Home / Holiday / Hotel Murah Langkawi : Review Hotel Amara Guesthouse Langkawi

Hotel Murah Langkawi : Review Hotel Amara Guesthouse Langkawi

Di Langkawi terdapat banyak hotel murah atau budget yang anda boleh pilih di Kuah atau Pantai Cenang. Dalam ruangan review hotel ini, Amara Guesthouse di Kuah menjadi pilihan untuk diberikan review oleh kami.

Ini adalah merupakan kali pertama kami menginap di Amara Guesthouse dan apa yang membuatkan kami memilih hotel ini semasa membuat tempahan adalah kerana harganya dan juga gambar yang terdapat di laman web Agoda. Pada harga RM85 semalam, nampak macam satu tawaran yang berbaloi.

Untuk mencari hotel ini mungkin sedikit sukar bagi yang tidak biasa dengan Langkawi kerana hotel ini tidak terletak di tepi jalan utama. Ianya sedikit tersorok ke belakang tetapi sekiranya anda menggunakan GPS atau aplikasi Googlemaps di telefon Apple iPhone atau Android seperti Samsung Note 3, Samsung Galaxy S5, HTC One atau Sony Xperia, anda mungkin akan lebih mudah untuk sampai ke hotel ini.

Dari luar, hotel ini dicat dengan warna seakan-akan merah jambu ungu. Hotelnya juga tidak tinggi, cuma 3 tingkat sahaja. Tempat letak kenderaan juga disediakan di tepi hotel. Tidak susah nak mencari parking disini.

Hotel Murah Langkawi Amara Guesthouse

Sampai sahaja disini, kami terus ke lobi untuk check-in. Proses check-in cepat dan mudah. Walaubagaimanapon, untuk ke bilik anda terpaksa menaiki tangga kerana disini tiada lif. Bagi yang menginap disini dengan orang tua atau OKU serta membawa bag yang banyak mungkin situasi ini akan sedikit menyusahkan. Laluan ke bilik juga tidak berapa bersih.

Sampai sahaja ke bilik kami, biliknya agak luas. Katilnya juga besar. Agak ok bagi sebuah hotel budget. Tandas juga disediakan dalam bilik. Wifi disediakan di hotel ini tetapi kami tidak dapat menggunakan wifi kerana signalnya tidak berapa sampai ke bilik kami.

Bilik Hotel Budget Amara Guesthouse

Di dalam bilik ada disediakan TV LCD, cerek, water heater dan penghawa dingin. Walaubagaimanapon, disini tiada siaran Astro. Yang disediakan cumalah siaran tv menggunakan antena biasa. Bilik juga mengambil sedikit masa untuk sejuk apabila dihidupkan penghawa dingin.

Bilik Hotel Murah Langkawi Amara Guesthouse

Keseluruhannya, asalkan anda tidak meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi anda akan pulang dengan gembira. Jangan harapkan bilik atau tandas yang moden serta kemudahan hotel 3 bintang di guesthouse ini. Pada harga RM85 semalam, ianya masih berbaloi cuma ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti kebersihan hotel dan signal wifi ke bilik. Lokasinya walaupon sedikit tersorok, sebaik sahaja anda membiasakan diri dengan kedudukan hotel ini akan dapat rasakan hotel ini berada di kedudukan yang strategik kerana terletak berdekatan dengan terminal feri serta kawasan kedai yang banyak menjual barangan bebas cukai murah di Kuah Langkawi. Pastikan anda tidak lupa untuk menyewa kereta sekiranya anda ingin mudah bergerak di Langkawi.


Amara Guesthouse Langkawi
Lot 3787, Jalan Sri Lagenda Off Jalan Penarak,
Kuah, 07000
Langkawi, Kedah Darul Aman.

Telefon: 049671717

Koordinat GPS: U 6.318837 T 99.856303

Di Langkawi terdapat banyak hotel murah atau budget yang anda boleh pilih di Kuah atau Pantai Cenang. Dalam ruangan review hotel ini, Amara Guesthouse di Kuah menjadi pilihan untuk diberikan review oleh kami. Ini adalah merupakan kali pertama kami menginap di Amara Guesthouse dan apa yang membuatkan kami memilih hotel ini semasa membuat tempahan adalah …

Review Overview

Layanan
Fasiliti
Bilik
Lokasi
Harga

Bolehlah

Summary : Pilihan budget bagi yang mahu mencari hotel yang murah di Pulau Langkawi.

User Rating: 2.75 ( 1 votes)
56

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge