Home / Foods / Mencari Ikan Bakar Sedap di KL : Ikan Bakar Pak Din Tanglin

Mencari Ikan Bakar Sedap di KL : Ikan Bakar Pak Din Tanglin

Pasti ramai yang tertanya-tanya di mana nak dapatkan ikan bakar yang sedap di KL? Ikan Bakar Pak Din yang terletak di medan selera Tanglin memang terkenal di kalangan warga kota dan pelancong dari negara luar juga pernah sampai ke sini. Sekiranya anda datang ke sini pada waktu lunch hari bekerja, anda pasti dapat melihat orang yang ramai menjamu selera di sini. Begitulah hebatnya penangan ikan bakar Pak Din.

Apa yang sebenarnya sedap sangat dengan ikan bakar Pak Din? Bagi kami, sos pencicah yang digunakan untuk ikan bakarnya memang berada pada kelasnya yang tersendiri. Rasa pencicahnya membuatkan ikan bakar di sini menjadi sedap dan sebab itulah sudah menjadi kelaziman ikan bakar Pak Din menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di hari bekerja.

Kunjungan kami kali ini dibuat pada hari Sabtu dan pelanggan tidak seramai hari bekerja. Nak cari table pon senang sikit. Memandangkan lokasi ikan bakar Tanglin yang tersorok di tengah KL dan jauh dari kawasan kediaman, boleh dikatakan jumlah pengunjung yang datang kesini pada hari Sabtu adalah agak mengkagumkan. Mungkin kebanyakannya adalah pelanggan tetap atau pernah mendengar kesedapan ikan bakar Pak Din dari kawan-kawan yang pernah ke sini.

Sampai sahaja di sini anda boleh terus memilih tempat duduk di bahagian belakang kedai. Ada banyak khemah yang disediakan untuk pengunjung disini.

Ikan Bakar Tanglin Pak Din KL

Anda boleh terus memilih ikan bakar yang anda suka dan ianya akan dihantar ke meja anda. Air pula boleh diambil secara layan diri dan lauk pauk nasi putih boleh diambil di bahagian hadapan kedai.

Dari segi layanan pula, pujian harus diberi pada Pak Din dimana beliau sendiri secara aktif melibatkan diri dalam memastikan kelancaran bisnes makanannya. Di sini memang tidak sunyi dengan suara Pak Din yang sentiasa menarik perhatian pengunjung ke sini.

Gambar Pak Din sedang membakar ikan di gerainya.

Pak Din Ikan Bakar Tanglin

Untuk sesi makan-makan kali ini, kami telah memilih ikan keli, ikan pari dan ikan terubok.

Ikan Keli Bakar Tanglin Sedap

Ikan Pari Bakar Tanglin Best KL

Ikan Terubok Bakar Sedap KL

Jumlah harga untuk kesemua ikan, lauk nasi putih dan air adalah RM60. Pak Din turut bermurah hati bagi diskaun lagi genapkan harga jadi RM60.

Keseluruhannya kami berpuas hati makan di sini. Sambal cicah ikan bakar disini memang best dan menaikkan selera makan. Kombinasi pencicah dan ikan bakar disini memang terbaik. Bagi mendapatkan rasa yang terbaik, anda boleh minta sos pencicah dicurah terus ke ikan bakar anda. Anda juga boleh meminta ikan anda dibakar semula jika ikan tersebut masih belum masak sepenuhnya.

Ikan Bakar Pak Din di Tanglin dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 3.30 petang dan ditutup pada hari Ahad. Dan bagi yang ingin ke sini, medan selera ini terletak berhadapan dengan Klinik Kesihatan Tanglin. Bagi yang baru lepas berjalan ke Butterfly Park Kuala Lumpur bolehlah singgah untuk lunch ikan bakar di gerai Pak Din yang terletak tidak jauh dari Butterfly Park.

Bagi yang memerlukan map ke Ikan Bakar Pak Din di Tanglin KL, bolehlah rujuk dibawah.

Map Ikan Bakar Tanglin Pak Din

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Ikan Bakar Pak Din @ Tanglin
Jalan Cenderasari
50646, Kuala Lumpur,

Koordinat GPS: U 3.144179 T 101.690657

Pasti ramai yang tertanya-tanya di mana nak dapatkan ikan bakar yang sedap di KL? Ikan Bakar Pak Din yang terletak di medan selera Tanglin memang terkenal di kalangan warga kota dan pelancong dari negara luar juga pernah sampai ke sini. Sekiranya anda datang ke sini pada waktu lunch hari bekerja, anda pasti dapat melihat orang …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Jom pergi sekarang

Summary : Rasa ikan bakar di sini memang sedap dan terbaik. Recommended untuk penggemar ikan bakar

User Rating: 3.85 ( 3 votes)
77

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge