Home / Foods / Buffet Ramadhan / Buka Puasa Buffet @ Silka Maytower Hotel & Serviced Residences

Buka Puasa Buffet @ Silka Maytower Hotel & Serviced Residences

Kali ini kami ingin bercerita tentang buffet dinner buka puasa untuk tahun 2013 di Silka Maytower Hotel & Serviced Residences yang akan diadakan dari 9 Julai hingga 7 Ogos 2013. Kami telah dijemput oleh Silka Maytower Hotel untuk menghadiri preview session ini dan seperti biasa kami tidak akan lupa untuk membawa sekali sahabat karib kami iaitu kamera Nikon D600 ke preview ini.

Dengan temanya Juadah Tradisi Kampung, anda pasti akan mengimbau kembali makanan tradisi yang selalu disajikan oleh ibu kita di kampung seperti lemang, rendang daging, rendang ayam, ikan patin tempoyak, bubur lambuk dan banyak lagi. Terdapat pelbagai pilihan makanan untuk buffet ini dan anda pasti akan rambang mata. Seperti kebiasaannya, live stall yang menyajikan kambing panggang akan menarik perhatian saya.

Kambing Panggang Buka Puasa Buffet Silka Hotel

Bagi kami kambing panggang ini mesti anda cuba sekiranya anda berbuka puasa disini kerana rasanya sedap dan sos black pepper yang digunakan juga boleh tahan enaknya. Dan satu lagi sajian yang mesti ada dalam mana-mana buffet buka puasa ialah sate. Kalau tiada sate rasanya macam tidak lengkap set menu buffetnya.

Sate Buka Puasa Silka Hotel

Satenya juga sedap dan rugi kalau tidak cuba. Yang paling best, chef disini akan memasaknya secara live.

Sate dan Kambing Panggang Buka Puasa Buffet

Bila sudah bercerita tentang makanan tradisi, sudah pasti lemang tidak akan terkecuali. Untuk melengkapkan lemang anda boleh memilih rendang ayam atau daging sebagai pencicahnya.

Lemang Buka Puasa Buffet Silka Hotel

Hentian seterusnya adalah menu utama buffet buka puasa di Silka. Menu utama yang disajikan disini terdiri daripada beberapa lauk tradisi orang Melayu. Terdapat beberapa sajian yang disajikan seperti ayam kuzi, rendang daging, rendang ayam dan banyak lagi. Bak kata pepatah bahasa Inggeris ‘A picture is worth a thousand words’, let the pictures do the talking

Ayam Kuzi Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Ayam Kuzi

Ayam Rendang Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Ayam Rendang

Daging rendang Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Daging Rendang

Kari Kepala Ikan Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Kari Kepala Ikan

Labu Kuning Masak Lemak Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Labu Kuning Masak Lemak

Oxtail Sup Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Oxtail Sup

Udang galah Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Udang Galah Goreng Berempah

Patin Tempoyak Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Ikan Patin Tempoyak

Siput sedut Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Daging masak kicap buffet buka puasa hotel
Daging Masak Kicap

Melihat kepada jumlah sajian utama lauk disini, saya yakin pasti anda tidak mampu untuk makan kesemuanya. Kami pon tidak terkecuali dan hanya mampu untuk mencuba beberapa sajian sahaja kerana sudah kekenyangan.

Selepas habis menjamu selera tiba masanya untuk mencuba pencuci mulut dan juga minuman disini. Pelbagai pilihan disajikan untuk buffet kali ini dan sudah semestinya kena ada kuih tradisi seperti bahulu. Bagi yang tidak biasa dengan kuih tradisi, pastri moden juga turut disajikan.

Dessert buka puasa buffet silka

Kuih Buka Puasa Silka

Minuman Jus Silka Buka Puasa Buffet Hotel

Kami juga turut diperkenalkan dengan chef yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk buffet buka puasa bagi tahun 2013 ini di Silka Maytower. Menurut Chef Khairil Azar, antara signature dish untuk buffet kali ini ialah ikan patin tempoyak dan bagi yang berhajat untuk berbuka puasa disini, bolehlah mencuba ikan patin tersebut.

Chef Buka Puasa Buffet Silka Hotel

Selepas hampir 2 jam disini, apakah konklusinya? Berbaloi ke untuk datang kesini? Bagi kami, sebarang buffet yang ada menyajikan kambing panggang dan pada harga yang berpatutan memang berbaloi untuk pergi. Di Silka Maytower,harga yang diletakkan untuk buffet dinner ‘Juadah Tradisi Kampung’ ini ialah RM78++ (dewasa) dan RM25++ (kanak-kanak 4 hingga 12 tahun).

Kalau nak dibandingkan harganya dengan hotel lain di sekitar Lembah Klang, harganya boleh dianggap sebagai berpatutan. Dan dari segi pilihan makanannya pula, seperti yang telah saya sebut sebelum ini, kami tidak mampu untuk mencuba kesemuanya kerana pilihannya yang pelbagai dari sajian utama hinggalah ke murtabak, mee rebus, otak-otak dan banyak lagi. Dan kami berpendapat antara makanan yang sedap dan harus anda cuba dalam menu buffet kali ini ialah kambing panggang, ayam kuzi dan sate.

Yang lebih menarik, Silka Maytower mengadakan promosi buka puasa di minggu pertama dan terakhir dimana anda akan diberi diskaun 50%. Bagi yang ingin mengambil kesempatan di atas promosi diskaun 50% ini, bolehlah singgah ke restoran La Maison @ Silka Maytower Hotel & Serviced Residences. Harga yang diberikan untuk buffet buka puasa ini selepas diskaun memang sangat berbaloi. Dimana lagi nak cari buffet buka puasa di hotel yang harganya bawah RM50 di KL kan. Oleh sebab itu, bagi yang tidak mahu lepaskan peluang keemasan ini bolehlah pergi semasa minggu pertama dan keempat.

Selain itu, warga emas berusia 55 tahun dan ke atas akan dapat menikmati diskaun 50% sepanjang promosi buffet dinner ini.

Bagi yang akan sibuk membeli belah pakaian hari raya dan tudung di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sepanjang bulan Ramadhan ini, bolehlah singgah untuk berbuka puasa disini kerana kedudukan Silka Maytower yang tidak jauh dari Jalan TAR dan Jalan Masjid India.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan berbuka puasa di sini, anda boleh telefon restoran La Maison di talian 0326929298 .

Bagi yang memerlukan map untuk sampai ke Silka Maytower, anda boleh merujuk map di bawah. Selamat berbuka puasa dan menjalankan ibadat di bulan Ramadhan.

Maps Silka Maytower

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Silka Maytower Hotel & Serviced Residences
7 Jalan Munshi Abdullah,
50100, Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.154076 T 101.698447

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge