Home / Foods / Ikan Bakar Alai atau Ikan Bakar Umbai ?

Ikan Bakar Alai atau Ikan Bakar Umbai ?

Antara ikan bakar Alai dengan ikan bakar Umbai mana yang lagi best? Pasti ada yang ingin tahu jawapannya. Kedua tempat ni memang tak boleh miss bagi penggemar ikan bakar kalau singgah di Melaka. Bagi saya sama je ikan bakar di Umbai dengan ikan bakar di Alai sebab ikan-ikannya segar. Cuma Umbai ni kadang-kadang penuh dengan orang, so kalau nak selesa sikit boleh cuba makan ikan bakar di medan ikan bakar Muara Sungai Alai. Di Medan Ikan Bakar Muara Alai ada 2 restoran iaitu Deli Muara Ikan Bakar dan Western @ Alai dan Seri Muara Alai Haji Nasir Ikan Bakar.

Kami memilih Deli Muara Ikan Bakar setelah direkomen oleh kawan-kawan. Cuba tengok ikan-ikan yang ada disini. Nampak fresh kan.

Makanan laut disini dijual pada harga pasaran. Harga yang dikenakan dah termasuk sekali dengan stail masakan yang kita akan pilih. Banyak pilihan seafood yang ada di restoran Deli Muara dari ikan hinggalah ke kupang, udang, ketam dan sotong. Bila dah pilih seafood yang kita nak, kita boleh memilih cara makanan laut tu untuk dimasak. Di Deli Muara kita boleh memilih untuk bakar, masak tiga rasa, masak sambal, goreng tepung atau masak black pepper.

Udang ni dijual pada harga RM70 sekilo.

Sotong goreng tepung @ RM30 sekilo

Ikan Pari masak sambal @ RM18 sekilo

Ikan siakap di Deli Muara dijual pada harga RM33 sekilo. Kami memilih ikan siakap untuk dimasak stail tiga rasa dan black pepper. Ikan siakap masak black pepper kat Deli Muara memang best. Digoreng bersalut tepung dan ditambah dengan kuah black pepper diatasnya.

Ikan siakap masak tiga rasa ni nampak biasa je. Rasanya macam yang selalu kita dapat kat kedai tomyam. Plus point menu ni adalah ikannya yang fresh.

Akhir sekali tak boleh dilupakan ikan yang dibakar original. Cicah dengan kuah sambal kicap cili padi dengan kuah asam memang mantap.

Ikan jenahak dijual pada harga RM38 sekilo.

Total damage untuk dinner ikan bakar ialah RM680. RM680 ni dah termasuk makanan laut (ikan, sotong, kupang, udang) seberat 17 kilogram, nasi lemak dan air jus epal dan oren. Agak berbaloilah sebab malam tu ada lebih kurang 25 orang dalam group kita yang join dinner ni. Kalau di Restoran Sekinchan Ikan Bakar belum tentu boleh dapat harga ni.

Restoran Deli Muara Ikan Bakar akan mula penuh bila tiba waktu makan malam. Kalau tak nak kempunan digalakkan untuk telefon dulu sebelum datang untuk tempah tempat.

Apa kelebihan Deli Muara Ikan Bakar berbanding restoran ikan bakar lain di Umbai adalah pelbagai pilihan stail masakan yang boleh kita pilih. Kalau yang tak suka ikannya dibakar boleh memilih untuk dimasak stail thai, western atau BBQ.

Bagi yang berhajat ingin ke restoran Deli Muara Alai, ianya terletak di muara Sungai Alai bersebelahan dengan Crystal Bay. Anda boleh menggunakan jalan lama yang menghubungkan Melaka dengan Merlimau untuk sampai ke sini. Sekiranya anda dari bandar Melaka, ianya terletak lebih kurang 2.8 km dari simpang tiga permulaan Lebuh AMJ. Kalau anda dah melepasi sebuah jambatan maksudnya anda dah terlepas simpang untuk masuk ke kawasan Medan Ikan Bakar Muara Alai.


 
Restoran Deli Muara @ Alai
KM10, Muara Sungai Punggor, Crystal Bay,
75460, Alai, Melaka Bandaraya Bersejarah
Tel : 017 255 6650

Koordinat GPS: U 2.171864 T 102.307373

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

11 comments

  1. kedua2 tempat ni memang selalu direkemen oleh kawan2. cuma belum berkesempatan nak ke sana lagi. :)

  2. suka kat umbai sbb tempat lebih cantik :)
    arai lebih dekat kalau dari bdr melaka kan?

    • ye betul sop, kalau dari melaka akan sampai muara ikan bakar alai ni. tapi kalau tak biasa boleh terlajak. umbai skang pon kalau tak silap dah ada food court baru yang lebih cantik.

  3. erm, bestnye makan-makan ni =) i’m luvin’ it
    huhu, sama macam sop gak. selalu memang g umbai makan ikan bakar dia memang best! suka sangat, harga pun xdela mahal sangat. udang dia perrgh, besar-besar.. kat alai tak pernah singgah lagi, insyaAllah nanti kalau ke selatan sana nk singgah jgk la

  4. Mahalnya ikan bakar kat sini….baik gi kedai paarameswara,murah!!!

  5. Total damage? Wow. Ayat hebat! Haha.
    Thanks for the info n alamat.
    Susah nak cari kt internet..

  6. We went to this restaurant (Ikan Bakar Hj Nasir Alai) because it pops out first in google search. When we reached there, there’s a lot of people so it might be true then.

    Unfortunately, the service was bad. we waited for almost an hour before we have our first ordered food on the table. and the rest of the food come one at a time.. and the food was not that great! we’ve tasted way better seafood in other places. we ordered butter prawn and to our surprise, it was not what we used to see all this while. I think they cook literally prawn in butter sauce!! so weird!

    The worst part is, we try to give some comments/feedback to the cashier by saying the food was not that tasty and maybe they can improve it. to our surprise, she replied ‘Then, don’t need to come back here!’ ….. such a rude answer! Definitely, we WILL NEVER COME BACK to this place! they don’t know the word HUMBLE I guess!

    • thank you for your honest feedback. there are two notable ikan bakar restaurants there; deli muara and hj nasir. the ones that i tried was deli muara and based on our experience the food was good and the service was ok. if u want faster service u should call them in advance so that they can prepare the food earlier. i do feel sorry with your bad experience at hj nasir. if they can’t value their customers feedback, then we as customer can always choose not to eat at their restaurant. i believe there are many other ikan bakar restaurants at Umbai or even Alai. hope other readers who have good/bad experience eating there can share it here.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge