Intai Intai Restaurant MRR2
Restoran Intai Intai terletak di MRR2 berhampiran dengan Ampang. Bagi yang menggemari makanan Thai dan ingin mencari kelainan, maka restoran ini merupakan pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menjamu selera makanan dari negara jiran kita.
Keunikan Restoran Intai Intai terletak pada hiasan dalamannya serta kewujudan sebuah kolam di tengah-tengah restoran tersebut. Suasananya yang damai membuatkan seolah-olah anda sedang menjamu selera bersama keindahan alam.
Setiap hidangan di Intai Intai disajikan dalam 3 jenis saiz iaitu kecil, sederhana dan besar.
Daging masak goreng kunyit (RM15). Rated 4/5 by my wife. Dia suka sangat dengan daging masak goreng kunyit ni.
Butter prawn (RM17)
Ayam masak pedas (RM9.80)
Tom Yam (RM20).
Kailan Ikan Masin (RM14)
Keseluruhannya boleh dikatakan makanan disini sedap dan berpatutan dengan harganya. Servisnya juga cepat bagi anda yang tidak suka menunggu lama. Yang pastinya harga disini lebih murah berbanding Sri Ayutthaya dan Amarin Heavenly Thai.
Bagi yang ingin kesana, lokasinya terletak tidak jauh dari susur keluar lebuhraya DUKE arah Ampang. Selepas susur keluar DUKE anda akan nampak sebuah showroom kereta Honda di sebelah kiri dan Restoran Intai Intai terletak betul-betul di belakang showroom kereta Honda.
Restoran Intai Intai
Lot 378 Backyard,
Jalan Ampang Ulu Klang (MRR2 Highway),
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Phone : 603 4252 2252
Website : http://www.intaiintai.com.my
Koordinat GPS: U 3.170873 T 101.755378
Tags: Foods, Intai-Intai, Restoran, Thai







Facebook