Home / Holiday / The Leverage Business Hotel Rawang – Hotel Review

The Leverage Business Hotel Rawang – Hotel Review

Dalam ruangan percutian kali ini, kami ingin kongsikan review hotel Leverage Business Hotel Rawang dengan anda. Info ini mungkin dapat membantu sekiranya anda merancang perjalanan ke Rawang.

Urusan kerja telah membawa kami ke Rawang dan setelah kami recce beberapa hotel kami telah memilih Leverage Business Hotel Rawang sebagai tempat penginapan kami. Disebabkan urusan kerja kami tidak lama dan bukanlah satu percutian bersama keluarga, maka kriteria pemilihan hotel kami hanyalah tiga iaitu harga bilik yang tidak mahal, dekat dengan kedai makan dan bilik yang selesa. Setelah membelek laman web Agoda, The Leverage Business Hotel Rawang menepati kriteria kami.

Leverage Business Rawang Hotel Bajet

Harga bilik superior king yang murah membuatkan kami memilih hotel ini. Dengan harga dari RM84++, kami rasakan harganya agak berpatutan kerana bilik ini turut dilengkapi dengan internet wifi percuma, tv lcd dengan siaran astro, penghawa dingin dan botol air mineral percuma.

Sampai sahaja kami disana urusan check-in bilik berjalan dengan pantas dan tanpa masalah. Ruang menunggu turut disediakan sekiranya anda tiba pada waktu peak hour.

Lobby Leverage Rawang

Tanpa membuang masa kami pon masuk ke bilik untuk berehat sebentar. Saiz biliknya sedikit kecil dan bagi yang datang bersama anak-anak mungkin akan merasa kurang selesa sedikit. Walaubagaimanapon dengan harga bilik hotel yang murah, kami tidak rasa ianya menjadi satu masalah.

Superior King Leverage Rawang

Biliknya juga selesa dengan hiasan dalaman yang moden dan penghawa dinginnya juga sejuk. Membuatkan anda terasa seperti sedang menginap di hotel tiga bintang walaupon sebenarnya hotel ini hanyalah hotel bajet. Tilamnya juga empuk dan sedap yang membuatkan kami tidur nyenyak.

Leverage Rawang Budget Hotel

Cerek air elektrik turut disediakan di dalam bilik untuk memudahkan anda mendapatkan air panas. Disamping itu, pilihan pelbagai siaran Astro dari channel sukan, filem dan hiburan mampu menghilangkan sebentar kebosanan anda di bilik.

Leverage Business Hotel Room

Tuala turut disediakan di dalam bilik. Jadi tidak perlulah untuk risau sekiranya anda tidak membawa tuala dari rumah.

Leverage Rawang Business Hotel

Walaupon hotel ini diubahsuai dari deretan lot kedai, anda tidak perlu risau untuk mengangkat beg menggunakan tangga kerana hotel ini turut dilengkapkan dengan lif.

Lif Budget Hotel Rawang

Ruang letak kereta disediakan di hadapan lot kedai dan sepanjang kami berada di sana tidak mempunyai masalah mendapatkan tempat parking. Mencari makanan disini tidak susah kerana terdapat pelbagai pilihan kedai makan disini dari restoran mamak atau restoran tomyam seafood. Sekiranya anda inginkan tempat makan berhawa dingin, Tesco Rawang terletak bersebelahan dengan deretan kedai di sini. Disana terdapat banyak pilihan kedai makan seperti KFC atau kopitiam.

Keseluruhannya dengan harga yang kami bayar, tidak ada banyak sangat keluhan dari kami. Dengan harga yang murah dan bilik yang selesa, kami rasakan ini antara hotel bajet yang terbaik di Rawang. Kami berpuas hati dan mungkin akan memilih lagi hotel ini sekiranya datang semula ke Rawang.

 

The Leverage Business Hotel Rawang
No.A-23A, Jalan Reef 1/1,
Pusat Perniagaan Reef, Rawang,
48000, Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.303753 T 101.595628

Dalam ruangan percutian kali ini, kami ingin kongsikan review hotel Leverage Business Hotel Rawang dengan anda. Info ini mungkin dapat membantu sekiranya anda merancang perjalanan ke Rawang. Urusan kerja telah membawa kami ke Rawang dan setelah kami recce beberapa hotel kami telah memilih Leverage Business Hotel Rawang sebagai tempat penginapan kami. Disebabkan urusan kerja kami …

Review Overview

Layanan
Fasiliti
Bilik
Lokasi
Harga

Berbaloi

Summary : Sesuai bagi yang mencari bilik hotel yang murah dan selesa. Biliknya juga mempunyai design yang moden.

User Rating: Be the first one !
66

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge