Home / Foods / Asam Pedas / Gerai Pak Yahya Asam Pedas Parit Jawa, Muar Johor

Gerai Pak Yahya Asam Pedas Parit Jawa, Muar Johor

Muar sudah sinonim dengan masakan asam pedas.Bagi yang mencari asam pedas Johor yang sedap dan murah di Muar anda boleh singgah di Gerai Asam Pedas Parit Jawa, Muar. Disini terdapat pelbagai gerai yang menjual asam pedas tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah gerai di hujung sekali iaitu Gerai Pak Yahya Asam Pedas. Hidangan asam pedas di gerai Pak Yahya merupakan antara yang paling famous di gerai asam pedas Parit Jawa kerana pernah mendapat liputan dari media tempatan seperti akhbar Kosmo, TV3 dan media dari Singapura.

Gerai Medan Asam Pedas Parit Jawa Muar

Sekiranya anda ingin ke sini dicadangkan agar anda untuk sampai awal kerana sekiranya lewat dikhuatiri anda akan kempunan. Gerai Pak Yahya dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga asam pedas habis dijual. Kebiasaannya dalam pukul 2 petang asam pedas sudah habis dijual. Yang lebih menarik, gerai asam pedas di Parit Jawa sering dikunjungi oleh pelancong dari Singapura.

Setibanya kami disana kebanyakan ikan untuk asam pedas telah habis dijual. Yang tinggal hanyalah bahagian kepala ikan merah. Kami pon terus meminta hidangan ikan merah masak asam pedas dihidangkan bersama dengan nasi putih, sayur kobis dan air sirap limau ais. Harga untuk set asam pedas ini hanyalah RM13. Harganya adalah berpatutan jika dilihat pada saiz ikan yang dihidangkan. Bagi yang inginkan asam pedas anda dihidangkan dengan telur dadar anda boleh membuat pesanan kepada pelayan disini. Disini boleh dikatakan pengunjung yang datang menikmati asam pedas adalah dari berbilang kaum sesuai dengan konsep 1 Malaysia.

Nasi Ikan Asam Pedas Parit Jawa Muar

Hidangan asam pedas disini nyata tidak menghampakan. Sedikit nasihat dari kami sekiranya anda inginkan asam pedas anda lebih sedap pastikan anda meminta asam pedas dihidangkan panas supaya ada lebih ‘kick’. Ikan disini juga segar kerana terletak berhampiran dengan perkampungan nelayan.

Pak Yahya Asam Pedas Parit Jawa Johor

Pemilik gerai Pak Yahya Asam Pedas

Medan Asam Pedas Parit Jawa Majlis Perbandaran Muar

Masih ramai yang sedang menjamu selera pada waktu makan tengahari hari bekerja di Gerai Asam Pedas Parit Jawa.

Perkampungan Nelayan Parit Jawa Muar

Gerai asam pedas Parit Jawa terletak berhampiran dengan jeti nelayan di Parit Jawa, Muar, Johor.  Selain menikmati hidangan asam pedas anda boleh menikmati pemandangan cantik jeti nelayan yang sukar untuk kita jumpa di Kuala Lumpur.

Untuk sampai ke sini tidaklah sukar kerana Gerai Asam Pedas Parit Jawa boleh dikunjungi dengan menggunakan Jalan Temenggong Ahmad atau Jalan Abdul Rahman. Gerai asam pedas ini terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Muar dan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Gerai Asam Pedas Parit Jawa.

Sekiranya anda sudah mencuba asam pedas, jangan lupa untuk mencuba makanan popular lain di Muar (juga disebut sebagai Muo oleh orang tempatan) seperti mee bandung, sate pagi dan nasi beriani.

Bagi yang ingin kesini disertakan koordinat GPS untuk membantu anda sampai ke Gerai Pak Yahya Asam Pedas.

 
Gerai Pak Yahya Asam Pedas
Gerai Asam Pedas Parit Jawa
Muar, Johor

Koordinat GPS: U 1.951407 T 102.635617

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. Pada hari Khamis 5 Jun 2014 lepas dalam perjalanan dari Desaru ke KL saya ada singgah di gerai ini setelah membaca komen2 hebat dari bolger2 tentang keenakan asam pedas Parit Jawa. Kami telah menempah separuh ekor asam pedas ikan siakap, telur dadar, sambal bersama mentimun dan empat pinggan nasi putih dan harganya hanyalah RM27 sahaja. Rasanya boleh tahan juga tapi kakak ipar saya orang Singapura masak asam pedas lebih sedap rasanya. Saya juga tapau asam pedas Mak Pon untuk menilai rasa asam pedasnya namun rasanya lebih kurang juga dengan asam pedas Pak Yahya tapi mahal sikit harganya.

    • Thank you for the feedback. Rasa asam pedas kat sana memang ok tapi still masakan rumah yang terbaik.

    • memang ramai orang singgah sini nak cuba asam pedas muar style. not bad rasanya. tapi kalau dtg lambat memang jwbnya x merasalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge