Home / Foods / Buffet Ramadhan 2012 @ Prescott Metro Inn Kajang

Buffet Ramadhan 2012 @ Prescott Metro Inn Kajang

Mencari hotel untuk berbuka puasa di Kajang? Prescott Metro Inn Kajang menawarkan buffet Ramadhan 2012 pada harga RM55 nett untuk dewasa. Dan sekiranya anda membeli untuk 9 orang, orang yang ke 10 akan dapat makan percuma. Best kan dapat makan free. Apa yang anda akan dapat dengan RM55 ? Untuk buffet Ramadhan tahun ini, Prescott Metro Inn menawarkan sajian kampung ala minang yang disediakan khas oleh Chef Awie.

Sebenarnya beberapa minggu lepas hangat diperkatakan tentang sebuah hotel di Kajang tidak halal selepas sebuah akhbar tempatan melaporkan sebuah hotel di Kajang diserbu sepasukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas dikatakan menggunakan ungkapan ‘Buffet Ramadan’ tanpa memiliki sijil halal. Disini kami ingin memaklumkan kepada semua pembaca bahawa Prescott Metro Inn mempunyai sijil halal dari JAKIM yang masih sah. Yang kena serbu hari tu bukanlah Prescott Metro Inn tetapi hotel lain. Yang lebih aneh lagi masih ramai lagi orang Islam yang masih berbuka puasa di hotel tu walaupon tidak mempunyai sijil halal.

Berbalik kepada menu yang terdapat dalam buffet Ramadhan di Prescott Metro Inn, sajian yang disajikan adalah lebih kepada makanan ala minang.

 

Paru goreng berlada

Gulai tempoyak patin

Dalca ikan masin kurau

Lauk pucuk paku

Tauhu lembut dengan isi

Lemon deep fried chicken

Kepada peminat ulam, pelbagai sayuran tradisional disediakan dari ulam sampailah ke petai. Segala jenis sambal belacan pon ada untuk dicicah bersama dengan ulam.

Kepada peminat makanan bakar turut disediakan pelbagai jenis ikan dan kambing yang dibakar secara ‘live’ di cooking station. Kuah air asam dan sos black pepper disediakan untuk dicicah bersama ikan bakar dan kambing bakar.

Bagi yang masih tidak kenyang boleh cuba makan spaghetti

atau makan mee kari

Lepas dah cuba makanan yang berat, boleh lah cuba makanan ringan pula. Kat sini ada pasembur

Roti John pon ada kat sini.

Selepas penat menjamu selera dah tiba masa untuk rasa pencuci mulut. Ada pelbagai kuih dan kek yang disajikan

Chocolate fountain pon ada

Rojak buah pon ada. Ada 5 pilihan buah untuk anda cicah bersama dengan kuah rojak.

Pelbagai jenis buah-buahan dan puding untuk santapan anda

Ais kacang dan aiskrim pon ada untuk peminat ABC

Nak tahu apa hasil tangkapan kami? Ni lah dia hasil tangkapan kami selepas penat kami pusing semua kaunter buffet.

Mee kari ni memang power kuah dia.

First round makan kambing bakar

Lepas tu makan second round kambing bakar dengan sos black pepper. Memang mantap.

Lepas tu bagi cool down dengan ABC. Sejuk sikit rasanya.

Bila dah asyik menjamu selera jangan lupa solat pula. Surau ada disediakan di tingkat 2 untuk kemudahan pengunjung.

Nak tahu apa pendapat kami mengenai buffet di Prescott? Kami rasakan yang harga dikenakan adalah berpatutan sebabnya ada banyak lagi restoran di luar sana yang menawarkan harga yang jauh lebih tinggi tetapi dengan pilihan makanan yang sedikit. Kualiti makanan dan jumlah hidangan di Prescott juga tidak kurang hebat dan berpatutan dengan harganya. Kalau tak sedap, takkanlah saya makan dua kali kambing bakarnya kan.

Sebelum anda datang digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Maklumlah bulan puasa ni orang ramai suka berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan di hotel dan restoran. Selamat menjamu selera.
Prescott Metro Inn Kajang
Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih
43000, Kajang
Selangor Darul Ehsan

Phone : 603 8737 5555

Koordinat GPS: U 2.992556 T 101.791167

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge