandoori berserta dengan mint sauce.

Disini terdapat 4 jenis roti naan yang disajikan iaitu roti naan biasa, naan keju, garlic naan dan butter naan. Sambil ambil roti naan boleh nampak view KLCC dari Sultani.

Pelbagai jenis kuih melayu yang disajikan di Sultani.

Hampir semua hidangan telah kami cuba dan ambil pon sikit-sikit setakat untuk merasa. Kalau ambil banyak takut tak dapat nak habiskan. Pengalaman berbuka puasa disini adalah suatu pengalaman yang unik kerana makanan di sini memang tidak sama seperti di restoran mamak. Bagi yang menggemari makanan berempah pasti tidak akan rasa rugi datang ke sini. Tetapi sebelum balik jangan lupa untuk minum teh masala yang disajikan di sini bagi membantu proses penghadaman makanan dalam perut. Maklumlah baru lepas makan sajian yang berempah.

Kemudahan surau turut disediakan di sini. Bagi lelaki boleh menggunakan kemudahan surau di tingkat 2 dan bagi perempuan boleh menggunakan kemudahan surau di tingkat 1.

Harga promosi berbuka puasa buffet Ramadhan di Sultani adalah RM46.40 nett bagi dewasa dan RM32 nett bagi kanak-kanak berumur dari 6 – 12 tahun. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah dapat makan secara percuma.

Bagi yang ingin mengadakan majlis private untuk berbuka puasa bersama kawan atau keluarga turut disediakan ruang khas yang boleh memuatkan sehingga 85 orang.

Buffet ramadhan disajikan sehingga pukul 10.30 malam dan Restoran Sultani akan ditutup pada pukul 11.30 malam. Selepas kenyang menikmati sajian asli dari India bolehlah berehat sebentar sambil minum teh masala dan menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur dari Sultani. Bagi yang berhajat ingin berbuka puasa di Sultani digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan pulang dengan tangan kosong.

 
The Sultani @ Flamingo Hotel Ampang
Level 5, Flamingo Hotel By The Lake,
Jalan Hulu Kelang, 68000
Ampang, Selangor
Tel : 03 4251 7360

Koordinat GPS: U 3.161221 T 101.750807

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge