Home / Foods / Kelantan Delights @ Sooka Sentral – Makanan Tradisi Kelantan

Kelantan Delights @ Sooka Sentral – Makanan Tradisi Kelantan

Kelantan Delights merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan tradisional Kelantan popular dalam suasana yang ekslusif dan elegan. Antara sajian terbaik di Kelantan Delights adalah seperti Nasi Kerabu Ayam Percik dan Nasi Dagang Gulai Ikan.

Tengahari tadi saya bersama sekumpulan bloggers telah diberi peluang untuk menjamu selera di Kelantan Delights Sooka Sentral sempena Event Tastebuddies oleh Nuffnang. Event Tastebuddies ini telah dimulakan dengan sedikit ucapan daripada pihak pengurusan Kelantan Delights.

Kelantan Delights Manager and Chef

Event ini telah diadakan di Kelantan Delights cawangan Sooka Sentral yang terletak di tingkat 1 Sooka Sentral. Beberapa sajian telah disediakan yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sajian pembuka selera, sajian utama dan sajian pencuci mulut.

Dua sajian pembuka selera telah dihidangkan iaitu Tomyam Kelapa Muda dan Sirih Daun Kaduk.

Tomyam Kelapa Muda ini dihidangkan bersama dengan udang dan kelapa muda serta kuah tomyam. Kuah tomyamnya juga tidak terlalu pedas.

Tomyam Kelapa Muda

Sirih Daun Kaduk melengkapkan sajian pembuka selera untuk Event Tastebuddies di Kelantan Delights.

Sirih Daun Kaduk

Sekarang tiba masanya untuk menikmati sajian utama iaitu Nasi Kerabu Ayam Percik dan Nasi Dagang Gulai Ikan.

Ayam Percik ini merupakan salah satu sajian istimewa Kelantan Delights dan perlu anda cuba sekiranya anda datang ke sini. Sambal yang dihidangkan bersama dengan nasi kerabu ini juga tidak kurang hebatnya.

Nasi Kerabu Ayam Percik

Nasi Dagang Gulai Ikan turut merupakan salah satu sajian istimewa di Kelantan Delights. Beras dan pulut yang digunakan untuk menyediakan nasi dagang ini didatangkan khas dari Kelantan dan Thailand bagi menjamin keaslian rasa nasi dagang yang original.

Nasi Dagang Gulai Ikan

Seterusnya kami dihidangkan dengan Nasi Tumpang yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Menurut Encik Hatta dari Kelantan Delights, asal-usul nasi tumpang sebenarnya bermula dari nenek moyang terdahulu dimana kebiasaannya ibu kita akan menyediakan nasi tumpang sebagai bekal makanan untuk dibawa oleh bapa ke tempat kerja. Oleh kerana biasanya bapa kita akan melakukan kerja berat, maka beliau memerlukan bekalan makanan yang berat untuk melakukan kerja harian dan juga tidak mudah basi. Begitulah bermulanya idea untuk menyediakan nasi tumpang.

Nasi tumpang yang dibekalkan akan dimakan oleh ayah dengan cara menanggalkan daun pisang tersebut satu persatu, satu ketika sarapan pagi, kemudiannya untuk makan tengahari dan makan petang. Oleh sebab itu, nasi tumpang mempunyai beberapa lapisan lauk yang dimuatkan didalam daun pisang tersebut.

Nasi Tumpang

Nasi tumpang ini kelihatan seakan-akan seperti ketupat orang Selatan terutamanya di Johor. Nasi tumpang ini mempunyai beberapa lapisan lauk seperti udang serta sambal, ikan dan ayam. Sambalnya juga tidak terlalu pedas. Sekiranya anda sampai ke Kelantan Delights pastikan anda mencuba nasi tumpang. Rasanya memang yang terbaik. Bagi saya nasi tumpang disini adalah antara ‘must try dish’ sekiranya anda datang kesini. Rugi kalau tak cuba.

Nasi Tumpang Kelantan Delights

Kalau bercakap tentang makanan Kelantan, pasti tidak akan lengkap kalau tidak mencuba laksam.

Laksam

Bagi mengakhiri menu kami untuk hari ini, kami telah disajikan dengan pencuci mulut yang melibatkan kombinasi Lompat Tikam dan Ketupat Sotong. Ketupat sotong merupakan salah satu makanan tradisi Kelantan dan harus anda cuba bila datang ke sini. Dalam hidangan ini, sotong akan disumbatkan dengan pulut di bahagian dalamnya. Sajian ketupat sotong ini memang unik sekali. Rugi kalau tidak dicuba.

Lompat Tikam Ketupat Sotong

Bagi mengakhiri Event Tastebuddies, Laura Lee dari Nuffnang telah memberikan kuiz untuk dijawap oleh bloggers bagi memenangi hadiah yang ditawarkan. Mungkin hari ini adalah hari yang bertuah untuk saya. Saya berjaya menjawab salah satu daripada soalan yang dikemukakan. Tahniah juga pada bloggers lain yang berjaya.

Secara keseluruhannya Kelantan Delights adalah merupakan suatu pengalaman yang berbeza kerana jarang sekali restoran makanan tempatan mempunyai konsep restoran yang elegan dan ekslusif. Disini hiasan dalamannya telah direka dengan begitu kemas sekali dan menghidupkan suasana yang ekslusif yang biasanya kita perolehi di hotel bertaraf lima bintang atau restoran mewah yang menawarkan sajian dari barat.

Ambience Kelantan Delights

Kelantan Delights Interior

Kelantan Delights Design

Dengan menerapkan sedikit elemen kayu dalam hiasan dalamannya membuatkan kita berasa tenang sambil menikmati makanan di sini. Sebahagian dinding di restoran ini turut dihiasi dengan gambar berlatarbelakangkan Pasar Siti Khadijah bagi menimbulkan sedikit identiti negeri Kelantan.

Pasar Siti Khadijah

Antara hiasan yang terdapat di Kelantan Delights.

Hiasan Kelantan Delights

Selain daripada hiasan dalamannya, makanan di sini juga disediakan dengan terperinci terutamanya dari segi presentation hidangan makanan. Setiap hidangan disini dihiaskan dengan begitu cantik dan teliti sekaligus membangkitkan selera untuk makan. Rasa makanan disini juga tidak kurang hebatnya. Kredit kepada chef Kelantan Delights yang berjaya menyediakan makanan yang enak sekali. Bagi yang ingin menjamu selera disini anda tidak perlu khuatir akan status halalnya kerana Kelantan Delights telah mempunyai persijilan halal dari JAKIM.

Kelantan Delights Halal

Sekiranya anda tanya saya adakah saya akan kembali untuk makan di sini, sudah pasti saya akan kembali semula ke sini untuk menikmati sajian nasi tumpang dan juga kerana suasananya yang ekslusif.

Kelantan Delights mempunyai dua cawangan iaitu di Sooka Sentral, Kuala Lumpur dan Wisma Consplant, Subang Jaya. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kelantan Delights boleh menghubungi talian 03-27851945 (Sooka Sentral) atau 03-56117845 (Subang Jaya).

Bagi yang ingin mengunjungi Kelantan Delights di Sooka Sentral, restoran ini terletak bersebelahan dengan KL Sentral dan anda boleh menggunakan LRT untuk sampai ke sini. Bagi yang membawa kenderaan sendiri disini terdapat beberapa tempat meletak kenderaan. Anda boleh meletakkan kenderaan anda sama ada di Sooka Sentral atau di tempat letak kenderaan yang berhampiran disini.

 
Kelantan Delights @ Sooka Sentral
1-5, Level 1
Sooka Sentral
Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.133426 T 101.685227

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

4 comments

  1. Woah. Giler efficient =) GJ =)

  2. Nice entry..awesome picture!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge