Home / Foods / Mee Rebus Hj Wahid : Tempat Makan Sedap di Johor

Mee Rebus Hj Wahid : Tempat Makan Sedap di Johor

Johor mempunyai beberapa tempat makan sedap yang harus anda singgah. Antara tempat yang best untuk anda makan ialah Mee Rebus Hj Wahid. Restoran mee rebus ini memang sudah tidak asing lagi dengan warga tempatan sehinggakan warga Singapura juga turut mengenali nama sajian ini dan tidak terkecuali untuk menikmati hidangan ini apabila berkunjung ke Johor Bahru. Maka tidak hairanlah Mee Rebus Hj Wahid adalah antara mee rebus yang paling famous di JB.

Sejarah Mee Rebus Hj Wahid bermula pada tahun 1919 apabila Wak Baidali mula menjualnya di Johor dan perniagaannya diambil alih oleh anaknya, Hj Wahid pada tahun 1938. Kini, di Johor sahaja terdapat beberapa cawangan seperti di Taman Rinting, Plaza Angsana, Terminal Bas Larkin, Kampung Melayu dan Tepian Tebrau. Selain itu, mee rebus ini juga boleh dinikmati di Lembah Klang iaitu di medan selera Presint 9, Putrajaya dan Warong Aji-Don Alley Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Pemburuan kami hari ini membawa kami ke cawangan Taman Rinting. Cawangan Taman Rinting adalah merupakan sebuah restoran, tidak seperti di Plaza Angsana atau pon Tepian Tebrau yang merupakan medan selera. Disini juga anda tidak perlu beratur seperti di Plaza Angsana dimana anda boleh duduk di meja dan menunggu pelayan mengambil order anda.

Bila dah sampai ke sini sudah tentulah pilihan pertama haruslah mee rebus. Sepinggan mee rebus ini berharga RM4.30.

Mee Rebus Hj Wahid Sedap JB

Apa yang membuatkan mee rebus disini istimewa adalah kuah kentangnya yang pekat serta taburan keropok rangup di atasnya. Keunikan keropok rangup yang digunakan didalam sajian ini membuatkan mee rebus ini berbeza dengan mana-mana sajian mee rebus yang lain. Selain itu, untuk melengkapkan ramuan Mee Rebus Hj Wahid adalah hirisan lada hijau, tauge, bawang goreng serta telur pindang. Bagi yang inginkan perisa tambahan bolehlah perah hirisan limau nipis yang disertakan sekali dalam pinggan.

Selain mee rebus, anda juga boleh mendapatkan makanan lain seperti nasi ayam disini. Nasi ayam disini bolehlah tahan rasanya tetapi sekiranya anda dah sampai ke sini haruslah anda mencuba mee rebus kerana inilah signature dish restoran ini.

Nasi Ayam JB

Kunjungan kami kali ini ternyata tidak menghampakan dan mee rebus yang disajikan disini masih kami anggap antara yang terbaik pernah kami rasa. Harganya juga berpatutan dengan saiz hidangan yang berpadanan dengan harganya.

Bagi yang ingin mencuba mee rebus di cawangan Taman Rinting, lokasi restoran ini mudah untuk dicari kerana ianya terletak di deretan rumah kedai bersebelahan dengan Pasaraya Mydin dan lebih kurang 25 minit memandu dari Johor Bahru. Walaubagaimanapon, jika anda inginkan lokasi yang lebih dekat dengan Johor Bahru, anda bolehlah singgah ke cawangan Plaza Angsana, Terminal Bas Larkin atau Tepian Tebrau.

Bagi warga KL, berita baik untuk anda kerana cawangan restoran ini telah dibuka di Warong Aji-Don Alley Plaza Damas untuk anda mencuba sendiri mee rebus famous dari Johor ini.

Mee Rebus Hj Wahid

Sekiranya anda tidak mahu terlepas perkongsian tempat-tempat makan yang menarik di sekitar Malaysia, anda boleh like laman facebook KL Urbanite.

 

Mee Rebus Hj Wahid – Cawangan Taman Rinting
No 63, Jalan Sena 9, Masai,
81750 Johor

Koordinat GPS: U 1.490458 T 103.867746

Johor mempunyai beberapa tempat makan sedap yang harus anda singgah. Antara tempat yang best untuk anda makan ialah Mee Rebus Hj Wahid. Restoran mee rebus ini memang sudah tidak asing lagi dengan warga tempatan sehinggakan warga Singapura juga turut mengenali nama sajian ini dan tidak terkecuali untuk menikmati hidangan ini apabila berkunjung ke Johor Bahru. …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Antara mee rebus yang terbaik pernah kami rasa. Destinasi makan yang harus anda kunjungi sekiranya anda sampai ke Johor Bahru.

User Rating: Be the first one !
73

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge