Home / Foods / Buka Puasa Ramadhan Buffet 2010 Di Dorsett Regency Kuala Lumpur

Buka Puasa Ramadhan Buffet 2010 Di Dorsett Regency Kuala Lumpur

Hari pertama Ramadhan kami telah berbuka puasa di Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur. Keunikan buffet ramadhan di sini adalah dengan kehadiran Jaafar Onn dan rakan-rakan artisnya menghiburkan tetamu sambil menjamu selera.Ramadhan Buffet ni dibuat di Checkers Cafe yang terletak di tingkat 1 hotel. Hotel ni terletak di Jalan Imbi berdekatan dengan hotel Ritz Carlton.

Terdapat lebih kurang 100 juadah disediakan dalam buffet tersebut dan memang terlalu banyak pilihan yang ada. Antara pilihan makanan yang ada seperti sate (ayam,daging,kambing), grill food (pelbagai jenis ikan, ayam, daging), nasi beriani, pelbagai jenis lauk pauk seperti ikan pari asam pedas dan byk lagi, mee rebus, nasi ayam, sushi, oyster, pelbagai jenis salad dan sos, kuih muih, rojak, pelbagai jenis dessert, ais kacang, minuman dan ais krim. Pendek kata makanan yang disediakan terlalu banyak dan tak larat nak makan kesemuanya.

Di samping pelbagai jenis makanan yang disediakan, Dorsett Regency pon ada menyediakan pelbagai jenis kuih muih dan kek sebagai pemanis mulut. Chocolate fountain pon ada jugak bagi sesape yang suka chocalate :)

Sambil2 makan, malam tu ada Jaafar Onn, Haiza dan Maya yang menghidupkan suasana malam tu dengan telatah mereka. Selain itu, LUCKY DRAW pon ada pada malam tu. Kitorang antara tetamu bertuah yg dapat bawa balik satu hamper pada malam tu. Kira berbaloi jugaklah sambil makan siap boleh dapat hamper lagi. Sepanjang bulan Ramadhan ni, kalau ada sesiapa yg pegi buka puasa dekat Dorsett ni akan ditemani oleh Jaafar Onn sehinggalah ke penghujung Ramadhan. Bagi yang ingin mencari kelainan dan nak ubah selera, boleh lah cuba dekat Dorsett Regency. Makanannya dari segi rasa boleh tahan jugaklah. Sebab ada sesetengah tempat, makanannya ada yg sampai tak sedap betul. Tapi kat Dorsett, makanannya semuanya cukup rasa cuma ada sesetengah makanan sedikit pedas.

Harga buffet Ramadhan di Dorsett Regency adalah RM69.90++ bagi dewasa dan 50% diskaun untuk kanak2 4-12 tahun. Tapi untuk 3 hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, harga buffet yang ditawarkan adalah RM40.20 nett selepas diskaun 50%. Bagi sesape yg nak mengubah selera, boleh lah datang dalam 3 hari pertama Ramadhan ni sebab harganya sangatlah menarik.

Checkers Café
Dorsett Regency Hotel KL
172 Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603 2716 1000
Website: www.dorsettregency.com.my/kl/

Koordinat GPS: U 3.147151 T 101.715800

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. makanan2 nampak sedap. :-)

  2. sushi!itu yg ifa suka nie..sedap kan2..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge