Home / Lifestyle / Weddings / Checklist Persiapan Perkahwinan

Checklist Persiapan Perkahwinan

Sebagai sambungan kepada post sebelum ni pasal dewan untuk majlis kahwin, hari ni saya nak cerita skit pasal beberapa perkara yang perlu dibuat sebelum nak adakan majlis perkahwinan. Berdasarkan pengalaman saya yang dulu, kalau takde checklist atau senarai semak untuk persiapan perkahwinan, takut ada beberapa benda yang kita terlupa atau terlepas pandang. Kat sini saya nak senaraikan lah perkara tersebut dalam bentuk checklist untuk digunakan sebagai panduan oleh bakal-bakal pengantin baru kita ni.

 
Checklist Permohonan Nikah (kalau tak buat ni memang tak kahwinlah jawabnya)
- kena hadiri kursus pra-perkahwinan
- kena buat ujian HIV (bergantung pada Jabatan Agama Islam Daerah tapi rasanya semua tempat dah wajibkan)
- kalau yang lelaki pastikan ada surat akuan bujang ye
- dapatkan borang permohonan nikah dari Jabatan Agama Islam Daerah yang kita jadi pemastautin dan lengkapkan borang dan sertakan dokumen sampingan yang diperlukan. bagi lelaki, kalau dah dapat kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah boleh serahkan surat kebenaran tu pada pihak perempuan.
- pihak perempuan pon kena isi borang yang sama dan kepilkan surat kebenaran kahwin dari pihak lelaki dan dokumen sokongan yang lain.
- pastikan anda telah tempah tempat dan jurunikah untuk majlis kahwin anda.

 
Checklist Barang Hantaran
- senaraikan barang hantaran yang nak dibeli dan jangan beli sekali jalan. takut nanti pengsan pulak bila tgk bil. kalau boleh beli sikit-sikit especially bila ada sale.
- pastikan barang-barang penting macam cincin tunang, cincin kahwin, wang hantaran, wang mas kahwin disediakan.

 
Checklist Resepsi Perkahwinan
- pastikan andam pengantin dah ditempah. baju untuk nikah dan majlis resepsi biasanya boleh disewa dari mak andam. tak payah bazir duit untuk beli baru. nanti pakainya sekali je. pelamin pon biasanya boleh diambil dari mak andam je. bagusnya kalau amik dari satu tempat senang nak bincang. kalau amik lain2 tempat nanti takut akan ada masalah coordination. nanti ada yg dapat salah info, boleh rosak majlis. boleh bincang sekali untuk masukkan fresh flower kalau perlu.
- pastikan anda dah decide nak buat majlis resepsi perkahwinan di mana samada kat rumah, dewan, hotel atau pon taman. bila dah decide, pastikan anda dah book venue tersebut.
- book katerer kalau anda nak buat resepsi di rumah atau dewan yang tidak menyediakan katerer. kena bincang betul-betul menu dan harga pakej yang nak dipilih. pastikan set makanan beradap tak dilupakan. biasanya kalau katerer ni, boleh sediakan sekali khemah/kanopi dan decoration untuk khemah serta hiasan meja makan pengantin.
- hiasan bilik tidur pengantin
- book fotografer dan videografer untuk perkahwinan. kalau boleh amik yg dah experience sebab kalau silap amik and gambar tak cantik, takkan nak buat majlis lagi sekali kan….hehe. sekarang ni banyak fotografer dah sediakan custom made album. kalau boleh amik fotografer yg ada pakej tu lah sbb gambar nampak kemas dan cantik.
- kad jemputan / undangan kahwin beserta dengan pelan ke tempat majlis resepsi
- book kompang untuk resepsi kahwin. kalau xde kompang nanti nampak pelik pulak.
- book mc atau karaoke supaya majlis nanti tak boring.
- door gift untuk tetamu dan VIP
- bunga telur
- bunga manggar
- sediakan kos penginapan dan pengangkutan rombongan sekiranya perlu
- tempat penginapan untuk pihak yang bertandang sekiranya perlu
- kek kahwin
- sediakan papan tanda yang mencukupi untuk memberi panduan kepada tetamu untuk sampai ke tempat majlis resepsi.
- pastikan tempat honeymoon anda pon dah dibook serta flight kalau perlu. kalau tak nak pening kepala amik pakej dari travel agent. pergi rileks je tak payah nak fikir apa-apa. lagi pon tujuan honeymoon ni nak bercuti bersama pasangan tercinta kan.

Yang paling penting sekali pastikan anda sediakan budget untuk setiap checklist di atas. kalau tak buat budget, takut nanti kita akan terlebih belanja. pastikan berbelanja mengikut kemampuan anda dan jangan sampai berhutang. majlis resepsi tu cuma sehari je, yang penting kehidupan selepas majlis resepsi perkahwinan tu. banyak nak pakai duit tau kalau hidup kat bandar. lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

22 comments

  1. terkenang balik nostalgia dulu2 :) me kawin thn 2004 daaaa
    mama zharfan recently posted..sticky post RM100 jd taruhanjom cuba nasibclick jer banner kat bwh ni

  2. hmm..good infor..bleh jadikan panduan esok22 ni..hehehe

    tapi btol la ending tu…nak buat majlis berpada2 la..ikut kemampuan.nnt jangan lepas kawen tak leh nak suport pulak kan..haruu jadinya..
    Rama2Ungu recently posted..Gambar Kek Batik

  3. Tips yang berguna unutk bakal-bakal pengantin.

  4. waaa…susah gak nk kawen.luper kn dulu.just c0ncentrate kt yg lbih pnting.g pon xder calon g.weeee
    suzierahman recently posted..ON9 SPA

  5. wah..bagusnye..hihi..leh wat rujukan..tp lama lg nie..calon pun xde..=p
    tiefazatie recently posted..KL Urbanite First Giveaway Contest

  6. bagus info ni…. tudung pengantin? bleh cari kat sini
    http://cantikmall.blogspot.com/
    cantikmall recently posted..NEWS

  7. ngehehehe…belum sampai masa so tak penah fikirkannya :p

  8. duit yang penting..kawin byk pakai duit…tapi jgn berhutang…buat yg wajib je lagi elok…
    jeman beragas recently posted..200 followers

  9. sebenarnye puteri tgh cari chat box tapi, xjumpe.. singgah sini…
    Puteri Cahaya recently posted..Just nak tukaq name and change pakej orrr

  10. jangan lupa kad jemputan

  11. der calon..wet lk xder bro.hihi

  12. sangat berguna kepada bakal2 pengantin;)

  13. sekarang pun dah pening nak rancang,
    lau boleh memang tak elok berhutang,
    kumpul duit dari sekarang,
    sikit-sikit..
    mungkin 2,3 tahun baru kawen kot…….huu~
    bagus senarai ni,
    boleh tlg update lagi mana yang perlu..
    wansiti recently posted..Kerja Kosong di Tapak MAHA 2010 Pelajar UPM

  14. persiapan kawin ni mmg remeh. macam2 nk kene buat.

  15. Untuk Permohonan nikah dgn jabatan agama, seelok2nya berapa bulan sebelum nikah?

    • kalau boleh buat 2-3 bulan lebih awal utk mengelakkan timbul sebarang masalah. kalau last minute ni takut tak sempat nak cari qariah dan imam utk nikahkan nanti.

  16. ehhheheeh..sy pun dalm 50% dah prepare…tinggal nak byr kan package2 pengantin sprt pelalim, mak andam, caterer, khemah..huhuh…borang kahwin jer pending….heeeh…fening nyer bila nak kawin ni….nak nak setahun preparation die..majlis sehari dua jer papun bersyukur mudah2n jodoh berpanjanga :)

  17. wah, checklist persiapan kahwin. boleh baca dulu walaupun belum masa lagi ni. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge