Home / Holiday / Mencari Kereta Sewa Murah di Langkawi ?

Mencari Kereta Sewa Murah di Langkawi ?

Kereta sewa adalah antara pilihan popular bagi pelancong yang ingin bercuti ke Langkawi. Soalannya adakah senang nak mencari kereta sewa murah di Langkawi? Di sini saya akan kongsikan tentang beberapa tips dalam memilih kereta sewa yang terdapat di Langkawi.

Pertama sekali pastikan anda tahu harga semasa kereta sewa yang terdapat di Langkawi. Bila anda dah tahu kadar harga semasa kereta sewa di Langkawi, senanglah sedikit untuk anda membuat keputusan. Berdasarkan pemerhatian saya setakat entri ini ditulis, harga semasa beberapa kereta sewa yang popular di Langkawi adalah seperti berikut

Harga sewa Proton Wira bermula dari serendah RM50
Harga sewa Perodua Myvi bermula dari serendah RM70
Harga sewa Nissan Sentra bermula dari serendah RM70
Harga sewa Nissan Latio bermula dari serendah RM70
Harga sewa Toyota Vios bermula dari serendah RM80
Harga sewa Kia Forte bermula dari serendah RM100
Harga sewa Honda City bermula dari serendah RM100
Harga sewa Toyota Inova bermula dari serendah RM120

Walaubagaimanapon, harga ini cuma sah untuk non-peak season. Sekiranya musim cuti sekolah, akan ada bayaran surcharge ke atas harga sewa di atas. Kebanyakan pengusaha kereta sewa ini akan beroperasi di kaunter di Jeti Feri atau di Lapangan Terbang.

Kereta Sewa Murah Langkawi

Mesti anda tertanya-tanya mana yang lagi elok, tempah kereta sebelum pergi ke Langkawi atau pilih sendiri di kaunter? Bagi saya, saya lebih suka untuk tempah sebelum pergi bercuti sebab banyak sikit pilihan kereta yang boleh dipilih. Memandangkan harga semasa kereta pon dah tahu, maka takdelah nanti kita bayar harga yang overprice. Kalau baru nak pilih di kaunter, khuatir pilihan kereta dah tak banyak.

Tips yang kedua, selepas anda dah membuat pilihan kereta, pastikan anda periksa dahulu keadaan kenderaan sama ada terdapat kesan kemalangan atau calar. Dikhuatiri sekiranya anda tidak periksa keadaan kenderaan dihadapan pengusaha kereta sewa, sekiranya terdapat kesan calar atau kemek pada kereta semasa anda memulangkan kereta, mungkin anda akan dipersalahkan dan terpaksa membayar ganti rugi.

Tips yang ketiga pastikan anda memulangkan kereta pada masa yang ditetapkan kerana ada bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya anda terpakai kereta melebihi masa yang dibenarkan.

Tips yang keempat adalah bagi sesiapa yang menempah kereta sewa sebelum bertolak ke Langkawi. Pastikan anda memaklumkan kepada pengusaha kereta sewa yang telah anda pilih mengenai maklumat ketibaan anda. Kalau tidak anda mungkin terpaksa menunggu lama kereta sewa anda.

Antara perkara paling penting yang harus difikirkan semasa membuat pilihan adalah memastikan kereta yang disewa tidak mempunyai masalah teknikal. Ada orang yang telah terkena dan merungut mengenai keadaan kereta yang tidak selesa dan banyak menimbulkan ragam. Boleh hilang mood nak bercuti kalau dapat kereta sewa yang bermasalah.

Kereta Kia Forte ini telah saya sewa semasa bercuti di Langkawi pada kadar RM100 sehari. Harganya agak berpatutan dan keretanya juga adalah dalam keadaan yang baik. Kereta juga tidak memberikan sebarang masalah sepanjang kami berada di Langkawi. Banyak features yang menarik tentang Kia Forte dan agak selesa memandu kereta ini.

Kia Forte Sewa Langkawi Murah

Ownernya juga agak bermurah hati sebab tidak menghantar kereta dalam keadaan indikator mengeluarkan amaran kereta akan kehabisan minyak. Keseluruhannya memang kami berpuas hati menggunakan perkhidmatan syarikat ini.

Kia Forte Kereta Sewa Langkawi

Pada semua pembaca, selamat mencari kereta sewa anda dan nikmatilah percutian di Langkawi.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

7 comments

  1. best juga pergi langkawi ni

  2. Apa nama syarikat kereta sewa tu??

    Berapa harganya..

    Saya akan ke sana pada 19 Ogos sampai 23 Ogos ni…

    • Harga seperti yang tertera di atas sekiranya tiada perubahan. Kalau tak silap nama company tu Kama Holidays.

  3. Tuan ada simpan no pon travel Kama holiday? Tolong paparkan ye kalau ada, terima kasih.

  4. hi, i nak rent car for 3 days from 29th july to 31st aug 2014..4 days 3 night
    i nak cheaper car myvi or dll…auto.

    pleased let me know soon..tq

    • maaf. kami adalah travel blogger dan tidak menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan. untuk booking sila contact dengan pengusaha sewa kenderaan yang terdapat di langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge