Fullhouse Lifestyle Store and Café at Wangsa Walk
Fullhouse Lifestyle Store and Café telah membuka satu lagi cawangan di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Fullhouse yang terkenal dengan hiasan dalaman yang mengambil inspirasi dari era Victoria menjadi sebuah lagi outlet kafe di Wangsa Walk selepas TGI Friday’s melebarkan cawangannya di sini.
Fullhouse Lifestyle Cafe menawarkan hidangan berkonsepkan fusion yang memberikan pelbagai pilihan sajian untuk dipilih pengunjung. Sesiapa sahaja yang pergi ke Fullhouse pasti akan tertarik dengan rekaan dalaman yang unik serta penggunaan warna yang cerah.
Selain menjamu selera, pengunjung boleh membeli barangan seperti baju, souvenir dan aksesori fesyen di Fullhouse.
Apabila anda membuka menu disini, anda pasti akan tertarik dengan rekaan buku menu yang dihiaskan dengan hiasan kartun ala komik. Dalam kunjungan ini kami telah mencuba beberapa hidangan yang terdapat di sini.
Nasi lemak (RM10.90) dihidangkan bersama dengan ayam masak rendang, telur goreng, timun dan sambal. Dari segi rasa boleh diberi rating 3.5/5
Kami turut mencuba Wok-Sear Chicken Chop (RM16.90) yang menjadi hidangan ‘Chef Recommendation’. Chicken chop ini dihidangkan bersama dengan sos lada hitam serta kismis. Agak unik kombinasi bahan yang digunakan untuk kuah chicken chop.
Schnitzel Breaded Chicken Cutlet @ RM16.90
Sear Seabass @ RM26.90 merupakan sejenis hidangan fusion yang menggunakan ikan sebagai bahannya.
Grilled New Zealand Lamb Chop (RM29.90)
Alfredo Spaghetti (RM17.90) dihidangkan bersama hirisan ayam dan cendawan shitake.
Secara keseluruhannya terdapat pelbagai pilihan makanan yang dihidangkan di Fullhouse dari ikan, daging, ayam, spaghetti, burger, sandwich hinggalah ke nasi lemak dan kari laksa. Kualiti rasa yang terdapat pada makanan yang disajikan boleh dikelaskan sebagai memuaskan. Yang pastinya anda boleh menjamu selera dalam suasana yang selesa berlatar belakangkan hiasan dalaman yang unik.
Bagi yang berhajat ingin ke sana, Fullhouse terletak di tingkat bawah Wangsa Walk Mall bersebelahan dengan TGI Friday’s. Selamat menjamu selera.
Fullhouse Lifestyle Store and Café @ Wangsa Walk Mall
G-01A & G-01B, Wangsa Walk Mall
Wangsa Avenue,
9, Jalan Wangsa Pedana 1,
Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 603 4142 0755
Koordinat GPS: U 3.198539 T 101.740958
Tags: Food, Fullhouse, Fullhouse Lifestyle Store and Café, Fusion, Wangsa Walk, Western









Facebook
Dah lama teringin nak makan dekat fullhouse ni. tapi tak ter pergi pn. xde org temann
meleleh air liur duk baca entry ni! Arghhhh~
nampak gaya kena cepat2 ajak kawan ke family join mkn sambil window shopping kat sini