Home / News / Sales/Shopping / Isetan Sale 27 August – 15 September 2010

Isetan Sale 27 August – 15 September 2010

Memandangkan hari ni cuti Nuzul Quran bagi negeri Selangor, dah mula plan apa nak buat utk hari cuti ni. Then teringat ada sale kat Isetan yang kebetulan start pada hari ni. Isetan ni ada 3 outlet kat area Klang Valley ni, outletnya ada kat KLCC, Lot 10 and Gardens Midvalley.

Macam past experience pegi sale Isetan ni, banyak barang2 menarik yang dia offer especially kalau jadi members. Biasanya members akan dapat extra 10% diskaun daripada non member on selected item. So, utk members, 5 day specials ni adalah dari 27 Ogos – 31 Ogos. Untuk sepanjang 5 hari ni, members akan dapat extra 10% diskaun tu. Bagi yang belum jadi member, senang je nak apply utk jadi member sbb akan ada kaunter utk register sbg member dan kena bayar yuran utk jadi ahli. Tapi kalau fikir balik, nilai savings dari diskaun tu je dah cukup berbaloi utk cover duit yuran tu.

Biasanya my wife kalau time sale Isetan ni mmg rambang mata especially baju anak2. Since raya pon dah nak dekat, timing sale ni memang kena sangatlah. Antara item yang on sale bagi kanak2 dari brand Osh Kosh B’gosh, Pumpkin Patch, adams kids, Guess Kids, Mellow Baby, Baby Pooh, Kiko, Baby Poney dan banyak lagi.

Selain item untuk kanak2, item utk lelaki dan wanita pon selalunya mmg banyak yg on sale. Especially kalau baju kerja, time ni lah harga dia murah compare dgn hari biasa. Kadang2 harga baju kerja mcm Renoma, Van Heusen and Daniel Hechter boleh dapat less than RM100 utk sehelai kemeja. Kalau nak beli golf set, time ni pon masa yg sesuai utk beli sbb ada byk offer yg menarik.

Biasanya hari first utk sale Isetan ni ramai org. Kadang2 nak jalan and pilih barang pon susah. Hopefully petang ni tak lah ramai sangat org sbb plan nak gi KLCC petang ni utk shopping kat Isetan dan berbuka puasa kat KLCC :)

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. wahhh….bestnya shopping….saya jugak yg kena bekerjaaa….huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge