Home / Foods / Asian / Mee Udang Banjir Kuala Selangor Yang Sedap

Mee Udang Banjir Kuala Selangor Yang Sedap

Anda pernah makan Mee Udang Banjir Kuala Selangor ? Kali ini kami ingin kongsikan satu kedai makan yang pernah dipaparkan dirancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3. Kedai yang dimaksudkan ialah Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor. Sajian mee udang di kedai ini memang terkenal dengan penduduk setempat kerana udangnya yang segar dan rasa yang sedap. Sebelum ke kedai makan, kami telah menyemak komen-komen di website dan kebanyakannya memuji mee yang disajikan disini.

Kini tiba masa untuk kami merasa sendiri sama ada benar komen-komen tersebut atau sekadar hype semata-mata. Untuk sampai ke Kuala Selangor tidak susah lagi dengan adanya LATAR. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Bagi yang rasa tidak berbaloi untuk membuat day trip ke sini, bolehlah lajakkan sedikit perjalanan anda ke Sekinchan dan tinggal semalam di homestay menarik bersebelahan sawah padi.

Setibanya kami disana, pelanggan tidak berapa ramai kerana kami memang sengaja datang pada waktu bukan peak hour. Dekorasi kedai makannya juga adalah simple dan tipikal seperti kedai makan yang terdapat di kampung atau pekan. Tetapi jangan biarkan rekabentuk restoran ini mempengaruhi anda kerana apa yang istimewanya disini ialah mee udangnya.

Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Antara pilihan mee udang yang ada, kami memilih untuk mencuba mee udang banjir. Servis pon cepat dan kami tidak perlu menunggu masa yang lama untuk makanan sampai. Mee udang yang sampai pon dalam keadaan yang panas dan membangkitkan selera kami.

Mee Udang Banjir Sedap

Apa yang membezakan mee udang banjir dengan mee udang biasa adalah bilangan udang yang digunakan dalam sajian serta tiadanya telur dalam mee udang biasa. Memang banyak betul udang dalam mee banjir kami, ada lebih kurang 6 biji semua sekali. Yang pastinya udang yang digunakan adalah segar dan besar-besar belaka. Memang berbaloi makan disini.

Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Seperti yang telah kami ceritakan di awal entry ini, restoran ini pernah dikunjungi oleh krew JJCM pada tahun 2013.

Pilihan TV3 Jalan Jalan Cari Makan JJCM

Restoran Mee Udang Banjir telah beroperasi lebih dari 10 tahun dan terbuktilah makanan disini memang sedap dan bukan hype semata-mata. Kalau tidak manalah mungkin restoran ini boleh bertahan lebih dari 10 tahun. Keseluruhannya kami boleh katakan rasa mee udang banjir di sini memang sedap dan berbaloilah kami singgah ke sini. Walaupon harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan dengan mee biasa, tetapi harus diingat udang yang digunakan adalah besar dan juga segar. Kami tidak berapa kisah sangat kalau harganya mahal sedikit asalkan kualitinya ada dan berbaloi dengan harganya.

Bagi yang ingin ke sini, restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi hingga 11.30 malam kecuali hari Jumaat. Landmark paling mudah untuk tahu lokasi restoran ini adalah ianya terletak di sebelah kanan jalan sekiranya anda datang dari arah Kuala Lumpur, sebelum anda sampai restoran McDonald’s dan stesen minyak Shell.

Sekiranya anda tidak mahu terlepas entri terbaru kami, anda boleh Follow atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

 

Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor
Jalan Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor, Selangor

Koordinat GPS: U 3.328468 T 101.259534

Anda pernah makan Mee Udang Banjir Kuala Selangor ? Kali ini kami ingin kongsikan satu kedai makan yang pernah dipaparkan dirancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3. Kedai yang dimaksudkan ialah Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor. Sajian mee udang di kedai ini memang terkenal dengan penduduk setempat kerana udangnya yang segar dan rasa yang sedap. …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Rasa yang enak dengan udang yang segar membuatkan mee udang banjir ini satu hidangan yang mesti anda cuba.

User Rating: 3.55 ( 1 votes)
73

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge