Home / Blog / Event Nuffnang – Premiere Screening Skyline Di Wangsa Walk

Event Nuffnang – Premiere Screening Skyline Di Wangsa Walk

Skyline akan mula ditayangkan di Malaysia pada hari Jumaat ni dan saya antara 80 blogger bertuah yang diberi kesempatan oleh Nuffnang untuk menjadi orang terawal di Malaysia untuk menonton filem tersebut.

Memandangkan saya sendiri pon sampai lewat ke TGV Wangsa Walk, maka dapatlah seat yang paling depan sekali. Letih jugaklah kepala ni mendongak sepanjang filem tu ditayangkan. Tapi tak kisahlah walaupon kena dongak sebab benda free kan. Untuk sesi tengok wayang ni, bloggers semua siap disajikan dengan popcorn dan coke. Barulah lengkap pakej nak tengok movie kan.

Antara blogger yang sempat saya jumpa adalah Mr Curly . Mr Robb dari Nuffnang pon ada sama kat premiere screening ni. Kalau nak tengok gambar kena tunggu Mr Curly upload lah sebab kita tak bawa kamera tadi. So memang tak dapatlah nak kongsi gambar kat sana. Tengah tunggu ikhsan Mr Curly kita jer ni. Event kali ni boleh tahan jugaklah happening sebab penuh sesak hall TGV dengan bloggers. Kalau nak kata kenal semua blogger yang ada kat sana tu memang tipulah.

Berbalik pada cerita Skyline, ianya mengisahkan sekumpulan manusia yang berusaha menyelamatkan diri dari makhluk asing yang datang untuk menakluk bumi. Dari segi garapan cerita, ianya nampak kurang kemas dan berserabut serta kekurangan plot cerita yang boleh membuatkan penonton rasa tidak sabar untuk melihat adegan seterusnya. Kadang-kadang macam terasa ada babak yang kedepan dan kebelakang. Seolah-olah macam suntingannya terbalik dan tak tersusun. Tak pastilah samada ceritanya memang macam tu atau ada kesilapan teknikal.

Kekuatan Skyline pula adalah dari segi penggunaan CGI yang nampak realistik seperti ketika adegan helikopter terhempas ke bangunan dan bilah kipasnya berterbangan. Cerita ni memang tak putus-putus dengan babak yang menggunakan CGI dan adegan mendebarkan pertarungan alien dengan manusia. Bagi kaki wayang yang sukakan filem yang penuh dengan aksi dan kesan khas CGI, filem nie memang sesuailah untuk anda.

Skyline Movie Malaysia

Skyline Movie Malaysia 2

Skyline special effects

Eric Balfour Hero Skyline

Action scene skyline

Pada yang tak tahu nak buat apa hujung minggu ni bolehlah pergi ke panggung wayang terdekat dengan anda untuk menonton filem ni. Sambil-sambil tu dapatlah mengisi masa cuti hujung minggu anda.

Tahniah pada Nuffnang yang telah menganjurkan event menarik nie. Harap-harap lepas ni dapatlah lagi peluang untuk join event Nuffnang.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

38 comments

  1. wah menarik r bro..bkn cite tu coz suzie mmg xsuke tgk wyg..ngee menarik sbb dpt gath..huhu sadis..nk jga.
    suzierahman recently posted..Suzie Kurus Tapi Kepala Besar

  2. nanti me nak join gak event nuff ni :)
    Mama Zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!

  3. menarik ceritanya..insya allah saya tengok kat pawagan di sini.

    Oh ya, salam perkenalan dari saya :)
    ShueQry recently posted..Tip Motivasi – 3 Perkara Perlu Anda Lihat sebelum Membeli Buku Motivasi

  4. not bad dapat tengok Skyline Nuffnang Premiere Screening ni, maybe next time boleh join lagi event nuffnang

  5. Pegi gak smlm..aah cite die tebalik sket..start day 3 las2 day 1..ending plak mmg nmpk akan ade sequel..hehe

    • @Que: bro pon ada gak ke smlm. tak perasan lak sbb ramai sgt orang. tapi cite tu betul2 menguji IQ sbb nak kena susun balik scene dia :)

  6. wah.. best tue.. tahniah……..

  7. wahhh nk tgk la nnt

    Terkini : Kura-kura comel
    suffer8zine recently posted..Mulut paling lebar didunia

  8. tahniah dapat tiket free…join contest skyline gak…tapi tak terpilih…
    padel recently posted..AndaSuka1 cengkerang- 2 kepala

  9. citer mmg haruuu..pe2 pun selamat berkenalan bro..hehe
    mr curly recently posted..ReStoRaN iKaN BaKar TeRaPung Fort SuPai

    • @mr curly: sama jugak bro. cuma tak dpt nak borak lama sbb rushing nak balik rumah. nanti lain kali boleh lepak lama skit. hehe

  10. hohoh…sok nyer dpt tgk muvi free….nak jugaaakkkkk…..

  11. wah,
    dah ada preview…
    gmbr preview ni pn menarik..

  12. owh, en ishak yg nie la jumpo ngan si kinting tuh 😛
    qistynacorner recently posted..Dorunk Buat cm Mak Pak Dorunk Punyer -P

  13. yep yep. tia laa tuh.
    tia jadi blurr tgk cter neh.
    haha!
    tia recently posted..nasib baik kau bos!

  14. ngaa. nk tgk. tpi ngah bz xm.

  15. tahun depan gue nak join gak..tahun nih full ngan xplorasi
    si biskut recently posted..bayangan keju

  16. bestnya menjadi antara uang bertuah
    hazlin recently posted..Keputusan PMR 2010

  17. Tahniah…nanti cerita kat akak tau!

  18. pernah jg dok depan sekali masa premium Nuffnang dulu.. sakit leher.. huhuh
    gnesop.com recently posted..Blog Review- § ma belle histoire §

  19. eh. ko jumpa Mr Curly? aku pun ada la masa tu dengan che arm, hamzah ian, and tia. Kami amik gambar dengan Mr curly. Next time tegur je aku. aku pemalu sikit.. mwahahaha..

    Terbaru >> 1) Nuffnang Premiere Screening – Skyline 2) Iklan Melayu Cadburry 3) Tipikal Drama Melayu
    phreak-id recently posted..Nuffnang Premiere Screening – Skyline

  20. salam singgah kembali
    daydeck86 recently posted..Minster Linkys Magical Widget

  21. waaa….sama la kita ke wangsa walk tayangan perdana tu…tp saya antara yg terawal!!! hehe meja baru je bukak saja dah register..tmpat pun nice jgk..ala dekat je ngn umah tu yg sepas mgrib trus gerak..
    teratakindah recently posted..Tayangan Perdana dari cik nuffnang!!!

  22. bestnye tue leh join..ifa jauh nie..haha
    tiefazatie recently posted..JUST CORNER BO GIVEAWAY!

  23. terus tak jadik nak tengok…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge