Lerk Thai AEON Jusco AU2
Bagi penggemar makanan Thai, Lerk Thai di Jusco AU2 merupakan sebuah lagi destinasi menarik yang boleh dituju untuk menikmati makanan dari negeri gajah putih. Lerk Thai menyajikan pelbagai makanan asli Thai yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis rempah dan herba.
Menu yang terdapat di sini menggabungkan makanan asli dari Thai dan juga mempunyai sedikit pengaruh dari barat.
Antara makanan yang telah kami cuba ialah Deep Dry Garoupa (RM48). Ikannya digoreng rangup dan tidak menjemukan.
Tidak akan lengkap kalau makan makanan Thai tanpa Green Curry. Green Curry Chicken ni berharga RM16.
Kami turut mencuba Grilled Chicken (RM18). Keunikan grilled chicken ni ia disajikan dengan cara sizzling.
Kami turut mencuba ayam berserta sos lemon (RM15). Ayam ini digoreng bersalut tepung dan disertakan dengan lemon.
Salad mangga (RM10). Sesuai bagi penggemar mangga.
Sayur campur ni berharga RM16. Mungkin harganya sedikit mahal berbanding restoran makanan Thai lain.
Hotplate Beancurd (RM16) merupakan sejenis lagi hidangan yang disajikan secara sizzling.
Telur dadar berinti ketam (RM18) nampak macam telur dadar biasa. Tapi rasanya unik kerana mempunyai inti ketam didalamnya. Sesuai bagi yang inginkan sesuatu berbeza.
Suasana dalam Lerk Thai amat selesa dengan dekorasi yang moden. Tempat ini sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan untuk menyambut hari istimewa bersama ahli keluarga dan juga sahabat handai.
Secara keseluruhannya makanan disini sedap dan boleh memenuhi citarasa penggemar makanan Thai asli. Pilihan makanan yang terdapat disini agak banyak sampaikan kami tidak sempat untuk mencuba tomyam disini. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding harga standard makanan Thai di warung, anda dapat menikmati makanan anda dalam suasana yang selesa.
Selain Aeon Jusco AU2, Lerk Thai turut mempunyai cawangan di AEON Tebrau City Johor Bahru dan AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre.
Lerk Thai AEON Jusco AU2
Jalan Setiawangsa 37/56,
Kuala Lumpur
Phone : 03 4252 5055
Koordinat GPS: U 3.178223 T 101.750367











Facebook
Amboi….telur dadar berinti ketam aje RM 18…fuhh sekali2 makan takpe kalau selalu…huhuhu botak kepala.
Kamal Mustafa recently posted..Wordless Wednesday 4 | Ladang Teh Cameron Highland