Home / Holiday / Legend Water Chalets Port Dickson Review

Legend Water Chalets Port Dickson Review

Legend Water Chalets Port Dickson merupakan sebuah resort yang terletak di Lukut, Port Dickson. Port Dickson memang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan bagi warga Kuala Lumpur. Lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur menjadikan ia 1 lokasi pilihan untuk bercuti di hujung minggu. Kali ni saya akan membuat review Legend Water Chalets untuk rujukan anda yang bercadang untuk bercuti ke sana.

Apa yang menariknya tentang resort ni adalah keunikannya yang terletak di atas air. Resort ni mempunyai 2 jenis penginapan yang terletak di Tower atau Water Chalets. Kalau nak sesuatu kelainan, Water Chalet memang pilihan yang menarik disebabkan biliknya yang terletak di atas air.

Untuk percutian kali nie, kami telah memilih Deluxe Water Chalet. Deluxe Water Chalet mempunyai 2 jenis iaitu satu dan dua tingkat. Bilik yang kami pilih ialah jenis dua tingkat tetapi unit kami cuma tingkat bawah je. Tingkat atas ada pelawat lain yang tinggal.

Bilik deluxe disini agak luas dan dilengkapkan dengan balkoni, day bed, lantai kemasan kayu, tv plasma (dengan siaran TV kabel) dan ruang mandi yang luas. Kelengkapan di dalam bilik juga masih dalam keadaan baik, baru dan tidak nampak lusuh.

Bilik Deluxe Legend Water Chalet Port Dickson

Day Bed Di Bilik Deluxe Legend Water Chalet Port Dickson

TV Plasma Dengan Siaran TV Kabel

Ruang mandinya mempunyai bathtub, ruang shower dan juga glass panel yang boleh digunakan untuk melihat air laut di bahagian bawah bilik. Glass panel nie memang merupakan satu ciri yang menarik dan menjadi tempat tumpuan anak saya.

Bathtub Legend water Chalets Port Dickson Shower Legend Water Chalets Port Dickson Glass Panel Legend Water Chalets Port Dickson Balkoni Legend Water Chalets Port Dickson

Setiap bilik di sini dihubungkan oleh rangkaian laluan pejalan kaki yang diberikan nama sebagai panduan untuk pelancong mencari bilik penginapan. Kereta buggy turut disediakan untuk kemudahan penginap disebabkan jarak yang jauh dari lobby hotel ke bilik penginapan. Waktu kami bercuti hari tu, bilik kami terletak di Atlantic Line.

Atlantic Line

Single Storey Legend Water Chalets Port Dickson

Memandangkan resort ni terletak di atas laut, pemandangan dari sini sangat cantik terutamanya ketika matahari terbenam. Bagi yang nak menikmati pemandangan cantik ni, gazebo ada disediakan untuk penginap duduk bersantai melihat matahari terbenam yang indah.

Pemandangan matahari terbenam dari Legend Water Chalets Port Dickson

Suasana malam disini juga cantik dengan lampu yang menghiasi sepanjang koridor menuju ke bilik penginapan.

Pemandangan malam di Legend Water Chalets

Pemandangan malam di koridor Legend

Bercakap pasal sarapan pula, pilihan makanan yang disediakan adalah dari makanan tempatan seperti nasi, ayam, sayuran, mee goreng dan antarabangsa seperti roti, bijiran dan banyak lagi. Boleh dikatakan pilihan yang ada memadai untuk sarapan cuma boleh ditambah lagi untuk mempelbagaikan pilihan kerana kalau nak dibandingkan dengan hotel yang saya pernah pergi di Kuala Lumpur seperti Hotel Concorde, pilihannya adalah jauh lebih banyak. Cuma waktu kami pergi sarapan dah agak lewat dalam pukul 9.15 pagi dan orang pon agak ramai tengah sarapan waktu tu. Makanan pon kebanyakannya dah habis tetapi pihak hotel ada menambah semula makanan yang dah habis tu. Kiranya dapat jugalah kami makan sarapan pagi tu. Kalau tak terpaksa sarapan kat luar lah jawabnya.

Kami menginap disana untuk semalam sahaja memandangkan keesokan harinya kami perlu pulang ke Kuala Lumpur. Harga semalam yang kami bayar untuk bilik Deluxe di Legends Water Chalet adalah RM431 nett termasuk sarapan untuk 2 orang dewasa. Mungkin harga tersebut agak mahal tetapi kualiti bilik dan suasana di resort tersebut ternyata dapat memberikan suatu percutian yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga. Resort ini turut lengkap dengan kemudahan kolam renang, spa, fitness centre, arked permainan video, taman permainan kanak-kanak dan restoran.

Legend Water Chalets Port Dickson

Legend Water Chalets Port Dickson dan Kolam Renang

Selain Legend Water Chalets, hotel ini turut mempunyai 1 lagi rangkaian hotel lain iaitu Legend International Water Homes Port Dickson yang terletak bersebelahan Legend Water Chalets PD.Apa yang menariknya tentang Legend International Water Homes Port Dickson ialah setiap unit di atas laut mempunyai kolam renang di dalam unit tersebut yang dapat memberikan privacy kepada pelancong. Harga yang perlu dibayar untuk unit ni bermula dari RM500++ semalam. Tetapi kalau nak dapatkan harga yang jauh lebih murah, kena datang waktu bukan peak season. Kalau datang waktu musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu memang harganya mahal sikit.

Legend Water Homes Chalet Port Dickson

Legend International Water Homes Chalet Port Dickson

Beginilah rupanya bangunan Legend International Water Chalets dan Legend International Water Homes daripada luar. Resort ni masih dalam keadaan yang baik dan nampak baru.

Legend Water Chalets Port Dickson

Legend International Water Homes Port Dickson

Secara keseluruhannya Legend Water Chalets Port Dickson dapat memberikan pilihan kepada pelancong untuk bercuti dalam suasana yang cantik dan damai serta melupakan sekejap kesibukan hidup di kota. Bagi pengantin yang baru berkahwin pula, dapat menjadikan resort ini sebagai destinasi untuk bulan madu dan menikmati pemandangan yang cantik disini. Resort ni yang agak damai amat sesuai dijadikan sebagai destinasi untuk honeymoon untuk pengantin baru.

Cuma ada satu kelemahan pada resort ni iaitu kekurangan kereta buggy menyebabkan kami terpaksa berjalan kaki membawa beg dari bilik ke lobby yang agak jauh. Asalnya memang seronok sebab dapat bilik yang paling jauh ke laut sebab dapat tengok pemandangan sunset yang cantik tapi bila terpaksa jalan kaki bersama anak dan beg ke lobby yang hampir 300 meter rasanya macam tak seronok pulak.

Bagi yang berminat untuk bercuti di sana bolehlah menghubungi hotel di talian seperti di bawah. Lokasi hotel ni juga mudah dicari iaitu betul-betul bersebelahan dengan Glory Beach Resort Port Dickson. Boleh rujuk pelan dibawah untuk lokasi resort tersebut.
Location Map Legend Water Chalets

Sumber Map : Google Earth

 
The Legend Water Chalets Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia

Tel: 606 653 2000
Website: www.legendwaterchalets.com.my

Koordinat GPS: U 2.550471 T 101.796643

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

54 comments

  1. nice! me pernah stay kat Avillion Water Chalet PD–lebih kurang jer interior deco nya rupanya :)
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!

  2. gua penah wat meeting kat sana..kat sebelah hotel tuh pun penah..glory beach tuh..ok la gak view hotel legend

    • @one2paii :hotel ni memang cantik bro. cuma kena sediakan wangnya :)
      @qistina : memang cantik qistina. kalau nak buat destinasi honeymoon memang sesuai sgt. tak payah pergi luar negara. dlm malaysia pon byk tempat cantik

  3. cantik nyer…. :)
    qistynacorner recently posted..Sejuk Perut

  4. me stay kat Avillion dulu free ajer (me menang contest mamy poko), then me menang plak contest online (voize.my) dpt voucher Avillion PD lagi, me jual sbb tak sempat nak pegi holiday time tu (my dad was ill)..value RM900 me jula RM400 ajer, berebut2 org nak beli siap gaduh2 marah2 kat me hehehhe voucher tu 3d2n :)
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!

    • @mama zharfan: byk tul u menang hadiah voucher. selalu masuk contest ke? kalau ada lebih2 voucher tu bolehlah hulur kat kita. hehe

  5. water chalet yg kat atas tasik pun me pernah stay gak–best gak sbb siap boleh memancing (kalau nak lah)..me stay kat water chalet bukit merah lake town resort :) 3d2n menang contest tv9 :) *just sharing* sbb memang best bila pegi holiday free :)
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!

  6. dah menginap kat sana 2x..memang best.
    kakyon recently posted..juara tersungkur

  7. wah…bestnye!tapi pasti harga pun best!tp kalu sekali sekala xsalah pun kan2..hihi
    tiefazatie recently posted..1st HotzMama Cabutan Amat Bertuah

  8. wah cntik giler ni..cm bkn kt mesia oii
    suzierahman recently posted..My Belle Giveaway

  9. wah terujanye tgk. ntah bilalah bolehgi holiday cuti2 malaysia huhuu
    mama pipie recently posted..Khasiat Teh Hijau aka Green Tea

  10. kena kumpul duit ni bawa anak2 jln2
    joyiman recently posted..Orang umno dan dangdut

  11. simple but nice ! kemas jer..suke tgk :)

  12. Wa, memang cantik la tempat ni.. Entah bila la nak sampai dekat sini

  13. mcm kat Avillion Water Chalet kat PD je..saya penah stay kat sana..tp hotel nie pun nmpk mcm best jer..kene try nie..nk tgk cuti dulu….
    teratakindah recently posted..Terima kasih MrNuffnang!!!

  14. wahhh..cam menarik je legend ni..ni yang buat tak sabar nak balik ni..siap boleh skodeng ikan lg dari dalam bilik..hihi
    has recently posted..My Belle Giveaway

  15. btol2..my dad pun jenis camnie gak..ok la tue..ada gak can nak jalan2 n lepak2 ngn family tcinta..=D..mmg patut pun utk mengeratkan hubungan kan..aiseh..bebel la plak…hihi
    tiefazatie recently posted..1st HotzMama Cabutan Amat Bertuah

  16. very nice room they have.. tapi tak kawin lagi mcm mane nak honeymoon kat sane
    skelertor recently posted..Cameron Highland Trip Picture Gallery

  17. canteklah chalet ni..nampak cantik dan best..lagi satu mcm selesa je tempat ni..
    qellissa recently posted..His birthday video..woohooo..

  18. Hotel nie memang berbaloi,dekat dengan pantai lagi,den selalu gak poie manda-manda kek pantai sea view berdekatan dengan hotl nie..boleh check kat sini.http://kamalmustafa.com/kamal-journal-pantai-sea-view-mengamit-kenangan-lalu.html

  19. chalet ni cantik tapi pantainya ada kurang sikit.
    thomas recently posted..The scenic Kemasik Beach

  20. teringin jugak nk mengidap di hotel ni, cantiknya dok atas laut tu..bestnyer
    sweetsal recently posted..THE POWER OF CHEESE

  21. berminat nak menginap di legend water chalet ni bole contact sy…..012-4892940..
    harga bole dpt murah dr u all direct booking kt hotel…tp kena info sebulan awal….baisala time cuti sekolah ni cpt full…n harga pun melambung…

  22. Good review, well covered. Pernah gak stay kat Legend International (seblah dia tu) ada indoor swimming pool memang rasa taknak kuar dari bilik… best…
    Mila recently posted..Idea Dan Motivasi Berblog!

  23. memang cantik!dah plan nak g tapi masa takde.huhu.tunggu hubby abis kursus.Legend International tu menarik gak kan..ada swimming pool kt dalam..privacy sket.
    farhana recently posted..UPIN IPIN AGENDA YAHUDI

  24. nur amira ahmad yani

    wah………best nyer…..<3
    T_T

  25. memang best..
    bila la berkesempatan nak duk tempat-tempat mahal cmni,
    biasanya kami p sana, back-pack sahaja,
    huuuuuu~
    wansiti recently posted..GA Novel dari Mr Gidan E-Shop- best wooOooo! Nak novel!

  26. mmber ana ex-chef in this hotel ^^
    terbaeklah ^^
    anamizu recently posted..♥durex VS condom♥

  27. wow…banyaknya komen!

  28. cantik..lama tak ke PD.

    :-)
    cheqna recently posted..Almond London – the discovery

  29. singgah sini pulak huhu
    bee recently posted..Mari Mengundi

  30. whoaa.tempat fevret iki nie.HAHA.every year la pergi TLWC.this school holiday pun iki ade pegi jugak. hiks.lawa tempat dye :)
    ikiketetel recently posted..header

  31. salam.tq for this info.plan nk pergi on this coming raya haji.mmg teruja tgok gbr2 di sini.tak sabar nk pg…hihi
    chempaka recently posted..PELABURAN KIJANG EMAS DI MAYBANK

  32. Cantik tempat ni,tak pernah tinggal di sini,
    tapi rajin ambil gambar di pantai sebelah.

  33. hotel ni still available lagi tak untuk bulan sept ni? ingat nk g holiday kat sini. mcm menarik je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge