Home / Holiday / Hotel Budget Murah di Johor Bahru : Review Hotel Tune Danga Bay

Hotel Budget Murah di Johor Bahru : Review Hotel Tune Danga Bay

Kalau merancang bercuti ke Johor Bahru,mana nak cari hotel murah di JB ? Saya cadangkan anda untuk menginap di Hotel Tune Danga Bay Johor. Hotel budget ini selesa dan harganya juga berpatutan. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan Hotel Tune bolehlah baca review hotel ini.

Hotel Tune ini terletak di Danga Bay yang merupakan sebuah kawasan yang sedang pesat membangun di Johor Bahru. Lokasinya tidaklah terlalu dekat dengan bandar JB atau Nusajaya. Sekiranya anda ingin menginap disini pastikan anda mempunyai kenderaan bagi memudahkan pergerakan anda. Namun sekiranya anda tiada pengangkutan jangan risau kerana anda boleh membeli tiket bas shuttle.

Hotel ini memang popular dengan pelancong yang ingin bercuti ke Singapura kerana hotel ini ada menyediakan perkhidmatan bas shuttle dari hotel Tune JB ke Resorts World Sentosa. Di Resorts World Sentosa ada banyak tarikan pelancong seperti Universal Studio Singapore (USS), S.E.A Aquarium, Dolphin Island, Adventure Cove Waterpark, Marine Life Park dan Maritime Experiential Museum. Tambang tiket bas pergi dan balik yang dikenakan adalah RM25. Dapatlah anda menjimatkan wang sebab penginapan di Singapura agak mahal dan anda boleh gunakan lebihan wang untuk berbelanja di USS. Bagi yang ingin pergi ke Legoland Malaysia atau Legoland Water Park pula anda turut boleh membeli tiket bas shuttle untuk ke sana. Sekiranya anda ingin memandu, jarak dari Hotel Tune Danga Bay ke Legoland adalah lebih kurang 14km. Bila dah sampai ke Nusajaya, selain Legoland anda juga boleh membawa anak-anak anda bermain di taman tema Sanrio Hello Kitty World dan Little Big Club.

Tune Hotel Danga Bay JB

Parking disini juga agak mudah kerana terdapat kemudahan letak kenderaan yang disediakan di luar hotel. Bagi yang ingin makan, terdapat kafe yang beroperasi di hotel ini.

Hotel ini menyediakan beberapa pilihan katil sama ada katil saiz queen atau dua single bed. Katilnya selesa untuk tidur. Biliknya juga bersih. Di dalam bilik ada disediakan kipas, penghawa dingin, wifi, tv lcd, bilik air, peti simpanan barang dan almari.

Hotel Murah JB Tune Hotel

Walaubagaimanapon, ada beberapa kemudahan yang terdapat di bilik yang perlu dibeli berasingan. Disebabkan konsepnya adalah lebih kurang sama macam Air Asia, setiap tambahan seperti siaran TV Astro, penghawa dingin, tuala, sabun mandi, sarapan pagi dan WIFI perlu dibeli berasingan dan tidak termasuk dalam caj bilik. Semua tambahan ini boleh dibeli semasa anda membuat tempahan online.

TV LCD hotel murah jb

Memandangkan hotel ini adalah merupakan hotel budget, saiz biliknya agak sempit dan kurang ruang untuk anda bergerak di dalam bilik. Jarak antara dinding muat-muat je untuk masukkan katil saiz queen. Bagi yang klaustrofobia mungkin hotel ini tidak sesuai untuk anda.

Bilik Budget Tune Hotel Danga Bay

Sekiranya anda tidak bercadang menghabiskan masa yang lama di dalam bilik dan hanya akan balik ke bilik untuk berehat dan tidur, hotel ini sesuai untuk anda.

Selain bilik yang sempit, satu perkara yang saya tidak suka semasa kami menginap disini adalah tandas yang terdapat dalam bilik kami tersumbat.

Keseluruhannya, sekiranya bilik yang murah adalah keutamaan anda semasa memilih hotel untuk bercuti, maka Hotel Tune Danga Bay sesuai untuk anda. Biliknya nampak moden dan dilengkapkan dengan kemudahan asas. Walaubagaimanapon sekiranya saiz bilik adalah keutamaan anda, maka hotel ini tidak sesuai untuk anda.

Kami membelanjakan RM48 untuk bilik Double Room dan tambahan RM36 untuk menikmati penghawa dingin selama 24 jam, siaran TV selama 24 jam, Wifi untuk 24 jam serta tuala dan sabun. Jumlah keseluruhan adalah lebih kurang RM92. Untuk mengurangkan lagi kos, anda boleh mengambil tambahan pakej Cozy atau Comfort kerana ianya lebih murah berbanding jika anda membayar berasingan kemudahan seperti TV, aircond, WIFI, tuala dan sabun. Pada harga yang sangat murah dan rekaan bilik yang moden serta bersih, agak berbaloi untuk menginap disini. Duit yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk membeli belah di Johor Premium Outlet atau makan makanan yang sedap di Johor Bahru.


Hotel Tune Danga Bay Johor
Lot PTB 22819, Jalan Skudai,
Mukim Bandar Johor Bahru,
80200 Johor Bahru, Johor.

Telefon: 072329010

Koordinat GPS: U 1.484967 T 103.717197

Kalau merancang bercuti ke Johor Bahru,mana nak cari hotel murah di JB ? Saya cadangkan anda untuk menginap di Hotel Tune Danga Bay Johor. Hotel budget ini selesa dan harganya juga berpatutan. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan Hotel Tune bolehlah baca review hotel ini. Hotel Tune ini terletak di Danga Bay yang …

Review Overview

Layanan
Fasiliti
Bilik
Lokasi
Harga

Berbaloi dengan harganya

Summary : Rekaan bilik yang moden dan bersih. Harganya murah tetapi biliknya sedikit sempit.

User Rating: 3.4 ( 1 votes)
58

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

One comment

  1. kami juga dari budget hotel skudai johor,
    harga serendah RM35-RM90
    bole hubungi 0127224052
    pelbagai pakej disediakan dan special monthly rental

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge