Home / News / Sports / Chelsea Datang Ke Malaysia Untuk Asia Tour 2013

Chelsea Datang Ke Malaysia Untuk Asia Tour 2013

Chelsea akan berkunjung lagi ke Malaysia sempena kunjungan pra-musim ‘2013 Here to Play, Here to Stay Asia Tour 2013′. Selain Malaysia, Chelsea akan turut berkunjung ke Thailand dan Indonesia bagi melengkapkan jelajah Asia 2013.

Jelajah Asia 2013 Chelsea akan bermula di Thailand pada 17 Julai 2013, diikuti oleh perlawanan di Malaysia dan diakhiri jelajahnya dengan kunjungan ke Indonesia pada 25 Julai 2013.

Chelsea akan bermain menentang Malaysia XI di Stadium Shah Alam pada hari Ahad 21 Julai 2013. Sekiranya anda peminat Chelsea pastikan anda block tarikh tersebut supaya dapat menonton dengan lebih dekat lagi aksi pemain Chelsea seperti Juan Mata, Eden Hazard, Petr Cech, Asheley Cole, David Luiz, Demba Ba dan Oscar.

Apa yang menariknya tentang Asia Tour 2013 adalah ini merupakan kali pertama Chelsea akan berkunjung ke Indonesia bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Indonesia XI di stadium Gelora Bung Karno.

Bagi peminat bola sepak tempatan yang ingin membeli tiket Chelsea Asia Tour 2013 di Malaysia anda perlu menunggu dulu kerana masih belum ada pengumuman rasmi mengenai jualan tiket. Like facebook page KL Urbanite bagi mendapatkan berita terkini mengenai jualan tiket Chelsea Asia Tour 2013 antara Malaysia XI dengan Chelsea.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge