Home / Foods / EE Burger Trimula Cafe | Makanan Best & Murah di Langkawi

EE Burger Trimula Cafe | Makanan Best & Murah di Langkawi

Selepas seharian melancong di Langkawi pasti ada yang tercari-cari mana tempat makan yang sedap dan murah di Langkawi? Kami mencadangkan EE Burger Trimula Cafe dijadikan sebagai tempat persinggahan untuk anda menjamu selera. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan barat, makanan tempatan, burger, pasta dan pizza. Sekiranya anda mencari makanan western yang murah seperti chicken chop, chicken grill, fish & chip atau lamb chop, EE Burger adalah jawapannya.

Anda boleh mendapatkan chicken chop disini pada harga RM9 sahaja. Sangat berpatutan harganya. Tetapi persoalannya adakah makanan yang murah itu sedap? Teruskan membaca untuk melihat komen kami terhadap rasa makanan yang terdapat disini.


Apa yang uniknya disini, menu di sini lain daripada kedai makanan yang lain. Menunya tidak diperbuat dari kertas.

EE Burger Menu Langkawi

Selepas membelek menu, kami pon memilih EE Hawaii Chicken Burger. Burger yang dijual disini bukanlah jenis burger bakar. Burger yang terdapat disini adalah burger biasa seperti yang dijual di warung burger tepi jalan. Walaubagaimanapon, sekiranya anda inginkan kelainan anda boleh mencuba Burger Hawaii ini yang dilengkapkan dengan hirisan nenas dalam burger serta kentang goreng. Harga untuk satu set Burger Hawaii ini ialah RM6.90.

EE Hawaii Chicken Burger

Antara tarikan utama disini adalah lamp chop dan chicken chop/grill yang dijual pada harga RM9 (chicken chop/grill) dan RM10 (lamp chop) untuk satu set. Setiap hidangan chicken grill serta lamb chop akan dihidangkan dengan sos black pepper, kentang goreng, kentang putar dan roti bun. Pada harga RM9 untuk set chicken grill, terasa sangat murah dan berbaloi.

Grilled Chicken EE Burger

Kami juga cadangkan untuk anda mencuba lamb chop di EE Burger. Lamb Chop di EE Burger dijual pada harga RM10, sangat berpatutan harganya.

Yang membuatkan lamb chop ini sedap adalah pada rasa kuah black peppernya.

Lamb Chop Murah

Kami turut mencuba Rib Eye Steak yang dijual pada harga RM18 sepinggan. Rasanya juga boleh tahan kerana menggunakan sos black pepper yang sama dengan lamb chop. Walaupon Rib Eye Steak disini mungkin tidak sehebat di Tony Roma’s tetapi harganya jauh sangat murah jika dibandingkan dengan Tony Romas. Tak rugi untuk mencubanya.

Rib Eye Steak Murah

Hiasan dalaman disini adalah design tipikal yang selalu kita dapat lihat di medan selera. Hiasan dalaman bukanlah tarikan utama yang membawa pengunjung kesini. Majoriti pengunjung yang datang kesini adalah disebabkan harganya yang murah dan berpatutan. Sekiranya rekabentuk dalamannya adalah seperti restoran fine dining, sudah pasti kita tidak akan dihidangkan lagi dengan chicken chop berharga RM9 disini.

EE Burger Trimula Cafe Makanan Langkawi Sedap Murah

Bagi yang pertama kali ingin sampai ke EE Burger mungkin akan sedikit keliru dimana lokasi sebenar kedainya. Sekiranya anda datang dari arah Jeti Kuah, anda perlu terus memandu sehingga anda nampak Balai Bomba disebelah kanan anda. Lebih kurang 180 meter dari Balai Bomba tersebut terdapat satu simpang empat berlampu isyarat. Anda perlu belok ke kiri di persimpangan lampu isyarat tersebut. Anda akan melalui deretan kedai dan lebih kurang 400 meter dari persimpangan lampu isyarat tadi akan terdapat deretan medan selera di sebelah kiri anda. Anda telah pon sampai ke EE Burger dan boleh lah anda mencari tempat parking. EE Burger terletak di salah satu dari lot gerai di kawasan medan selera tersebut.

EE Burger dibuka setiap hari dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam dan ditutup pada hari Jumaat.


EE Burger Trimula Cafe
Persiaran Mutiara 2
Pekan Kuah, Langkawi

Koordinat GPS: U 6.324488 T 99.844269

Selepas seharian melancong di Langkawi pasti ada yang tercari-cari mana tempat makan yang sedap dan murah di Langkawi? Kami mencadangkan EE Burger Trimula Cafe dijadikan sebagai tempat persinggahan untuk anda menjamu selera. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan barat, makanan tempatan, burger, pasta dan pizza. Sekiranya anda mencari makanan western yang murah seperti chicken …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Summary : Harganya yang murah pasti akan membuatkan kami datang lagi untuk mencuba western food di EE Burger

User Rating: Be the first one !
72

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. haritu pergi tapi taktau la pulak kewujudan kedai ni…ruginya…

  2. Good night friends 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge