Home / Foods / Mak Tim Nasi Beriani Gam – Sajian Asli Warisan Johor

Mak Tim Nasi Beriani Gam – Sajian Asli Warisan Johor

Kalau cakap pasal nasi beriani, Mak Tim Nasi Beriani Gam memang antara tempat yang paling top di Keramat. Mak Tim terkenal dengan taglinenya Sajian Asli Warisan Johor dan menyajikan pelbagai hidangan asli dari negeri Johor. Antara menu yang top disini adalah nasi beriani gam kambing, nasi beriani gam daging, nasi beriani gam ayam, mee bandung muar dan murtabak singapore. Biasanya kalau nak makan nasi beryani gam ni kena tunggu kenduri majlis perkahwinan orang Johor tapi sekarang tidak susah lagi untuk mencari nasi beryani gam.

Apa yang menariknya disini semua hidangan nasi beryani dan nasi tomato dijual pada harga RM10. Tapi kalau makan nasi tomato rugilah sebab nasi beryani gam ni special sikit rasanya. Kalau dibandingkan harga nasi beriani Mak Tim dengan nasi beriani Ruz Aladdin dan JM Bariani House memang harga nasi beryani Mak Tim murah sikit.

Waktu kami tiba di restoran Mak Tim masih tak ramai lagi pelanggan. Tapi yang tak bestnya kami kena tunggu agak lama sebelum ada pelayan datang bawakan menu. Macam pelayan kat situ buat-buat tak nampak kita. Kalau nak bagi rating untuk perkhidmatan pelanggan memang gagallah Mak Tim ni.

Bila dah dapat menu kami pon orderlah nasi beriani gam ayam, nasi beriani gam kambing, papadom, sirap bandung dan murtabak singapura. Semua yang kami order ada kecuali murtabak singapura. Kempunan nak merasa murtabak singapore sebab murtabak ni cuma ada sebelah petang.

Nasi beriani gam ayam

Nasi beriani gam kambing

Papadom

Sirap bandung ni memang tak boleh miss kalau makan nasi beriani gam.

Nasi beriani gam Mak Tim memang tidak menghampakan dan mengubat kecewa layanan pelayan yang tidak memuaskan. Cuma portion hidangannya sikit. Kalau dapat upgrade portion hidangannya jadi besar sikit mungkin lebih berbaloi.

Bagi yang ingin menikmati sajian asli warisan Johor bolehlah mengunjungi Mak Tim Nasi Beriani Gam yang terletak berhampiran dengan Bulatan AU2 Keramat. Restoran ini mudah untuk dikunjungi kerana dihubungkan dengan pelbagai rangkaian jalanraya utama seperti MRR2, lebuhraya DUKE dan AKLEH.

 
Mak Tim Nasi Beriani Gam – Sajian Asli Warisan Johor
2, Jalan AU 2C/8,
Taman Desa Keramat,
54200 Kuala Lumpur,

Koordinat GPS: U 3.179065 T 101.754897

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

9 comments

  1. salam bro ishak, wah nampk menarik. telan air liur. glup3 tgk.hihi

  2. memang terkenal restoren datin fatimah ni….
    nasi beriani gam memang femes kat johor terutama di area batu pahat dan muar. Saya baru jer upload pics masa makan beriani gam kat Tangkak…bagi saya yg paling best tapi kurang dikenali.
    Senang2 tu singgah la yer blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
    Nanti follow yer blog saya TQ TQ TQ

  3. tapi memang nampak pun portion dia kecil….patutla rm10 je…hehe

  4. mmg pelayan kat mak tim ni hampehh sgt!

    • nampaknya x improve lagilah customer service mak tim from my last visit to the restaurant. too bad lah kalau camtu. perhaps that area not much restaurant offering johor food macam nasi beriani and etc. so customer no choice but pglah juga walaupon service hampeh.

  5. Assalamualaikum

    nmpk dh xda gerai mak tim ni… dh pindah ke? Boleh tahu d mana tmpt baru nya? Dh rindu nk mkn martabak spore yg lazat tu…

    • Wa’alaikumussalam. Gerainya dah berpindah ke setiawangsa kalau tidak silap saya. Ada ditampal notis berpindah di gerai lamanya. Tapi x pasti dimana gerai barunya sebab belum pernah cuba di lokasi baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge