Home / News / Education / Jadual Karnival Jom Masuk U 2013

Jadual Karnival Jom Masuk U 2013

Pada tahun ini Karnival Jom Masuk U 2013 anjuran KPT akan diadakan di 11 zon di seluruh Malaysia. Bagi yang ingin mengetahui lokasi dan tarikh di mana karnival ini akan berlangsung boleh merujuk pada jadual di bawah.

 

ZON
TARIKH
NEGERI
LOKASI
Zon 1

26 – 27 Januari 2013Kuala Lumpur, Selangor & W PutrajayaPadang Varsiti,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Zon 2

2 – 3 Februari 2013 SabahOne Borneo Hypermall,
Kota Kinabalu, Sabah
Zon 3 16 – 17 Februari 2013 Kedah, Perlis
Perkarangan Stadium Darul Aman
Alor Setar, Kedah
Zon 4 23 – 24 Februari 2013 Melaka, Negeri Sembilan MITC, Melaka
Zon 5 2 – 3 Mac 2013Sarawak Kuching Waterfront Kuching, Sarawak
Zon 6 9 – 10 Mac 2013Pulau Pinang Perkarangan Sunway Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Zon 7 16 – 17 Mac 2013 Pahang Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang
Zon 8 22 – 23 Mac 2013Terengganu Perkarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak Kuala Terengganu, Terengganu
Zon 930 – 31 Mac 2013KelantanPerkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan
Zon 106 – 7 April 2013PerakDewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak
Zon 1113 – 14 April 2013JohorPERSADA Johor, Johor Bahru, Johor
*Jadual ini tertakluk kepada perubahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
 
Karnival Jom Masuk U 2013 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah merupakan platform terbaik bagi pelajar yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia untuk mencari program yang bersesuaian dengan minat dan keputusan SPM dan STPM yang telah diperolehi. Selain itu bakal pelajar boleh mendapatkan maklumat mengenai syarat-syarat kemasukan dan juga maklumat mengenai program yang ditawarkan di setiap universiti.

Karnival ini akan disertai oleh pelbagai universiti di seluruh Malaysia yang melibatkan IPTA dan juga IPTS. Seperti biasa antara booth yang paling banyak dikunjungi oleh pengunjung adalah booth Universiti Teknologi MARA.

Untuk pelajar yang telah menduduki SPM dan STPM jangan lupa untuk berkunjung ke karnival Jom Masuk U di lokasi dan pada tarikh yang telah ditetapkan. Jangan lepaskan peluang keemasan bagi mengenali dengan lebih dekat lagi program yang ditawarkan di universiti tempatan. Selain itu, pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat mengenai program peringkat Masters dan PhD juga boleh berkunjung ke Karnival Jom Masuk U bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada universiti yang berkenaan.

 

 

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge