Home / News / Happenings / Jadual Perjalanan Highway PLUS Untuk Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri

Jadual Perjalanan Highway PLUS Untuk Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri

Minggu hadapan ramai warga kota akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara dan kenalan. Seperti tahun sebelumnya, jumlah aliran trafik keluar dari Kuala Lumpur yang meningkat 30% berbanding hari biasa akan menyebabkan kesesakan di semua arah jalan dan lebuhraya keluar dari Kuala Lumpur.

Bagi warga kota yang ingin pulang ke kampung di utara dan selatan Malaysia, lebuhraya PLUS akan menjadi laluan utama bagi mereka dan berdasarkan pengalaman balik kampung ke utara tahun lepas, kesesakannya dah sampai ke tahap yang sangat perlahan sampai tak bergerak terutamanya kalau sampai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R). Setiap kali sampai R&R, memang tak boleh nak bergerak sebab orang ramai akan park kereta di laluan kecemasan lebuhraya disebabkan jumlah petak letak kereta di R&R tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang singgah di R&R. Bayangkan perjalanan dari Kuala Lumpur bermula dari pukul 11.30 malam dan sampai di Guar Chempedak pukul 7 pagi. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 5 jam menjadi 7 jam 30 minit disebabkan oleh peningkatan aliran trafik yang luar biasa.

Seperti tahun sebelumnya, PLUS telah pun mengeluarkan jadual cadangan perjalanan pulang ke kampung untuk tahun 2010 bagi pengguna yang akan menggunakan lebuhraya PLUS untuk balik kampung.

Jadual perjalanan untuk pulang ke kampung akan dilaksanakan pada 8 dan 9 September 2010 untuk perjalanan dari arah Lembah Klang ke utara dan selatan. Manakala jadual perjalanan untuk balik dari kampung ke kota akan dilaksanakan pada 12, 16, 17, 18 dan 19 September 2010. Diharap dengan adanya jadual perjalanan ini akan dapat mengurangkan kesesakan di lebuhraya walaupon perlaksanaannya pada tahun lepas tidak berkesan 100%. Keberkesanan jadual perjalanaan ini akan hanya dapat dinikmati sekiranya semua pengguna lebuhraya PLUS dapat mematuhi jadual perjalanan yang telah disediakan. Hopefully semua pengguna dapat melaksanakannya demi keselesaan kita untuk balik kampung pada tahun ini.

Source : PLUS Expressways Berhad

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

11 comments

  1. Selamat balik kampung.. biar jem jalan jangan hilang nyawa anak bini
    che armster recently posted..Dicabul Pasangan Durjana

  2. tambah lagi tol free..kejap. hehe
    tim92 recently posted..BILA JEM ROTI DAH HABISdi bulan puasa

  3. slamat balik kampung dgn slamat…bwk keta biar pnuh dgn kesabaran…

    jom singgah entry baru a r u L
    arul recently posted..Tips Menulis Artikel di Blog

  4. berhati2 la semasa perjalanan pergi dan balik Aidilfitri.. ucapan Selamat Hari Raya khas utk tuan punyer blog..

  5. bagus jadual balik kampung tu staggered la kan..kalu sekaligus tu jam la plak
    din recently posted..Shoes For Hiking In Rainforest

  6. Selamat Hari Raya
    Selamat Di Jalan Raya Yer
    din recently posted..Dia Terlanjur Di Malam Tahun Baru Buang Bayi Di Bulan Merdeka

  7. selamat balik kampung 😉
    nina nurziana recently posted..Patience is a virtue

  8. selamat pulang ke kampung halaman…

    • Kepada semua pembaca blog KL Urbanite kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga selamat sampai ke destinasi anda. Kalau mengantuk tu, berehatlah sebentar dan patuhi speed limit yang ditetapkan. Ingatlah orang yang tersayang :)

  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri…
    Berhati2 d Jalanraya…
    Aku Pulang Ke Pendang….Semoga Selamat Sampai

  10. slmt hari raya..maaf zahir batin bang..sempat lg kan2..hihi
    tiefazatie recently posted..KL Urbanite First Giveaway Contest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge