Home / Foods / Berbuka Puasa @ Restoran Intai Intai | Promosi Buffet Ramadhan 2012

Berbuka Puasa @ Restoran Intai Intai | Promosi Buffet Ramadhan 2012

Bulan Ramadhan pasti ramai yang mencari tempat untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga dan kawan. Restoran Intai Intai turut tidak ketinggalan dalam menawarkan promosi buffet Ramadhan 2012 untuk berbuka puasa. Buffet Ramadhan kali ini datang dengan tema Thai ‘Bangkok Hawker Food’ dan masakan kampong Kelantan. Keunikan Intai Intai adalah lokasi restorannya yang dikelilingi oleh kehijauan alam semulajadi.

Hiasan dalaman Intai Intai juga tidak kurang hebatnya dengan dekorasi yang menarik. Bagi menampung permintaan yang tinggi dari pelanggan yang datang berbuka puasa di Restoran Intai Intai, pihak restoran turut menyediakan beberapa khemah tambahan yang dibawa khas untuk bulan Ramadhan.

Menu makanan yang disediakan untuk buffet Ramadhan kali ini terdiri dari makanan tempatan dan makanan Thai. Antara makanan tumpuan utama dalam buffet Ramadhan ini ialah kambing panggang. Ianya selalu menjadi pilihan ramai pengunjung dan paling panjang barisan beraturnya. Turut disediakan mint sauce untuk dimakan bersama kambing panggang.

Selain kambing panggang, turut disajikan kali ini di stall panggang ialah kepak ayam dan otak-otak.

Selain itu restoran Intai Intai turut membawa makanan khas dari Thai iaitu laksa Thai dan Som Tam untuk disajikan dalam buffet Ramadhan.

Bagi yang kesini jangan lupa untuk mencuba laksa Thai kerana rasanya sedap sangat. Tapi perlu diingatkan laksa Thai ini pedas. Bak kata orang bila pedas barulah ada ‘kick’.

Som Tam pula adalah merupakan sejenis salad yang popular di kalangan penduduk tempatan Thai. Som Tam mempunyai kombinasi rasa masam, masin dan manis. Biasanya Som Tam akan dimakan bersama-sama dengan pulut dan juga ayam goreng.

Selain itu pelbagai jenis makanan Thai turut disediakan dalam sajian buffet ini seperti tilapia 3 rasa,  tomyam ayam, butter prawn, daging masak merah, ayam deep fried with sweat tomyam and dried chilli, mee goreng, nasi goreng cina ala Thai, spicy lala Thai basil dan daging salai merah masak cili api. Disamping sajian Thai, Intai Intai turut menyediakan nasi dagang dalam variasi menu buffetnya.

Bagi peminat bubur turut disajikan bubur bersama aneka jenis lauk untuk dimakan bersama bubur. Sup tulang pon ada dalam menu kali ini.

Tidak dilupakan untuk si kecil ialah sajian sosej dan spaghetti.

Restoran Intai Intai turut menyediakan pelbagai jenis hidangan kuih tempatan dalam buffet Ramadhan kali ini. Antaranya ialah cucur bilis, cempedak goreng, pisang goreng, popia, roti jalan dan pelbagai jenis aneka kuih muih. Sebagai pemanis mulut turut disediakan ABC dan pelbagai jenis minuman.

Inilah hasil tangkapan kami kali ini.

Ni sajelah yang termampu untuk kami makan. Sebenarnya ada banyak lagi makanan nak cuba tapi dah tak terdaya sebab kenyang. Keseluruhannya kami berpuas hati dengan makanan yang disajikan dan rasanya enak sekali.

Bagi yang berhajat untuk ke sana, harga buffet Ramadhan untuk dewasa ialah RM49.90 nett dan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun ialah RM25 nett. Anda digalakkan untuk membuat tempahan sebelum datang bagi mengelakkan kesukaran mendapat tempat.

 
Restoran Intai Intai
Lot 378-15 Backyard,
Jalan Ampang Ulu Klang (MRR2 Highway),
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Phone : 603 4252 2252 / 6012 300 5856 / 6017 210 2343 / 6012 288 2424

Koordinat GPS: U 3.170873 T 101.755378

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge