Kilang Honda Malaysia Di Alor Gajah, Melaka
Hari tu on the way balik lepas seminggu beraya di Sungai Rambai Melaka, kami sekeluarga plan nak bercuti dulu kat Port Dickson sebelum balik ke Kuala Lumpur. On the way nak ke Port Dickson tu, kami pon jalan2 lah dulu kat Melaka ni.
Sambil2 tu kami sekeluarga pon pakailah Lebuh AMJ yang besar ni dari kampung isteri dan menuju ke Alor Gajah. Bagi yang tidak tahu apa tu Lebuh AMJ, jalan ni merupakan jalan yang menghubungkan dari Alor Gajah ke Bandar Melaka dan sampailah ke sempadan Melaka dan Johor. Kalau ada sape2 yang nak ke Muar dan nak jimatkan tol, boleh lah exit kat Simpang Ampat, Ayer Keroh atau pon Jasin dan pakai Lebuh AMJ untuk sampai ke Muar. Jalannya pon best dah mcm standard highway. Cuma yang tak bestnya banyak sangat traffic light kat Lebuh AMJ ni.
Sebenarnya entry ni bukan nak citer pasal Lebuh AMJ. Lebuh AMJ ni lebih pada pembuka cerita je. Sebenarnya apa yg nak diceritakan ialah pasal Kilang Honda kat Alor Gajah ni. Nak dijadikan cerita, hari tu on the way nak balik, kami sekeluarga pon saje2 lah pusing2 kat area Alor Gajah. Then ternampak signboard kilang Honda Malaysia ni. Saya pon apa lagi, masuklah ke jalan yang menuju ke kilang tu.
Honda ni sape yang tak kenal kan. Kalau cakap pasal kereta je, orang Malaysia ni lebih minat pada kereta Honda dan Toyota. Alasan utama sebab kereta ni sedap dibawa dan ada nilai kalau nak jual semula. Sebenarnya memang comfort pon bawa kereta Honda ni. Kabin kereta rasa senyap je, tak dengar pon bunyi kat luar tu. Tapi harganya pon boleh tahan juga lah. Kalau Honda City, harganya start dari RM85,480 untuk grade S dan RM90,480 untuk grade E. Harga Honda Civic pulak start dari RM114,980 untuk 1.8S. Kalau untuk 2.0S mestilah lagi mahal, harganya pon dah cecah RM130,980.
Sebenarnya adik ipar saya ada kerja kat Honda. Kalau ikut apa yang dia cakap, banyak benefit yang Honda bagi pada pekerjanya. Tgk dia pon macam happy je kerja kat sana. Kalau ada sape2 yang tgh cari kerja dan tak kisah berhijrah ke Melaka, boleh lah apply kerja kat sana. Kilangnya pon besar. Tak percaya cuba tgk gambar kat bawah ni.
Honda siap ada kemudahan Training Centre di Alor Gajah. Sudah pastinya Training Centre ni nak digunakan untuk train pekerjanya utk jadi lebih efisien. Kilang Honda kat Alor Gajah ni produce kereta Honda CKD seperti Honda City, Honda Civic, Honda Accord dan Honda CRV. Bagi yang tak tahu apa tu CKD, CKD bermaksud Complete Knock Down unit. Maksudnya kereta ni dipasang sepenuhnya di Malaysia. Kilang Honda ni sebenarnya dah banyak menyediakan peluang pekerjaan pada warga tempatan contohnya yg berkelulusan SPM, sijil kemahiran, diploma dan banyak lagi.
Alor Gajah sebenarnya dah banyak berkembang sekarang ni. Bukan setakat Kilang Honda je ada kat sini, ada banyak lagi kilang lain kat sini. Nampak gaya macam Alor Gajah ni nak jadi kawasan perindustrian yang baru bagi negeri Melaka. Harapnya dengan banyak kilang yang wujud kat sini dapat menambah peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Melaka kan asyik sinonim dengan industri pelancongannya, kalau sektor perindustriannya pon berkembang, maka makin majulah ekonomi negeri Melaka ni.
Kalau ada yg dah sampai ke Alor Gajah ni, jangan lah lupa untuk singgah ke A Famosa Resort dan makan cucur udang Alor Gajah yang famous tu. Cuma hari tu tak sempat nak singgah sebab dah plan nak singgah ke Port Dickson. Nantikan entry selanjutnya tentang holiday kami sekeluarga ke Port Dickson. Tungguuuuuu………
Bagi yang nak ke Kilang Honda atau Training Centre Honda di Alor Gajah Melaka, bolehlah gunakan koordinat GPS ni U 2.424185 , T 102.205607 sebagai panduan. Tapi pastikan anda ada alat GPS sebelum gunakan koordinat ni.
Tags: Alor Gajah, CKD, Cuti-cuti, Holiday, Honda, Honda Accord, Honda City, Honda Civic, Honda CRV, Kilang Honda, Vacation





Facebook
oh ingatkn mu urg alor gajah..hi
saya bukan orang Alor Gajah. tapi Alor Gajah tu dah jadi macam rumah kedua kalau balik kampung orang rumah
cantik nya! i nak pun beli rumah di alor Gajah.
http://streamyxmodemsupport.blogspot.com
xengkiao recently posted..Filipina maid inherits millions from employer
ooo..kampung melaka…kampung aku pun melaka..kat klebang besar, pulau gadong…
jiran tetangga lah kita nampak gayanya.hehe. sebenarnya kampung bini aku yg kat melaka, akunya lak kat muar.
wah2…kampung ifa kat jasin..jiran la tue..hihi
mmg maju dah melaka skrg nie kan2..hihi
semenjak melaka dpt world heritage city mmg byk perubahan
itu la psl…dato ali sgt bersemangat kan..hihi…rindu melaka!haha
good info.thanks for sharing



me minat honda crv–plan nak beli thn dpn kalau cukup budget
and me suka pegi a famosa resort tu..so far dh 2 kali me bermlm kat situ
mama zharfan recently posted..sticky post RM100 jd taruhanjom cuba nasibclick jer banner kat bwh ni
huhu best nya..xlepas g melaka.ish3..bile nk g mst xjd,uhh!
suzierahman recently posted..Bila SITI NURHALIZA marah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
bestnya, bla la plak nak ke mlaka lg!
kalau dpt peluang…nk keje gak kt kilang Honda..
best gak lau dapat still alor gajah ekkk
saya nak taw no telefon syarikat honda di Melaka
sy nak tau no.telefon syarikat kilang honda melaka
salam..saya ada dpt interview kt honda melaka ni and the u ckp adik ipar u keje sn ea?blh dapat info2 dr dia x psl interview nnt?ada iq test ker?
Salam ashraf macam mana awk apply job kat sane?? apply sebagai ape?? kalau boleh kongsi ngan sy..no phone org yg perlukan org kat honda tu ke…dah gi interview kan…cam ne ek?? sy sgt berminat untuk pengetahuan sy mekanik, 2 thn pengalaman n ade sijil kemahiran Malaysia dalam bidang automotiv
..harap awk bleh kongsi sket.TQ
slamzzz
Salam..
blh sy tau x mcm mne nk apply kje kt kilang honda…………
Salam. Sy bru je lepas interview dgn honda bulan lpas, pagi kelmarin diorg call sy dah dapat keje d kilang tu. Interview tu ada 2 test dan 1 presentation.
talian honda
Honda Malaysia Petaling Jaya 1800-88-2020
Honda Malaysia Melaka 5591500
memang banyak benefit keje kat honda..preasure pun leh tahan..
so berbaloi kejer sana. buat masa nie rasanya takde pengambilan sebab baru buang pekerja kontrak..kesian kan…
tunggulah projek next year..rasanya akan pakai balik pekerja baru kot.
mcmne nk apply keje?
Suka kerja Honda? (tag x resmi Honda)