Home / Holiday / Citrus Hotel JB Review – Johor Bahru Hotel

Citrus Hotel JB Review – Johor Bahru Hotel

Pembukaan Johor Premium Outlet (JPO) dan Legoland di Johor Bahru telah menarik ramai pelancong ke JB dan ramai yang  mencari hotel murah di JB. Citrus Hotel JB merupakan sebuah hotel yang terletak di tengah kotaraya Johor Bahru dan telah diubahsuai mengikut konsep moden. Walaupon harga biliknya tidak semurah hotel bajet lain di Johor Bahru seperti Tune Hotel, tetapi biliknya adalah jauh lebih besar dari Hotel Tune Danga Bay.

Kedudukannya yang bersebelahan dengan City Square dan JB Sentral meletakkannya dalam kawasan yang strategik terutamanya bagi pengunjung yang datang menggunakan keretapi atau bas.

Citrus Hotel Johor Bahru Hotel Bajet Murah

Hotel Citrus JB terletak di Jalan Stesen bersebelahan dengan Merlin Tower dan senang untuk dicari. Bagi yang datang menggunakan keretapi boleh berjalan kaki dari JB Sentral ke hotel kerana jaraknya adalah lebih kurang 300m.

Setiba kami di hotel, untuk memunggah bag dari kereta ke hotel agak sukar sikit kerana tidak ada ruang foyer khas disediakan untuk menurunkan penumpang dan bag. Anda perlu berhenti sebentar di tepi jalan di luar hotel untuk menurunkan penumpang dan bag. Walau bagaimanapon check-in ke bilik kami berjalan dengan cepat tanpa sebarang masalah.

Lobi Citrus Hotel Johor Bahru

Lobinya tidaklah besar seperti hotel bertaraf 5 bintang tetapi mempunyai ruang menunggu dengan sofa dan meja. Setakat 2 atau 3 family boleh menunggu di sini sambil menunggu untuk check-in atau check-out.

Waiting Area Citrus Hotel JB

Cuma lif di sini agak kecil dan kurang selesa jika anda membawa bag yang banyak.

Kami telah menempah 2 bilik superior untuk percutian ini. Bilik superior dengan 2 katil single ini mempunyai tingkap yang menghadap City Square.

Single Bed Citrus JB Bajet Hotel

Bilik ini turut dilengkapkan dengan tv LCD 32′ dengan channel tv satelit Astro. Channel sukan ESPN dan movie pon ada disini. Peminat EPL tak perlu risau untuk miss weekend game di sini. Siaran tv Singapore seperti Channel 5 dan 8 pon boleh diterima di sini. Di bilik juga anda boleh mendapat akses internet menggunakan wifi.

Superior Room Citrus Hotel JB

Bilik airnya juga besar dan dilengkapkan dengan air panas.

Ensuite Bathroom Superior Room Citrus Hotel

Bilik superior yang satu lagi pula dilengkapkan dengan katil saiz queen. TV LCD 32′ turut dilengkapkan dalam bilik ini berserta dengan meja tulis.

Superior Room Citrus Hotel JB Interior

LCD Superior Room Citrus

Hotel Citrus ada menyediakan breakfast tetapi bergantung kepada promosi yang anda ambil untuk tempahan bilik anda. Tetapi kalau anda tak suka makanan hotel ada banyak kedai mamak bersebelahan dengan hotel. Semuanya within walking distance. Kedai makanan juga banyak di sekitar hotel seperti McDonald’s, Restoran Nilla dan IT Roo Cafe yang terkenal dengan chicken chop.

Harga bilik di sini bergantung kepada promosi yang dijalankan oleh pihak hotel. Harga biliknya dari serendah RM115++ sehingga RM208++. Kena rajin jenguk laman web Citrus Hotel untuk mendapatkan harga terendah untuk bilik hotel dan promosi terkini yang ada di sini.

Bagi yang membawa kereta, Citrus Hotel tidak mempunyai kemudahan tempat letak kereta. Sekiranya anda menginap di Citrus Hotel JB anda perlu parking kereta anda di kawasan parking kereta yang terdapat di sekitar hotel. Yang paling dekat adalah di Merlin Tower tetapi Merlin Tower mengenakan kadar parking mengikut jam. Kalau nak yang murah sedikit mengikut kadar per entry, anda perlu berjalan kaki sedikit dalam 300 meter sehingga balai polis Sentral. Kadarnya antara RM5 hingga RM10 per entry. Untuk memudahkan anda mencari parking, anda boleh rujuk dengan parking map disini yang disediakan oleh pihak hotel.

Citrus Hotel JB Jalan Station

Bila menginap disini jangan lupa untuk singgah ke Bazar JB di Jalan Segget yang terletak lebih kurang 300 meter dari hotel. Di bazar ini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aksesori dan makanan. Konsepnya adalah lebih kurang sama seperti Uptown di Kuala Lumpur. Bazar ini bermula seawal pukul 6 petang hingga 2 pagi.

Bagi yang ingin ke Legoland pula anda perlu memandu lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sana. Bagi yang kaki shopping, anda boleh membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO) atau shopping mall yang terdapat di JB seperti City Square , KSL shopping centre atau The Zon Duty Free Mall.

Bagi yang mencari kawasan tarikan pelancong anda boleh melawat Masjid India dan Bangunan Sultan Ibrahim.

Berdasarkan review ini kami sependapat bahawa Citrus Hotel merupakan pilihan yang sesuai untuk pelancong yang ingin mencari hotel murah tetapi selesa. Hotel ini ada kelemahannya seperti tiada kemudahan parking dan lif yang kecil tetapi harganya yang berpatutan serta biliknya yang baru dan selesa serta dekat dengan bandar dan tempat makan membuatkan hotel ini sesuai bagi pelancong yang mencari hotel bajet supaya anda boleh simpan duit untuk shopping di JPO dan bergembira di Legoland. Bagi yang berhajat untuk ke Citrus Hotel JB bolehlah merujuk pada map di bawah. Kredit pada Google Maps yang menyediakan map.

Hotel Citrus JB Map

 
Citrus Hotel Johor Bahru
16 Jalan Station
80000 Johor Bahru
Malaysia

Telephone 607 222 2888

Koordinat GPS: U 1.460263 T 103.764405

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge