Home / Cars / Kia Rio Baru 2013 Dilancarkan di Malaysia

Kia Rio Baru 2013 Dilancarkan di Malaysia

Naza Kia telah melancarkan model baru Kia Rio pada 30 Januari 2013 untuk pasaran Malaysia. Model baru Kia Rio untuk pasaran Malaysia ini mempunyai dua variant iaitu 1.4 EX dan 1.4 SX. Kia Rio dijual di Malaysia pada harga di atas jalan RM73,888 (termasuk cukai jalan dan insuran) untuk versi 1.4 EX dan RM79,888 (termasuk cukai jalan dan insuran) untuk versi 1.4 SX. Cukai jalannya juga tidak mahal, cuma RM70 setahun. Perbezaan antara dua variant ini adalah pada aksesori yang ditawarkan pada model tersebut. Perbezaan aksesori adalah seperti dalam jadual di bawah.

 
Perbezaan antara Kia Rio 1.4 SX dan 1.4 EX

Features
Kia Rio 1.4 SX
Kia Rio 1.4 EX
Alloy Rims
17"
16"
Front Fog Lamps
-
Sunroof
-
Supervision Cluster
-
Push Start Button and Smart Key
-
Air Conditioner
Full Automatic with Cluster Ionizer
Manual
Auto Defogger
-
Rain Sensor
-

Kedua-dua variant Kia Rio dilengkapkan dengan pelbagai aksesori seperti projector headlamps dan LED Daytime Running Lights serta Electric Folding Mirror dan LED Side Repeater. Kia Rio turut dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC) dengan EBD, Anti-Lock Braking System (ABS), Traction Control System, Brake Assist System, Hill Start Assist System (HAC), Vehicle Stability Management (VSM) dan 6 bag udara.

 Kia Rio Launch in Malaysia

Untuk menambahkan lagi stail pada Rio ianya turut dilengkapkan dengan LED Rear Combination Lamp. Sistem audio dengan 6 speaker pula telah dituned oleh Arkamys dan dilengkapkan dengan radio, pemain CD, mp3, serta 3 input port yang boleh digunakan untuk memainkan audio dari USB atau iPod.

Kia Rio turut dilengkapkan dengan Glove Box Cooling yang boleh digunakan untuk menyejukkan minuman anda. Disamping itu Kia Rio tidak melupakan anak kecil atau bayi dimana kereta ini dilengkapkan dengan ISOFIX Seat untuk memastikan car seat baby dapat dipasang dengan selamat.

Fuel consumption Kia Rio pula dianggarkan pada 16.6km per litre bagi kombinasi penggunaan di bandar dan lebuhraya.

Kemunculan Kia Rio pasti akan menghangatkan lagi saingan kenderaan bagi segmen B dan mencabar kereta lain yang telah berada di pasaran seperti Perodua Myvi, Proton Saga FLX, Toyota Vios, Honda City, Ford Fiesta, Nissan Almera, Mitsubishi Mirage, Volkswagen Polo, Chevrolet Sonic dan Suzuki Swift.

Harga Kia Rio Malaysia 2013

Gambar yang menunjukkan exterior Kia Rio yang diambil dari laman web lain. Exterior Kia Rio menunjukkan stail yang agresif dan sesuai untuk golongan muda yang mencari kenderaan pertama. Saiznya juga sesuai untuk pemanduan di dalam bandar dan memudahkan anda untuk mencari tempat parking kereta.

Kia Rio 2013 Malaysia

Kia Rio didatangkan dalam 5 pilihan warna iaitu Deep Blue, Signal Red, Clear White dan Bright Silver manakala Electronic Blue hanya boleh diperolehi untuk variant 1.4 SX sahaja.

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan memandu uji Kia Rio, anda boleh singgah ke pengedar Kia yang terdekat dengan anda.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

6 comments

  1. Cantik jugak kereta ni. Banyak pula pilihan rasanya. Kalau nk beli, sure pening.

  2. dah test drive. prestasi bagus dan senyap. mcorner mantap dengan kesediaan saiz rim 17 inci. dah booking. 2 bulan insyaAllah sampai

  3. Doakan Finance Loan sy lulusss ^_^

  4. Kereta nie mmg mantop…..dn bergaya….perfomance dn handling baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge