Home / Foods / Char Kway Teow / Char Kuey Teow Mali’s Corner Taman Bunga Raya – Memang Sedap

Char Kuey Teow Mali’s Corner Taman Bunga Raya – Memang Sedap

Mali’s Corner Taman Bunga Raya memang terkenal dengan char kuey teow dan nasi lemak. Hampir setiap malam Mali’s Corner dikunjungi oleh ramai pengunjung yang sanggup beratur untuk makan char kuey teow dan nasi lemak di sini. Tidak susah untuk mencari Mali’s Corner kerana ianya terletak di Taman Bunga Raya Setapak dan boleh dikunjungi dengan menggunakan Jalan Genting Kelang. Lokasinya yang berhampiran dengan Tunku Abdul Rahman College (TARC) turut membuatkan Mali’s Corner sering dikunjungi oleh pelajar dari TARC.

Mali's Corner Taman Bunga Raya Setapak

Walaupon perlu beratur untuk menunggu char kuey teow, tetapi waktu menunggunya tidaklah terlalu lama. Antara 10 – 15 minit saje kerana pekerjanya yang ramai.

Mali's Corner

Char koay teow di Mali’s Corner terdapat dalam 3 saiz iaitu special, besar dan kecil. Bezanya adalah dari segi kuantiti koay teow dan juga udangnya. Bagi yang mempunyai selera besar bolehlah memilih char koay teow special.

Kami telah memilih char koay teow besar dalam kunjungan kali ini.

Mali's Corner Char Koay Teow

Sepinggan char kuey teow besar di Mali’s Corner berharga RM5.

Kalau anda bukan peminat char kuey teow, anda boleh memilih untuk makan nasi lemak kerana Mali’s Corner¬†turut menyajikan nasi lemak dalam menunya. Nasi lemak disini cuma disajikan dengan ayam goreng atau telor goreng. Tidak ada menu lain seperti sotong atau kerang untuk dimakan bersama nasi lemak. Tetapi walaupon kurang variasi dalam lauknya, ayam goreng Mali’s Corner memang sedap bila dimakan bersama nasi lemak. Sekiranya anda ingin order nasi lemak anda perlu beratur dalam barisan yang lain pulak.

Mali's Corner Taman Bunga Raya

Kalau nak order air pon kena beratur jugak.

Mali's Corner Beratur

Kalau nak datang ke sini janganlah datang seorang. Kalau tak letih jugak nak beratur banyak kali setiap kali nak order air dengan makanan.

Nasi lemak mali's corner

Nasi lemak ayam goreng di Mali’s Corner dijual pada harga RM5 sepinggan. Kalau yang nak nasi lemak biasa, harganya cuma RM1.50. Harganya kira standardlah kalau dibandingkan dengan warung lain yang menjual nasi lemak di Kuala Lumpur. Sambal nasi lemak Mali’s Corner boleh tahan sedap jugak. Cuma ayam gorengnya tak besar sangat.

Mali's Corner Map

Bagi yang ingin ke Mali’s Corner boleh lah merujuk pada map di atas untuk sampai ke sana. Kredit pada Google Maps yang menyediakan peta di atas.

 
Mali’s Corner Taman Bunga Raya
Jalan Malinja 2
Taman Bunga Raya Setapak
Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.212339 T 101.728865

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

8 comments

  1. Sedapnya :-)
    Kalau saya datang KL lain kali…
    Mesti nak cuba…

  2. area utara ni pun terkenal dgn char kuey teow udang besar :)

  3. Sedaplah juga kuey teow mali ni. Tapi tak boleh lawan la dengan Penang punya char kuey teow. Berganda lagi sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge