Home / Holiday / Cameron Highlands / Ladang Teh BOH Sungai Palas | Tempat Menarik Di Cameron Highlands

Ladang Teh BOH Sungai Palas | Tempat Menarik Di Cameron Highlands

 
Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan yang terkenal dan terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati disini.Antaranya adalah Ladang Teh BOH Sg Palas yang terletak di Sungei Palas, Cameron Highlands. Ladang teh BOH Sungei Palas yang dimiliki oleh BOH Plantations Sdn Bhd merupakan sebuah pusat yang dibina bagi membolehkan pelancong menikmati sendiri suasana berada di ladang teh sambil menikmati pemandangan yang cantik disini.

BOH Tea Centre Sungei Palas Cameron Highlands

Di BOH Tea Centre Sungei Palas terdapat Tea’ria dimana pelancong boleh menikmati makanan dan minuman dengan berlatar belakangkan ladang teh yang menghijau. Selain itu, di sini juga terdapat pusat pameran yang memaparkan sejarah ladang teh BOH di Cameron Highlands serta kedai souvenir dan teh untuk pengunjung membeli sesuatu untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Ladang teh BOH ini terletak berhampiran dengan Kea Farm dan tidak sukar untuk mencari ladang teh BOH Sg Palas kerana terdapat papan tanda untuk membantu anda sampai ke sana. Sekiranya anda dari Tanah Rata anda perlu memandu sehingga sampai ke Equatorial Hotel Cameron Highlands. Dari Equatorial Hotel anda perlu memandu lagi sejauh 450 m untuk sampai ke simpang Ladang Teh BOH Sungai Palas seperti dalam gambar di bawah. Apabila sampai ke simpang ini anda perlu belok kiri dan anda perlu memandu melalui jalan sempit sejauh 3.5 km untuk sampai ke Sungai Palas BOH Tea Plantation. Walaubagaimanapon memandu semasa musim cuti sekolah akan menimbulkan sedikit masalah kerana anda perlu mengharungi kesesakan jalan disebabkan kebanjiran pelancong ke Cameron Highlands. Pastikan anda bertolak awal bagi mengelak dari terperangkap dalam traffic jam.

Jalan ke Ladang BOH

Sepanjang perjalanan anda akan melalui ladang teh yang menghijau di kiri dan kanan anda.

Ladang Teh Cameron Highlands

Setibanya di sana, anda boleh meletakkan kenderaan di kawasan lapang seperti yang anda boleh nampak dalam gambar di bawah.Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highlands

Seterusnya anda perlu berjalan kaki dan membuat sedikit pendakian kerana bangunan Sungai Palas BOH Tea Plantation terletak di kawasan tinggi.

Ladang Teh Boh Cameron Highlands

Selepas penat berjalan kaki, pasti anda akan rasa dahaga. Di atas terdapat Tea’Ria Refreshment, sebuah kafe di mana anda boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah ladang teh. Disini perkhidmatannya adalah self-service. Anda perlu beratur untuk order makanan dan minuman pilihan anda. Sekiranya musim cuti sekolah , barisannya akan panjang sedikit dari kebiasaan disebabkan ramai pengunjung yang mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa keluarga dan anak-anak bercuti di Cameron Highlands.

Kafe Tea'Ria Ladang Teh BOH Palas

Di Tea’Ria anda boleh menikmati pemandangan cantik ladang teh BOH yang menghijau dengan bukit bukaunya. Lokasinya sangat sesuai untuk pengunjung mengambil gambar sebagai kenangan.

Ladang Teh Boh Palas Cameron Highland

Sungai Palas BOH Tea Plantation

Harga makanan dan minuman di sini mungkin sedikit mahal jika dibandingkan dengan tempat lain. Walaubagaimanapon pemandangan di sini memang ‘priceless’. Antara makanan ringan yang telah kami cuba di Tea’Ria adalah seperti kek, curry puff dan sardine puff.

Kek Kafe Boh Palas

Puff Ladang Teh Boh Palas

Puff Ladang Teh Boh Palas 2

Di sini juga anda boleh mencuba pelbagai jenis teh yang dijual di Tea’Ria. Pelbagai perisa teh dijual disini dan anda juga boleh memilih sama ada inginkan teh beruncang atau teh berdaun.

Teh Kafe Ladang Teh Boh Palas

Coffee Ladang Teh Boh Palas

Selepas kenyang dan puas mengambil gambar di kafe Tea’Ria, anda boleh menuju ke bahagian pameran untuk melihat sejarah penubuhan BOH Plantations dan peralatan yang digunakan untuk memproses daun teh yang telah dipetik.

Untuk pengetahuan pembaca, ladang teh BOH ini telah dimulakan oleh J.A Russell pada tahun 1929. Beliau telah memperolehi tanah di Cameron Highlands yang terletak pada ketinggian 5000 kaki di atas paras laut ini dan menjadikannya sebagai sebuah ladang teh yang pertama di Malaysia di tanah tinggi.

Antara mesin yang dipamerkan di pusat pameran Ladang Teh BOH Sungai Palas.

Mesin Teh

Setelah mengunjungi pusat pameran, anda boleh singgah sebentar di kedai souvenir bagi membeli cenderamata dan teh untuk dibawa pulang ke rumah. Di sini pelbagai jenis teh dijual seperti BOH Tea, BOH Ice Tea, BOH Seri Songket, BOH Teh Tarik dan pelbagai teh BOH berperisa seperti Strawberry Raspberry, Passionfruit Orange, Jasmine Green Tea, Lemon Myrtle dan Peppermint.

Kedai Souvenir Ladang Teh BOH Palas Cameron Highlands

Walaupon terdapat banyak lagi ladang teh di Cameron Highlands, tetapi percutian anda ke Cameron Highlands tidak akan lengkap jika tidak sampai ke Sungai Palas BOH Tea Plantation. Rekebentuk unik bangunan di Ladang Teh BOH Sungai Palas membuatkan ladang ini mesti dikunjungi sekiranya anda bercuti ke Cameron Highlands.

Sungai Palas BOH Tea Plantation juga pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran untuk filem Ombak Rindu.

Sekiranya anda mencari tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highlands, maka luangkan sedikit masa untuk melawat ladang teh ini. Anda pasti akan terpesona dengan keindahan pemandangan yang terdapat di sini.

Ladang Teh BOH Sungai Palas Cameron Highland

BOH Tea Centre Sungai Palas Cameron Highlands

Bagi yang mencari hotel yang berhampiran dengan Sungai Palas BOH Tea Plantation, anda boleh mencuba Hotel Equatorial Cameron Highlands atau Natasya Resort Cameron Highlands. Sekiranya anda inginkan penginapan yang lebih dekat dengan Brinchang anda boleh mencuba Hotel Rosa Passadena, Kavy Hotel Boutique atau Hotel Parkland.

Sungai Palas BOH Tea Plantation di buka dari hari Selasa hingga Ahad dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang. Pusat lawatan ini ditutup pada hari Isnin kecuali pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Untuk sebarang keterangan lanjut anda boleh telefon di nombor 054962096.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

5 comments

  1. Terima kasih coz sudi berkongsi tentang Cameron Highlands…Wilma tak pernah lagi pergi ke sana…If ada rezeki, Wilma nak pergi sana tahun depan ^_^

  2. thank you for sharing the it with us. I have been to Bharrat but not boh. will go next time in Cameron Highlands

  3. wah cantiknya.. xpenah sampai lagi kat sni,kt ladang teh lain dh pgi dh. bulan 3 ni nk pgi sni jugak la,thanks atas maklumat!

    http://pelitahiasan.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge