Home / Cars / Ford / Ford Fiesta Malaysia Kini Di Pasaran

Ford Fiesta Malaysia Kini Di Pasaran

Ford Fiesta telah dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula dari RM69,888. Untuk pasaran Malaysia, terdapat 3 jenis variant yang dijual iaitu 1.4 LX Manual, 1.6 LX Sedan (Auto) dan 1.6 Sport (Auto). 1.4 LX dan 1.6 Sport merupakan kereta jenis hatchback dan 1.6LX Sedan pula merupakan jenis Sedan. Kenderaan Ford untuk pasaran Malaysia dipasarkan oleh anak syarikat Sime Darby iaitu Sime Darby AutoConneXion Sdn Bhd

Harga yang ditawarkan untuk jenis 1.4LX ialah RM69,888 (termasuk insuran), 1.6LX Sedan ialah RM78,888 (termasuk insuran) dan 1.6 Sport ialah RM82,888 (termasuk insuran). Berdasarkan harga yang diletakkan oleh Sime Darby AutoConneXion, ianya meletakkan Ford Fiesta dalam kategori harga yang sama dengan Kia Forte, Toyota Vios, Proton Inspira dan Honda City (yang paling mahal).

Minggu lepas saya ada melawat showroom Ford di Lebuhraya Persekutuan dan cuma ada model 1.6 Sedan dan Hatchback di showroom tersebut. Berdasarkan exterior hatchback, ianya nampak lebih sporty dan menarik berbanding sedan. Selain itu antara perbezaan ketara yang dapat dilihat ialah penggunaan rim 15′ pada model sedan dan rim 16′ pada model 1.6 Sport hatchback.

Apa yang menarik perhatian saya ialah penggunaan voice control untuk sistem entertainment dalam model 1.6 Sport Hatchback. Dengan menggunakan bluetooth, kita dapat mengawal sistem entertainment dalam kereta untuk radio, cd dan telefon dengan menggunakan suara. Sejauh mana keberkesanannya tidak dapat dipastikan sebab saya tak sempat untuk mengujinya.

Ruang penyimpanan bagasi adalah besar bagi sebuah kenderaan hatchback tetapi sekiranya ruang bagasi lebih besar diperlukan maka model sedan adalah lebih sesuai. Kabin Ford Fiesta jenis hatchback agak kecil sedikit untuk penumpang di belakang tetapi ruang kabin untuk pemandu dan penumpang disebelahnya agak selesa ditambah dengan susunan dashboard yang kemas dan menarik.

Berdasarkan brochure yang diberikan, fuel consumption yang diangggarkan adalah 5.9 liter/100km untuk gabungan pemanduan bandar dan highway. Dari segi variasi warna pula, bagi model 1.6 Sport terdapat 7 warna yang boleh dipilih, model 1.6LX Sedan (6 warna) dan 1.4LX (4 warna).

Berdasarkan perbualan saya dengan SA, sekiranya kita membuat tempahan untuk Ford Fiesta kemungkinan besar akan mendapat kereta tersebut dalam bulan Disember. Berdasarkan apa yang dilihat di showroom, Ford Fiesta hatchback merupakan sebuah kenderaan yang cantik dan pastinya akan menarik perhatian pengguna di jalanraya dan memberikan saingan kepada Honda Jazz (RM109,800) yang bagi saya ‘overpriced’ disebabkan adanya logo Honda.

Selain itu Sime Darby AutoConneXion Sdn Bhd sedang membuat promosi untuk Ford Focus dimana sekarang diskaun RM10,000 diberikan untuk year end sale. Cumanya saya tak pasti sampai bila diskuan ni akan ada. Dengan diskaun ni, Ford Focus 2.0L Sport Hatchback cuma berharga RM106,097.40

Sumber gambar: Sime Darby AutoConneXion Sdn Bhd

ford fiesta hatchback malaysia

ford fiesta hatchback malaysia front view

ford fiesta hatchback side view

ford fiesta interior malaysia

ford fiesta usb

ford fiesta voice control

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

20 comments

  1. oh man..it is eye-catching!but i would still prefer VW Polo..yeah, different league though..

  2. lawa..tp keta import kan, so mahal harganya kat msia :)
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!

  3. perg……..aku boleh julingkan mata aku sajork

  4. dalam nya smart , mntop! tp design body nya xcun sgt r.per pon mhl k bro..ngeh2
    suzierahman recently posted..1st GA By Qieranna- Tolong Top Up Kan Untuk Sayer!!!

  5. oren!!haha..mmg mahal..ahaha

  6. cantiknye kereta tu, tgk sekali dh berkenan…hehe
    sweetsal recently posted..URUSAN JUAL RUMAH DAN MASALAH DI BANK

  7. aloalo…cantik sgt eh tp….tak mampu lg sobsob :(
    efa recently posted..Kes Pembunuhan AloNg SpooN

  8. walawehh..
    semat siot..
    tapi arga dia… hmmm
    it makes me think n think n rethink n think…
    hahaha
    panadol recently posted..Aku Yang Setia

  9. perghh~ tak tahan kete nih..best jek kalau dapat beli >.<
    Hafidzah Hafidz recently posted..Zaman aku sekolah! ahaha

  10. Saya mahu satu. poket kata belum lagi. perut kata saya lagi penting. saya kata ok nanti dulu.
    Hisyam recently posted..Banjir Kenalpasti Keperluan Mangsa Sebelum Datang Membantu

  11. alamak cantik lak tueee hehehe
    angahsayang2314 recently posted.. BeRaS oh BeRass

  12. 4llow uu jom tukar2 link

  13. harga boleh angkat tu..tmbah lg voice control tu mnjadikan ford fiesta ni bez..jika la aku dah bkerjaya..da ku angkat satu..inspira pun satu..
    tamak pulak da… 😀
    cascd recently posted..Sejarah Youtube Infographic

  14. kereta ford ini di pasang kat mana.ckd atau cbu utk fiesta sedan

  15. kereta nie smart giler ^-^

  16. Kete ni mmg cantik. Nk beli. Tapi dh beli dh kereta mazda cx-5. Nk buat mcm mn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge