Home / Foods / Makan di Jusco AEON AU2 @ Rock Salt Grill & Coffee

Makan di Jusco AEON AU2 @ Rock Salt Grill & Coffee

Mencari idea nak makan mana di Jusco AEON AU2 Setiawangsa? Kali ini kami telah memilih untuk mencuba makanan di restoran Rock Salt Grill and Coffee yang terletak di tingkat bawah Jusco Setiawangsa.

Sebenarnya dah beberapa kali saya ke AEON AU2 dan apa yang saya perasan ada beberapa restoran yang telah ditutup disini. Seingat saya dulu ada restoran fast food Wendy’s dan Sakura Kristal di Jusco AEON AU2 tetapi sekarang Wendy’s dan Sakura Kristal dah tutup. Kenapa tutup saya pon tak pasti.

Berbalik pada makanan di restoran Rock Salt Grill and Coffee, ianya menyajikan pelbagai jenis makanan dari Middle East, Pakistan dan makanan western. Untuk makan tengahari kali ini, kami telah mencuba beberapa makanan Pakistan dan Arab.

Peshawari Chicken Karahi

Peshawari Chicken Karahi ini merupakan sejenis masakan dari utara Pakistan dan dimasak dengan menggunakan rempah. Rasanya agak sedap dan setiap hidangan ayam ini akan dihidangkan bersama dengan Nasi Mandi. Sepinggan Peshawari Chicken Karahi berharga RM19.50.

Nasi Ayam Mandi

Nasi Ayam Mandi memang sudah tidak asing lagi dengan penggemar makanan Arab. Makanan yang berasal dari Yemen ini dihidangkan bersama dengan nasi Arab dan sos pudina halia. Sepinggan Nasi Ayam Mandi berharga RM15.50. Secara peribadi saya lebih suka Nasi Ayam Mandi di restoran Saba cawangan Cyberjaya.

Chicken Butter

Chicken butter ini pula merupakan sejenis lauk kari ayam yang dihidangkan dengan Nasi Mandi. Hidangan chicken butter ini berharga RM11. Beras yang digunakan untuk menghasilkan nasi mandi datang daripada beras yang berkualiti tinggi.

Rock Salt Grill and Coffee Nasi Beriani Mandi

Secara keseluruhannya masakan disini tidak mengecewakan. Sekiranya anda kesini untuk mencuba makanan disini, kami menyarankan anda untuk mencuba sajian dari Pakistan seperti Peshawari Chicken Karahi.

Sekiranya anda bertanya adakah kami akan datang lagi kesini, sudah pasti kami akan datang semula kesini. Walaupon harga makanan disini mungkin sedikit mahal dari biasa, tetapi kepelbagaian menu yang terdapat disini membuatkan kami ingin datang semula kesini untuk mencuba makanan lain. Banyak makanan lain yang turut disajikan disini seperti lamb chop, ayam panggang, kebab, sandwich, kabsa, spaghetti dan pizza. Yang merisaukan kami adakah restoran ini mampu terus bertahan disini kerana dah banyak restoran yang telah menutup operasi disini.

Jika anda ingin makan di restoran ini, anda boleh pergi ke Jusco AEON AU2 yang terletak di Setiawangsa. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10.30 malam.


Rock Salt Grill and Coffee
AEON AU2 Setiawangsa,
Lot G30 & G35, Ground Foor,
No. 6 Jalan Taman Setiawangsa,
Jalan 37/56, AU2 Taman Keramat,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-42666532

Koordinat GPS: U 3.177834 T 101.750331

Mencari idea nak makan mana di Jusco AEON AU2 Setiawangsa? Kali ini kami telah memilih untuk mencuba makanan di restoran Rock Salt Grill and Coffee yang terletak di tingkat bawah Jusco Setiawangsa. Sebenarnya dah beberapa kali saya ke AEON AU2 dan apa yang saya perasan ada beberapa restoran yang telah ditutup disini. Seingat saya dulu …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Restoran ini menyajikan pelbagai menu makanan dari Pakistan, Arab dan Barat. Untuk kelainan, anda boleh mencuba sajian makanan dari Pakistan.

User Rating: 2.65 ( 1 votes)
60

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge