Home / Foods / Buka Puasa Ramadhan Buffet 2010 @ Riverstone Eco Resort

Buka Puasa Ramadhan Buffet 2010 @ Riverstone Eco Resort

Bulan Ramadhan dah pun hampir sampai ke penghujungnya. Untuk review buka puasa kali ini, kita akan buat ulasan tentang promosi buffet Ramadhan di Riverstone Eco Resort. Kita pon sebenarnya tak rancang untuk berbuka puasa di sini tetapi oleh kerana rakan sekolah telah pon membuat program buka puasa bersama bekas rakan SAJOHA di venue tersebut pada hari semalam, kita pon memulakan langkah untuk berbuka puasa di sana.

Lokasinya terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor. Bagi yang datang dari arah Ampang atau Kuala Lumpur boleh menuju ke sana dengan melalui MRR2 dan keluar di persimpangan menuju ke Batu Caves. Dari Batu Caves, untuk sampai ke Riverstone Eco Resort akan mengambil masa lebih kurang 15 minit (10 km) dimana anda akan melalui pekan Sungai Tua dan Empangan Batu. Pemandangan Empangan Batu di sepanjang perjalanan tersebut sangatlah indah serta mengasyikkan dan dapat menghilangkan seketika keletihan hidup dalam kesibukan kota. Jalan untuk menuju ke Riverstone Eco Resort sangatlah mencabar disebabkan jalannya yang bengkak bengkok serta menuruni dan menaiki bukit.

Buffet Ramadhan disini ditawarkan pada harga RM35 nett untuk dewasa dan menu yang disediakan adalah 100% masakan melayu. Antara juadah yang dihidangkan adalah seperti ayam masak merah, ikan patin masak tempoyak, pecel lele, daging semur, sambal goreng, mee sup, mee hoon sup, soto, pelbagai jenis kuih muih, kerabu, abc, teh tarik dan minuman.

Dari segi variasi hidangan yang dihidangkan, mungkin pilihan yang disediakan adalah sedikit berbanding dengan restoran lain di Kuala Lumpur yang turut mengadakan promosi buka puasa. Kami sekeluarga telah sampai sedikit lewat untuk majlis berbuka puasa tersebut dan apabila kami ingin mengambil buah-buahan selepas selesai menjamu selera hidangan utama, didapati buah-buahan tersebut tidak ditambah oleh pihak restoran.

Secara keseluruhan harga yang ditawarkan adalah berpatutan tetapi boleh diperbaiki lagi sekiranya pihak restoran menambah pilihan makanan. Dari segi dekorasi restoran, ianya memberikan suasana yang sedikit unik kerana menggunakan elemen melayu dalam hiasannya di samping dapat menikmati makanan dalam suasana yang nyaman dan damai dalam rimba.


Kemudahan surau turut disediakan bagi memudahkan pelanggan menunaikan solat. Bagi yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi Riverstone Eco Resort di talian 03-92004181/03-92872672 atau 013-2080833.

 
Riverstone Eco Resort
Hutan Lipur Sungai Tua
Jalan Sungai Tua,
Hutan Lipur Sungai Tua,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 603 9200 4181
Website: www.riverstoneecoresort.com

Koordinat GPS: U 3.298425 T 101.694692

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

7 comments

  1. kt ulu yam ke kt bt caves??alamat kt bt caves tp ckp kt ulu yam… (:

    jom singgah baca entry baru.. a r u l
    arul recently posted..Tips Menulis Artikel di Blog

    • tempatnya sebelum sampai ulu yam kalau dari arah batu caves. to be exact kat hutan lipur sungai tua. kena lalu empangan batu baru boleh sampai tempat tu. alamatnya tulis batu caves sebab ambil dari address restoran tu. nanti aku update address utk elak kekeliruan.

  2. for me, the rating is 5.5/10..mybe sbb i mmg x gemar ikan patin masak tempoyak kot..sesiapa yg suka gulai tempoyak mungkin akan bagi rating lebih tinggi..

  3. slm follow kt sini
    lazat gak menu kat situ

  4. nampak macam menarik tempat tu.. harap2 makanan pun sedap
    kulanz recently posted..Kaedah penetapan tarikh hari raya puasa

    • tempatnya mmg menarik. mmg cantik kalau nak makan ala2 romantik dgn wife. makanan bagi saya ok lah sbb masakan kampung. saya bagi rating 7/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge