Home / Foods / Burger Bakar / Mencari Burger Bakar Paling Sedap : Rawang Burger Bakar

Mencari Burger Bakar Paling Sedap : Rawang Burger Bakar

Misi untuk mencari burger bakar paling sedap dan best di KL dimulakan dengan Rawang Burger Bakar. Dengan lebih 50 cawangan di seluruh Malaysia, Rawang Burger Bakar merupakan antara franchise burger bakar terbesar di Malaysia. Gerai utamanya terletak di Wangsa Maju berhampiran dengan AEON BIG Wangsa Maju. Persoalan yang lebih penting adakah burger bakar disini memang sedap dan terbaik di antara banyak-banyak brand burger bakar yang lain?

Apabila kami sampai ke sini tiada lagi kelihatan barisan yang panjang beratur untuk membeli burger bakar. Mungkin juga line tidak panjang sebab kami datang pada waktu yang tidak sibuk. Selepas melihat menu kami pon memilih beberapa jenis burger bakar untuk kami makan. Pujian harus diberikan kepada RBB di atas kreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai nama yang unik untuk burger bakar mereka seperti Hotshot, Madu Tiga, Ombak Rindu, Double Riang dan KLCC.

Rawang Burger Bakar Best

Dari segi masa menunggu, makanan kami sampai dalam masa 10 minit selepas order dibuat. Agak cepat bagi burger bakar. Selalunya berjam-jam kena menunggu kalau nak dapatkan burger bakar.

Burger pertama yang sampai ialah Hotshot. Untuk hotshot kami telah memilih daging sebagai inti burgernya.

Hotshot Rawang Burger Bakar

Dari segi saiznya nampak macam tidak berapa besar. Burger bakar standard disini didatangkan tanpa keju. Anda boleh request keju untuk ditambah pada burger bakar dengan bayaran tambahan RM1. Hotshot dengan keju ini berharga RM8.

Burger yang kedua pula ialah Double Riang. Untuk Double Riang, kami masih memilih daging dan keju sebagai bahannya.

Double Riang Rawang Burger Bakar Wangsa Maju

Apa yang membezakan Double Riang dengan Hotshot adalah pada bilangan daging burgernya. Double Riang mempunyai dua daging burger berbanding satu daging burger pada Hotshot. Double Riang ini dijual pada harga RM14 berserta dengan keju. Harganya agak mahal tetapi sesuai untuk yang mempunyai selera besar.

Dan yang terakhir sekali ialah KLCC. Bila sebut sahaja KLCC pasti akan ada tanggapan bahawa burger ini akan tinggi. Cuba lihat pada gambar di bawah untuk jawapannya.

KLCC Burger Bakar Sedap

Memang burger KLCC tinggi kerana burger ini mempunyai tiga lapisan daging burger. Kalau Double Riang tidak cukup mengenyangkan, anda boleh cuba burger KLCC. Burger KLCC ini dijual pada harga RM20 berserta dengan keju. Sekiranya anda nak mix and match antara daging ayam dengan lembu, anda boleh request dengan sedikit bayaran tambahan. Untuk burger KLCC kami telah mencampurkan antara daging ayam dan lembu.

Selepas mencuba ketiga-tiga burger tadi, kami merasakan bahawa daging burger disini tidak terlalu keras dan mempunyai pati yang mencukupi sebagai ramuan untuk menaikkan rasanya. Walaubagaimanapon kami merasakan bahawa burger disini kurang jusnya yang membuatkan burger disini sedikit kering. Kami juga menyarankan anda untuk memilih daging lembu berbanding daging ayam sebagai intinya kerana kami berpendapat daging lembu disini lebih sedap berbanding daging ayam.

Dari segi harganya mungkin agak mahal berbanding burger warung tepi jalan atau fast food chain, tetapi burger bakar masih menawarkan suatu kelainan terutamanya bagi peminat makanan grill.

Kesimpulannya adakah Rawang Burger Bakar adalah yang paling best di KL? Secara jujurnya saya pernah rasa burger bakar lain yang lebih sedap berbanding Rawang Burger Bakar. Tetapi rasa RBB masih ok dan saya akan kesini sekiranya saya inginkan servis yang cepat.

Bagi yang ingin ke Rawang Burger Bakar cawangan Wangsa Maju, ianya terletak di persimpangan empat Wangsa Maju berhadapan dengan Affin Bank. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 6 petang hingga 2 pagi.

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Rawang Burger Bakar Wangsa Maju
Jalan 1/27F
Wangsa Maju
53000, Kuala Lumpur,

Koordinat GPS: U 3.197137 T 101.745253

Misi untuk mencari burger bakar paling sedap dan best di KL dimulakan dengan Rawang Burger Bakar. Dengan lebih 50 cawangan di seluruh Malaysia, Rawang Burger Bakar merupakan antara franchise burger bakar terbesar di Malaysia. Gerai utamanya terletak di Wangsa Maju berhampiran dengan AEON BIG Wangsa Maju. Persoalan yang lebih penting adakah burger bakar disini memang …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Servis yang cepat dan pelbagai pilihan burger bakar dalam menu

User Rating: 1.36 ( 4 votes)
70

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

4 comments

  1. Nampak best tp besau sgt la.mcm x larat nak makan

  2. Belum pernah try lagi..memang betoi2 sedap ke?
    eyriqazz recently posted..Bahaya ke Identiti Dicuri?

    • bolehlah rasanya. nak kata sedap sampai menjilat jari takdelah kot. but one thing i like about this place is their service. super fast.

  3. Sy dh try 4 burger bakat. RBB still the best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge