Home / Holiday / Alor Setar / Makanan Sedap di Alor Setar Kedah : Tat Nasi Ayam

Makanan Sedap di Alor Setar Kedah : Tat Nasi Ayam

Kami ingin berkongsi dengan anda makanan yang sedap di Alor Setar, Kedah iaitu Tat Nasi Ayam. Pertama kali kami mencuba nasi ayam ini adalah atas rekomendasi dari kenalan kami. Seperti yang tertulis pada namanya, tempat makan ini menyajikan nasi ayam sebagai sajian utamanya. Telah beroperasi lebih dari 13 tahun, restoran ini memang popular di kalangan warga Alor Setar kerana rasanya yang sedap dan lazat.

Tat Nasi Ayam Alor Setar Makanan Sedap Kedah

Sepanjang penulis berada di Tat Nasi Ayam, dapat dilihat pengunjung tidak putus-putus datang membeli nasi ayam bungkus untuk dibawa pulang ke rumah untuk makan malam. Untuk sesi makan kali ini, kami telah memilih nasi ayam golek dan nasi ayam biasa untuk kami cuba.

Tat Nasi Ayam Golek Makanan Sedap Kedah

Tat Nasi Ayam Golek didatangkan dengan sepinggan ayam golek berserta dengan sambalnya. Rasanya boleh tahan dan memberikan sedikit kelainan.

Tat Nasi Ayam Goreng Makanan Sedap Alor Setar

Tat Nasi Ayam biasa pula didatangkan dengan sepinggan ayam yang dicurahkan sambal diatas ayamnya. Diantara dua set ini penulis lebih suka pada nasi ayam biasa. Tetapi ini hanyalah pandangan peribadi penulis kerana penulis bukanlah peminat ayam golek sangat.

Tat Nasi Ayam Sedap

Ini adalah pertama kali kami mencuba tat nasi ayam kerana sebelum ini kami lebih banyak didedahkan dengan nasi ayam hainan yang lebih mirip kepada masakan ala cina. Tidak dapat dinafikan tat nasi ayam memberikan sedikit kelainan kepada penggemar nasi ayam dengan lebih menekankan kepada penggunaan sambalnya kerana kebiasaannya orang melayu gemarkan makanan yang pedas. Rasa supnya juga boleh tahan dan rasa nasinya juga sedap.

Servis disini juga agak cepat dan anda tidak perlu menunggu lama untuk makanan sampai. Harga satu set nasi ayam yang dikenakan ialah RM4.50 dan bagi kami harganya agak berpatutan. Pemilik restoran ini turut memaklumkan walaupon restoran ini berdaftar dengan kastam untuk GST, namun setiap caj 6% GST untuk nasi ayam di premis ini akan ditanggung oleh restoran. Anda boleh menjamu selera dengan tenang tanpa perlu fikir untuk membayar caj GST apabila makan disini kerana semuanya akan ditanggung oleh restoran.

Selain itu,saiz hidangan nasi ayam disini juga mengenyangkan. Walaubagaimanapon sekiranya anda makan disini mungkin sedikit kurang selesa disebabkan keadaan yang panas.

Bagi yang ingin mencuba tat nasi ayam, restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 2.00 pagi. Kami juga dimaklumkan bahawa restoran ini mempunyai beberapa cawangan di tempat lain seperti di Pulau Pinang, Shah Alam, Wangsa Maju, Subang Bestari dan Bukit Jalil. Walaubagaimanapon kualiti makanan, harga makanan dan servis di cawangan francais kami tidak dapat sahkan kerana kami belum pernah mencubanya.

 

Tat Nasi Ayam Alor Setar
No 22, Tingkat Bawah,
Kompleks Perniagaan Utama,
Jalan Sultanah Sambungan,
05350 Alor Setar, Kedah
Tel : 047414472

Koordinat GPS: U 6.142887 T 100.365308

Kami ingin berkongsi dengan anda makanan yang sedap di Alor Setar, Kedah iaitu Tat Nasi Ayam. Pertama kali kami mencuba nasi ayam ini adalah atas rekomendasi dari kenalan kami. Seperti yang tertulis pada namanya, tempat makan ini menyajikan nasi ayam sebagai sajian utamanya. Telah beroperasi lebih dari 13 tahun, restoran ini memang popular di kalangan …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Harga nasi ayam yang berpatutan dan rasanya yang sedap membuatkan kami ingin datang semula untuk mencuba lagi.

User Rating: 3.2 ( 2 votes)
70

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge