Home / Foods / Burger Bakar / Burger Bakar No 1 Memang Sedap

Burger Bakar No 1 Memang Sedap

Burger bakar merupakan suatu fenomena yang tidak asing di Malaysia dan Burger Bakar No 1 tidak ketinggalan untuk mengikuti trend semasa ini. Burger bakar sedap akan dapat dihasilkan sekiranya ramuan yang digunakan adalah tepat dan segar.

Oleh kerana gerai burger bakar telah tumbuh bagaikan cendawan di merata tempat, bagaimanakah nak mencari burger bakar yang betul-betul sedap? Kami telah mendapat saranan daripada blogger lain untuk mencuba Burger Bakar No 1 yang dikatakannya sedap. Untuk memastikan betul atau pon tidak Burger Bakar No 1 memang sedap, kami pon mencuba burger di gerai tersebut.

Setibanya kami di sana sudah pon dapat dilihat beberapa orang sudah berbaris untuk mendapatkan burger bakar. Kami sedikit gembira sebab barisannya tidak terlalu panjang dan mungkin kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan burger kami.

Burger Bakar Bukit Indah

Walaubagaimanapon sangkaan kami agak meleset kerana sebaik sahaja kami membuat tempahan, kami dimaklumkan bahawa burger bakar hanya akan siap 1 jam kemudian. Kami pon membuat keputusan untuk membuat sahaja tempahan walaupon terpaksa menunggu 1 jam. Kami pon menempah burger daging double dengan keju dan burger ayam 200gm dengan keju.

Burger Bakar No 1

Melihatkan sahaja pada daging burger dan keju yang sedang dibakar pasti akan membuatkan anda terliur. Aroma yang dihasilkan daripada daging burger yang sedang dibakar memang akan menarik perhatian anda. Pekerja disini juga tidak putus-putus membakar daging burger yang sentiasa ditempah oleh pengunjung disini.

Burger Bakar Sedap

Selepas menunggu hampir sejam, tibalah masa untuk kami mencuba burger bakar tersebut. Adakah berbaloi penantian kami?

Burger Bakar Famous

Burger yang terdapat dalam gambar ini adalah burger daging double. Saiz hidangannya agak besar jika dibandingkan dengan burger biasa. Tidak dapat dinafikan rasa burger bakar no 1 memang sedap. Daging bakarnya tidak terlalu keras dan telah disalut dengan sejenis sos yang membuatkan rasa burgernya enak sekali. Apa yang menariknya tentang Burger Bakar No 1 ialah setiap pati ayam dan daging disini dihasilkan dengan sendiri bagi memastikan kesegaran dan keunikannya.

Burger bakar ayam 200gm disini dijual pada harga RM6.50 dan burger daging double pula dengan harga RM11.50. Pada peminat keju, anda boleh membayar extra RM1 untuk mendapatkan keju pada burger bakar anda.

Bagi yang ingin kesana, gerai Burger Bakar No 1 terletak ditepi jalan berhadapan dengan Giant Taman Nusa Bestari. Gerai di cawangan Nusa Bestari adalah merupakan HQ untuk Burger Bakar No 1. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam dan akan ditutup pada setiap hari Selasa. Selain di Nusa Bestari, Burger Bakar No 1 turut mempunyai cawangan lain di sekitar Johor.


Burger Bakar No 1
Jalan Bestari 2/2
Taman Nusa Bestari
81300, Skudai, Johor

Telefon: 011 2755 0376

Koordinat GPS: U 1.482809 T 103.664662

Burger bakar merupakan suatu fenomena yang tidak asing di Malaysia dan Burger Bakar No 1 tidak ketinggalan untuk mengikuti trend semasa ini. Burger bakar sedap akan dapat dihasilkan sekiranya ramuan yang digunakan adalah tepat dan segar. Oleh kerana gerai burger bakar telah tumbuh bagaikan cendawan di merata tempat, bagaimanakah nak mencari burger bakar yang betul-betul …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Sedap

Summary : Burgernya sedap dan enak.

User Rating: 0.55 ( 1 votes)
70

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge