Mencari Bahan Kuih Raya dan Kek di Pusat Bekalan Bakeri Bagus

Hari ni sangatlah sibuk dengan pelbagai aktiviti shopping dari Ampang sampai lah ke Melawati. Dan seperti biasa, bulan Ramadhan ni ramai yang sibuk nak buat kuih raya.Di sini saya nak kongsi satu maklumat sekiranya anda ingin tahu di mana untuk mendapatkan bahan untuk membuat kuih raya atau pun kek. Saya tahu tempat ni pon sebab saya temankan isteri mencari bahan-bahan untuk membuat kuih raya dan kek keju.

Bagi yang mencari one stop solution untuk mencari segala bahan untuk membuat kuih atau kek, boleh lah pergi ke Pusat Bekalan Bakeri Bagus di Taman Melawati. Harganya pon lebih murah selepas dibuat perbandingan dengan hypermarket. Kalau malas nak pergi banyak kedai, datang je kat kedai ni sebab hampir semuanya ada dari krim, kacang, acuan dan banyak lagi. Dapat jimat masa dan tenaga lebih-lebih di bulan Ramadhan.

Waktu saya pergi tadi pon, kedai tu tak putus-putus dengan pelanggan. Mungkin yang meniaga buat kuih raya pon beli bahan untuk buat kuih raya kat sana :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

2 Responses to “Mencari Bahan Kuih Raya dan Kek di Pusat Bekalan Bakeri Bagus”

  1. timoat says:

    so bilanya nak start buat kuih?yummm yummmmm

  2. sharn says:

    insyaAllah, weekend nih nk start pulun buat kuih raya..really can’t wait..after 3 years “cuti” buat kuih raya..hehehe

Leave a Reply

CommentLuv Enabled