Home / Foods / Halal Food in Korea : Makanan di Little India Seoul

Halal Food in Korea : Makanan di Little India Seoul

 
Mencari makanan halal di Seoul, Korea tidaklah susah sangat. Makanan halal banyak terdapat di Itaewon dan terdapat pelbagai jenis makanan di sini seperti kebab, nasi beriani, naan dan makanan Indonesia. Bagi yang berhajat untuk bercuti ke Korea untuk kali yang pertama pasti tertanya-tanya bagaimana untuk sampai ke Itaewon. Tidak susah untuk sampai ke Itaewon kerana Seoul dilengkapi dengan sistem pengangkutan subway yang efisien dan anda tidak memerlukan kereta untuk sampai ke sini.

Untuk sampai ke sini anda hanya perlu menggunakan subway line no 6 dan turun di stesen Itaewon. Sekiranya kawasan hotel atau guesthouse anda tidak dilalui oleh subway line no 6, anda perlu transit di mana-mana stesen dan tukar ke subway line no 6. Anda boleh klik pada map subway di bawah untuk mendapatkan map yang lebih jelas. Stesen Itaewon telah ditandakan dengan warna merah untuk memudahkan anda untuk mencari stesen tersebut.

Subwaymap Korea

Apabila anda berada di dalam subway pastikan anda sentiasa peka dengan pengumuman stesen supaya anda tidak terlepas stesen. Pengumuman biasanya akan dibuat dalam dwibahasa iaitu Korea dan English. Setelah anda sampai ke stesen Itaewon anda akan jumpa signage seperti dalam gambar di bawah yang menunjukkan anda telah sampai ke stesen Itaewon.

Itaewon Subway Line 6

Kemudian anda perlu mencari pintu keluar no 3. Anda hanya perlu melihat pada signage seperti di bawah dan mengikut arah papan tanda ‘Way Out’ untuk mencari pintu no 3.

Itaewon Station

Setelah mengikut arah pada papan tanda, anda akan sampai ke pintu no 3 seperti di bawah. Naik tangga tersebut dan anda telah pon berjaya sampai ke Itaewon.

Itaewon Exit Gate 3

Keluar sahaja dari stesen Itaewon anda akan melihat sebuah balai polis di sebelah kanan anda. Sepanjang perjalanan anda akan dapat melihat pelbagai jenis kedai, restoran makanan halal dan kafe seperti Starbucks, Pasha dan Mr Kebab.

Itaewon Makanan Halal Korea

Apabila anda sampai ke simpang jalan, anda akan dapat melihat Dunkin Donut dan Mr Kebab di sebelah kanan anda. Belok ke kanan dan terus berjalan kaki menaiki bukit. Anda akan berjalan melalui beberapa kedai runcit halal seperti Foreign Food Mart di sebelah kiri anda dan apabila sampai ke satu simpang jalan di sebelah kiri, anda perlu melintas jalan dan menuju ke simpang tersebut. Anda perlu berjalan dalam 50 meter lagi untuk sampai ke restoran Little India  Seoul yang terletak di sebelah kiri anda. Keseluruhannya jarak antara Little India Seoul dengan stesen Itaewon adalah lebih kurang 300 meter. Anda boleh merujuk map di bawah untuk sampai ke sana dari stesen Itaewon.

Map Makanan Halal Food Korea

Little India Seoul menyajikan pelbagai jenis makanan dari India seperti ayam masala, ayam vindaloo, ayam tandoori, kari ayam, naan dan nasi beriani.Disini kebanyakan makanannya dijual pada harga 10,000 won. Dengan mottonya ‘Finger Licking Good’ kami mula tertanya-tanya adakah rasa makanannya sehebat mottonya?

Little India Seoul

Nasi Beriani Halal Food Korea

Nasi beriani ayam ini berharga 10,000 won, lebih kurang RM30. Harganya mungkin nampak agak mahal tetapi itulah standard harga makanan di Korea. Ayamnya telah diletakkan sekali di dalam nasi beriani tersebut. Portionnya agak besar kalau dibandingkan di Malaysia. Rasa ayamnya sedap dan lembut yang dicampur dengan pelbagai jenis rempah. Ternyata makanannya tidak menghampakan dan sesuai dengan mottonya.

Little India Seoul Gravy

Kuah ayam ini pula dijual pada harga 3,000 won, lebih kurang RM9. Ownernya turut bermurah hati memberikan kentang goreng kepada kami. Di Korea kebiasaannya apabila makan akan diminum bersama air mineral. Jarang sekali melihat air manis disajikan dengan makanan.

Fries Halal Food Korea

Bahagian dalam restoran pula telah dihias menggunakan inspirasi dari India dan nampak agak selesa dan moden. Sambil anda menjamu selera anda akan dihiburkan dengan muzik hindi.

Interior Little India Seoul

Ownernya juga sangat peramah dan telah melayan kami dengan baik sekali dan turut memberikan tips tentang cuaca di Seoul. Di sini juga kami sempat berjumpa dengan sekumpulan pelancong lain dari Malaysia. Restoran ini juga terletak berhampiran dengan masjid. Selepas selesai menjamu selera anda boleh singgah sebentar di masjid untuk menunaikan solat.

Little India Seoul Itaewon Halal Food

Bagi yang ingin menelefon terlebih dulu sebelum pergi anda boleh menghubungi ownernya di no telefon 793 5416. Bagi yang berhajat ingin ke sana bolehlah merujuk pada koordinat GPS di bawah untuk membantu anda sampai ke sana.

Koordinat GPS: U 37.533177 T 126.996512

 

 

 

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

11 comments

  1. bila boleh merasa gi korea gak nih.. huhu

  2. good info, tp entah bila nak sampai korea ni..lol.

  3. salam…perkongsian yg sgt bagus.siap ade gps lg.harga makanan pon dinyatakan.boleh trus merancang perbelanjaan. :)

    • Tq kerana menjadi reader blog ni. Segala info yg berguna mmg biasanya akan dimasukkan ke blog ni supaya dpt dijadikan panduan bila bercuti di korea nanti.

  4. pernah pegi jepun…korea belom lagi

  5. Insyaallah… Ada peluang nak pergi :)

  6. thanks for the info….saya akn pergi ke korea pd bln mei/jun ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge