Home / News / Sports / Minggu Serba Tak Menjadi Bagi Chelsea, Arsenal, Manchester United dan Liverpool

Minggu Serba Tak Menjadi Bagi Chelsea, Arsenal, Manchester United dan Liverpool

Apa nak jadi dengan 4 kelab ni. Tajuk entry pon dah boleh menceritakan segala-galanya. Semua kelab ni tumbang pada minggu ni samada seri atau pon kalah. Yang paling mengejutkan adalah kekalahan Arsenal pada West Brom.

Aksi bola minggu ni bermula dengan kekalahan Chelsea pada Manchester City. Dengan kekalahan Chelsea, Arsenal dan Manchester United berpeluang untuk mengurangkan kelebihan 4 mata Chelsea. Tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.

Arsenal yang dijangkakan akan membelasah West Brom rupa-rupanya telah terkedu dengan keputusan bila wisel ditiup. Saya tak tengok pon game ni, cuma refer pada Soccernet live update sbb sibuk berblogging. Arsenal telah diaibkan oleh West Brom dengan kekalahan 3-2.

Pastu tiba giliran Liverpool pula. Semua sedia tahu yang Liverpool season ni memang tak segarang 2 season yg dulu. Semuanya serba tak kena utk Liverpool musim ni. Dah lah tak berada dalam top 10, pastu ditambah pula dengan kekalutan masalah hutang kelab. Dan episod kedukaan mereka berterusan pada minggu ni bila Liverpool hanya mampu seri 2-2 dengan Sunderland di Anfield. Walaupon gol pertama Liverpool oleh Dirk Kuyt penuh dengan kontroversi, tapi bila tgk balik final score kat Astro, nampak gaya macam sah disebabkan kesengalan player Sunderland. Kalau tak percaya cuba search klip gol ni kat Youtube.

Dan yang terakhir sekali giliran Manchester United. Lawan mereka ialah Bolton yang sememangnya sentiasa menjadi lubuk Manchester United mencari mata. Tapi nampak gaya kemenangan bergaya ke atas Liverpool minggu lalu cuma tinggal kenangan sahaja. Bolton nampak lebih bersemangat dalam game ni dan sememangnya layak untuk berkongsi mata dengan Manchester United. Keputusannya game ni berakhir dengan keputusan 2-2.

Untuk gameweek ke-6, pendahulu masih milik Chelsea dengan kelebihan 3 mata berbanding Manchester United. Dan Liverpool masih berada di luar kelompok 10 pasukan utama. Nampak gaya season ni pasti akan ada lebih banyak lagi kejutan sama macam apa yg dapat dilihat pada season lepas. Tak ada lagi team yang kebal dan mana2 team boleh kalah pada bila2 masa je dengan team yang lebih lemah.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

13 comments

  1. huhu..mmg pun..kecewa okie..pe la arsenal nie..huhu..cian my fabregas tau..injured lg..adeh…
    tiefazatie recently posted..KL Urbanite First Giveaway Contest

  2. haha..sengal ek..hihi
    tiefazatie recently posted..KL Urbanite First Giveaway Contest

  3. viva man citeh….:) chelsea pincang tanpa lampard… walaupun lampard nih cam lemau jer kt padang tapi influence die mmg tinggi
    marhaen kacak recently posted..Matamu Mataku Jua – Mata Terkenyit-Kenyit

  4. tu la.. MU time chelsea kalah, time tu jugak la diorg sebok nk seri.. ngeng btoi!
    Solihin recently posted..Kisah Boyfriend Paling Tak Guna!

  5. hmmm…sabo je
    wantong recently posted..Reka Cipta

  6. he he,, nice share friend 😀

  7. me tak minat boal, tp my hubby minat..dia penyokong team chelsea tu
    mama zharfan recently posted..sticky post RM100 jd taruhanjom cuba nasibclick jer banner kat bwh ni

  8. wah dh lma xlyn bola..hurm~ dulu2 sokong chelsea.waaa

  9. sejak 2 menjak ni defend man u macam tak menjadi je. kenapa ek, or striker dalam epl skang da power2 tahap gaban
    ramadhan recently posted..Tutorial Login CHatroom

  10. cam zaman kejatuhan bola dh ni bro..mari kite beralih ke sukan lain.lalala

  11. aii, bunyi mcm kejatuhan bola je ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge