Home / Foods / Fusion Food @ Cosy Place Restaurant Wangsa Maju

Fusion Food @ Cosy Place Restaurant Wangsa Maju

Cosy Place Restaurant yang terletak di Wangsa Maju menyajikan makanan fusion dan tempatan.Anda boleh menjamu selera dengan hidangan makanan tempatan dan barat di sini. Bagi yang biasa dengan Wangsa Maju tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana ianya terletak di kawasan komersil yang sama yang turut menempatkan NZ Curry House, Rawang Burger Bakar dan Restoran Nasi Arab Al-Edrus. Antara keunikan Cosy Place adalah pada hiasan dalaman restoran ini yang menggunakan stail English.

English Interior Cosy Place

Selain keunikan pada hiasan dalamannya Cosy Place Wangsa Maju turut menyajikan pelbagai jenis hidangan makanan fusion dan western food yang sedap.

Hidangan Fish and Chip ini dihidangkan bersama dengan kentang goreng dan juga salad. Fish and chip ini dimasak dengan rangup sekali dan enak dimakan bersama dengan sos. Harga untuk sepinggan fish and chip ini ialah RM18.

Fish and Chip Cosy Place Wangsa Maju Western Food Sedap

Kami turut mencuba sejenis hidangan western food lain iaitu Hainanese Chicken Chop. Hainanese chicken chop dihidangkan bersama dengan telur mata, kentang putar, sayuran dan sos. Walaubagaimanapon kami kurang berminat dengan hidangan ini disebabkan sos yang dihidangkan bersama chicken chop ini tidak sesuai dengan selera kami. Harga sepinggan chicken chop ini ialah RM16.80.

Hainanese Chicken Chop

Antara makanan western yang mendapat perhatian kami adalah Mixed Grill. Mixed grill ini merupakan sejenis hidangan yang menampilkan kombinasi daging lembu, daging kambung serta hotdog yang dipanggang serta dihidangkan bersama dengan telur dadar, kentang putar dan sos. Menurut kami sajian ini lebih sedap dan berbaloi berbanding Hainanese Chicken Chop. Harga Mixed Grill di Cosy Place adalah RM30.

Mix Grill Cosy Place Wangsa Maju

Selain makanan barat, disini turut disajikan makanan tempatan. Antara makanan tempatan yang kami cuba adalah ayam sweet sour yang dihidangkan dengan sepinggan nasi putih. Harga ayam sweet sour ini ialah RM8.50. Secara keseluruhannya harga hidangan kami pada malam ini termasuk dengan air jus tembikai ialah RM94.38 (harga termasuk dengan caj perkhidmatan).

Sweet and Sour Chicken Wangsa Maju

Bagi yang berhajat untuk mencuba makanan di Cosy Place, restoran ini telah mendapatkan pensijilan halal dari JAKIM. Oleh itu anda tidak perlu rasa was-was tentang status halal di restoran ini.

Cosy Place Western Food Wangsa Maju Halal

Seperti biasa pasti ada yang tertanya adakah berbaloi untuk menjamu selera disini? Pada pandangan kami, harga makanan tempatan di sini mungkin sedikit mahal berbanding restoran lain. Walau bagaimanapon, untuk menjamu selera dalam suasana yang ekslusif dan selesa disini tidak salah untuk berbelanja lebih sedikit sekali sekala. Dari segi rasanya pula kami memberikan rating 3.5 daripada 5.

Sekiranya anda ke sini untuk mencuba western food, terdapat pelbagai pilihan makanan yang terdapat disini. Kami pasti akan kembali ke sini untuk mencuba hidangan lain yang terdapat dalam menu.


Cosy Place Restaurant Wangsa Maju
27-29, Jalan Wangsa Delima 2A,
K.L. Suburban Centre III,
Section 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Telefon: 603 4143 6885
Koordinat GPS: U 3.199472 T 101.745055

Cosy Place Restaurant yang terletak di Wangsa Maju menyajikan makanan fusion dan tempatan.Anda boleh menjamu selera dengan hidangan makanan tempatan dan barat di sini. Bagi yang biasa dengan Wangsa Maju tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana ianya terletak di kawasan komersil yang sama yang turut menempatkan NZ Curry House, Rawang Burger Bakar dan Restoran …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Mempunyai banyak pilihan makanan dalam menu. Kami akan datang kembali untuk mencuba makanan yang lain.

User Rating: 2.85 ( 1 votes)
70

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge